Part 22 -Our Parents?

539 40 0
                                    

Mereka sudah tiba di bilik Qaira. Qisya menjadi orang yang pertama memasuki bilik Qaira.

"Qai kenapa ni? Ada sakit mana-mana tak? " tanya Qisya sambil membelek Qaira. Takut ada luka.

"Eh, akak tak payah lah nak over sangat. Bukan ada apa pun. " kata Qaira. Qaira terasa nak gelak kerana kelakuan Qisya yang cemas disebabkan dia.

"Awak ok ke Qaira? " tanya Mikail.

"Tak. Ok je. Takde sakit apa-apa pun. Sengal badan je. " kata Qaira. Mukanya sedikit kemerahan. Bila Qaira melihat Mikail juga muka sedikit kemerahan.

"Ada apa awak nak jumpa kami ni? Awak nak ceritakan pasal awak boleh buat buku tau? " kata Syakir sambil mengusik Qaira.

"Ok lah. Sebenarnya, saya nak bagi tahu pasal apa yang saya lalui. Mungkin kalau korang tengok aku macam kena rasuk. Tapi aku sebenarnya macam bermimpi." kata Qaira.

"Apa maksud Qai dengan 'bermimpi' tu? " soal Darleena.

"Qai ada jumpa macam sepasang suami isteri. Bila berjumpa je, diaorang layan Qai macam puteri. Rasa macam bahagia bila bersama dengan diaorang. Diorang pun cakap kalau diorang ada bersama dengan Qai, diorang nak lindungi Qaira dari ancaman orang jahat. Qaira sangsi juga dengan diorang tapi Qai cakap takpelah mungkin trick diorang nak aku bersama dengan mereka. " kata Qaira dengan panjang lebarnya.

"Maksudnya Qaira macam ada dalam syurga ke? " tanya Qisya.

"Lebih kurang lah. Tapi diorang baik. Nama diorang Qaill dengan Myara. "

"Kejap nama orang yang kamu jumpa adalah Qaill dan Myara? " tanya Zana dengan secara tiba-tiba.

"Ya mereka yang cakap nama mereka pada saya. " jelas Qaira.

"OMG!! Qisya, Qaira itu lah ibu bapa Korang. "

"Hah!! "

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now