Part 17 -Unaccepted

614 40 1
                                    

Akhirnya penantian Qaira berakhir. Qaira berada di hadapan susuk tubuh. Qaira tidak dapat mengenal pasti tubuh itu kerana bilik itu gelap.

"Kau nak tahu siapa yang berada di depan kau? " tanya Hakim. Dia berada di sebelah tubuh itu. Hakim menggunakan kuasanya untuk menerangi bilik itu.

"Hah, ibu!! " jerit Qaira. Qaira terasa tidak sangka insan di hadapannya. Tak perlu susah-susah nak cari Zana.

"Kau mesti tak sangkakan aku culik dia." Hakim sudah membuka plaster di mulut Zana.

"Qa... Qaira apa kamu buat dekat sini? Macam mana... "

"Apalah soalan kau ni. Bodoh betul. Dah semestinya aku suruh Zack culik Qaira. Kau ingat apa rancangan aku? " kata Hakim.

"Tolonglah, jangan! Besar risiko yang diaorang nak tanggung." rayu Zana. Qaira terpinga-pinga tidak faham apa yang mereka katakan.

"Wait, wait, wait apa korang maksudkan ni. Aku tak berapa faham?" tanya Qaira yang terasa serabut dalam keadaannya sekarang ini.

"Untuk pengetahuan kau Qaira, dia ni bukan ibu kau." kata-kata Hakim meyebabkan Qaira tergamam.

"Apa? "

"Ya, dia ni salah seorang yang di pertanggungjawabkan oleh ibu ayah kau yang sebenarnya. Diaorang tu King dengan Queen kalau kau nak tahu."

"Ya, Qaira. Saya nk cuma seorang knight dalam keluarga diraja kamu. Saya dilantik untuk menjaga kamu dan kakak kamu. Mereka kata anggaplah kamu macam anak sendiri." sambung Zana pula. Dia terasa bersalah kerana merahsiakan kisah ibu ayah mereka.

Qaira pula mengalirkan air matanya. Dia tidak sangka ibunya a.k.a knight dirajanya sanggup melaksanakan perintah ayahanda dan bondanya.

"Tak apa. Ibu tak salah pun. Ibu sanggup menjaga kami hingga kami besar. Terima kasih ibu." kata Qaira yang menangis teresak-esak. Zana terasa sedih bila mendengar kata-kata Qaira.

"Ah, sudahlah. Tak payah nak buat drama dekat sini. Cukuplah drama pukul 7 tu." kata Hakim. (sempat lagi tu)

"Apa kau nak dengan aku hah, Hakim? " tanya Qaira yang geram dengan Hakim.

"Cukuplah setakat tu. Kau akan tahu esoknya. Buat masa sekarang ni kau bersamalah dengan ibu tiri kau tu." kata Hakim.

Hakim menggunakan kuasanya untuk melepaskan ikatan mereka lalu dia keluar dari bilik itu. Sebelum menutup pintu, dia berkata...

"Selamat malam. Mimpi indah ya. Takut tak dapat mimpi yang indah lagi. Hahaha. " kata Hakim lalu menutup pintu bilik itu. Hilaian tawanya kedengaran.

Zana dan Qaira berpelukan. Mereka memikirkan perkara yang mungkin berlaku esoknya.

************************************

New update story for you guys.

Harapnya tak hambar lah. And nak cakap terima kasih kerana dari awal bab Pengenalan sampai part 17 ni korang baca ni baca dengan gembiranya dan bahagianya. 😊☺

Tak tau lah kalau ada yang sedih ke baca story aku ni.

If you like it, tap your button vote.
If you have something to say about this story, tap your button Comment and comment something nice or your feedback.

Daripada
Si author

Another part, mungkin diupdate esok. Bye. 😄😋

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now