Part 40 -First Step

423 34 0
                                    

Qisya mula membuat bebola api lalu dibaling ke arah Hakim tapi Hakim hilang dari pandangan mata mereka.

Tiba-tiba Qaira terasa senak di perut seolah-olah ditendang. Qisya berjaga-jaga namun dia tersungkur kerana kakinya ditendang.

"Sebelum korang lawan dengan aku kalahkan Zack. " suara Hakim bergema di dalam markas tersebut.

Zack munculkan dirinya. Dia memakai tuxedo. Menampakkan gayanya yang kacak. Dia meletakan tangan di dadanya.

"Sebelum itu saya memohon maaf. Apa yang saya lakukan ini akan menyakiti kamu berdua. Adakalanya sampai mati. " kata Zack dengan penuh hormat.

Dalam Zack berkata Mikail membuat akar pokok ingin melilit Zack namun sekali lagi Zack menghilangkan diri. Mikail terpelating jauh kerana tumbukan kuat dari Zack. Mikail pengsan serta-merta.

"Kakak, kuasa Zack halimunan. Qai rasa dia ada minum poisyen kekuatan. Jadi dia boleh tumbuk orang dengan sangat kuat. " kata Qaira. Dia mendapat maklumat itu sewaktu dia diculik.

"Ada kemungkinan juga. "

Tiba-tiba Qaira terseret jauh dari Qisya. Qisya tergamam. Dia dapat merasakan Zack berada berhampiran dengannya.

"Betul sangkaan kamu. Kamu memang budak bijak cik Qaira. " suara Zack bergema di situ.

"Zack! Kau ni memang pengecut. Gunakan kuasa halimunan kau untuk menang dalam perlawanan kita ni. " jerit Qisya. Qaira bangun walaupun dia kesakitan waktu itu.

"Kamu silap cik Qisya. Ini dinamakan strategi dan bakat. "

Giliran Qisya pula terseret jauh. Dia terasa senak kuat di perutnya.

"Bersedia lah untuk hadap saya. "

-----------------------------------------------------------

"Yuka sementara Zack berlawan dengan si kembar tu, jalankan tugas kau. " arah Hakim.

Yuka terjaga dari lamunannya. Dia memandang Hakim. Hanya anggukan lemah untuk jawapan Hakim.

"Aku percayakan kau. Jangan hampakan aku. Kalau tidak, hukuman berat untuk kau. " kata-kata Hakim yang terakhir sengaja dibisikkan di telinga Yuka.

Yuka mengganguk kepalanya. Dia mengigil ketakutan bila teringat hukuman berat itu iaitu kuasa dicuri lalu di bunuh.

Yuka melangkah ke perlawanan Zack dan kembar itu. Tiba-tiba Yuka tertarik ke arah dinding. Yuka bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Yuka ni abang lah. "

Yuka membuka matanya. Yuu sememangnya berada di depan matanya.

"Ish, abang ni. Takut Yuka. " keluh Yuka. Yuu hanya senyum segaris.

"Yuka, betul-betul ke nak buat apa yang Hakim suruh tu? " terpancar kerisauan di muka Yuu.

"Apa abang ingat Yuka ni tak tahu ke? Oh, please lah abang. Yuka bukan budak kecik lagi. Nak kena kita patuh apa yang orang dewasa buat. Yuka tahu apa yang Yuka akan buat. " kata Yuka. Dia ingin melangkah pergi namun ditahan oleh Yuu.

"Yuka, boleh bagitau abang. Apa sebenarnya rancangan Yuka? " soalan itu menyebabkan Yuka berpaling muka kepada abangnya.

"Baik Yuka akan bagitau "

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now