Part 29 -I Bring You My Past

479 29 0
                                    

Pada waktu malam, semua penghuni di rumah Daffi telah tidur. Tapi ada seorang insan yang belum ingin melelapkan matanya.

Qisya hanya termenung walaupun Qaira telah tidur nyenyak di katil. Qisya pula merenung botol di tangannya.

"Aku nak tahu Yuka. Aku perlu tahu... " gumam Qisya. Dia dengan tekadnya mengambil sebiji pil di dalam botol itu lalu dia menelannya tanpa minum air. Mungkin kerana semangatnya, hingga terlupa ingin minum air.

Qisya terasa rohnya berpisah dengan jasad lalu dibawa satu tempat yang putih. Di situ terlihat satu susuk tubuh di hadapan Qisya.

"Yuka... "

Yuka berpaling ke arah bunyi itu. Dia mendengus apabila terlihat insan itu.

"Apa kau nak hah, Qisya? Aku syak kau gunakan sihir untuk masuk ke dalam mimpi aku. Betul tak Qisya? " teka Yuka dengan muka masam.

Qisya terkedu. Ini kerana Yuka tidak pernah tunjuk riaksi mukanya. Selalunya dia akan tenang. Riak mukanya selalu dingin.

"Kenapa Yuka? Kenapa kau tikam kitaorang dari belakang hah? " tanya Qisya. Perasaan ingin tahu menguasainya.

"Aku ada sebab buat macam ni. " balasnya dengan selamba.

"Tapi untuk apa? Dengan kau culik Darleena, lepas tu kau dengan kumpulan Hakim tu. Apa kau dapat dengan diorang? " tanya Qisya dengan kemarahan yang kemuncak.

Yuka merapati Qisya lalu dicekak kolar baju Qisya.

"Kau tak tahu apa-apa pun. Apa yang kau tahu pasal aku hah? Aku sebenarnya rancang Darleena sebagai umpan untuk dapatkan kau. Aku sendiri akan sedut kuasa kau tu. " kata Yuka dengan sinis.

Tapi Qisya tertarik dengan kata-kata Yuka di pertama tadi.

"Kejap, apa maksud kau? Apa maksud kau aku tak tahu apa-apa pasal kau. Kau tahu tak, kita dah kawan lama. Apa yang aku tak tahu pasal kau lagi? " soal Qisya lagi.

Yuka melepaskan cengkamam di kolar baju Qisya. Dia menunduk lalu terdengar seperti esakan tangisan.

"Kau nak tahu sangat? Kau memang nak TAHU SANGAT KE? HAH? "jerit Yuka bersama tangisannya.

Qisya terkelu bila lihat Yuka menangis. Tidak pernah lihat Yuka menangis sebegitu.

"Kalau kau nak tahu sangat, kau kena ikut aku. " kata Yuka. Dia mengeluarkan satu bungkus gula-gula dan dihulurkan kepada Qisya.

Qisya mengambil lalu memakan gula-gula itu. Dan sekali lagi susuk tubuh mereka menghilang di mimpi Yuka.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now