Part 36 -Light Power

454 29 3
                                    

"Daffi, kau dah ready? "

Daffi yang sedang menghadap tingkap biliknya, memaling muka kepada suara yang bercakap.

"Aku dah ready. " kata Daffi dengan pandangan dingin.

-----------------------------------------------------------

Daffi berpeluh di dahi. Sangat mencabar apa yang sedang dia lakukan.

"Kau boleh buat, Daffi. Jangan mengalah. " sokong Qaira.

Sekarang ni Daffi sedang melakukan keserasian kuasa. Tahap ini paling susah untuk mereka yang tiada kuasa terutamanya manusia. Manusia hanya boleh guna kuasa sekiranya keadaan yang mencemaskan.

"Kau kena kosongkan fikiran kau. Nanti kuasa cahaya tu akan serasi dengan kau. " kata Qisya.

Daffi terasa cahaya menyilau di dalam matanya walaupun matanya sedang tertutup. Sangat sakit deria penglihatannya.

Mereka yang sedang melihat Daffi menutup mata mereka kerana cahaya berada di sekeliling Daffi hinggakan cahaya itu menenggelamkan mereka.

Akhirnya cahaya di sekeliling Daffi telah hilang. Mata Daffi yang tadi bercahaya putih telah hilang perlahan-lahan. Daffi terduduk keletihan.

"Daffi, kau ok tak? " Syakir segera ke arah Daffi setelah cahaya tadi terasa hilang.

Daffi hanya mengganguk kepalanya. Mereka menarik nafas lega bila mengetahui keadaan Daffi.

"Aku rasa kuasa cahaya dah serasi dengan kau. Baguslah Daffi. " kata Qisya.

Daffi melihat kedua-dua tangannya. Dia dapat melihat urat tangannya bercahaya. Lalu digengamkan tangannya.

"Aku rasa macam baru. Ni efek kuasa yang dah serasi dengan aku je? "

"Ya. Itu tanda kuasa cahaya bertindak balas. " jelas Leya.

"Tapi kau cakap kuasa ni ada sepenuhnya dengan aku. Tapi lain aku rasa. " kata Daffi yang menyebabkan mereka mengeluh resah.

"Hah, Kenapa pula macam tu? " ujar Qaira.

"Entahlah. Aku rasa kuasa aku dapat sedikit je. Kau takkan tak tahu apa-apa kut? " kata Daffi.

Qaira mengerutkan dahi seperti sedang berfikir.

"Aku tak pasti tapi aku nak tanya juga. Air jampi yang kitaorang buat untuk kau dengan Leena tu, korang share ke? " tanya Qaira.

Daffi tersentak dengan pertanyaan dari Qaira. Daffi juga seperti sedang fikirkan jawapan yang sesuai untuk memberi jawapan kepada Qaira.

"Aku ada share sikit dengan Leena. Aku... Pun rasa... Yang... " Daffi tergagap-gagap untuk berbicara.

"Apa benda 'yang' tu? " kata Mel dengan suara yang dikeraskan.

"Leena... Banyak... Minum air jampi tu... " kata Daffi akhirnya.

Mereka mendengus. Syakir menepuk dahi atas perbuatan Daffi.

"Susah lah kalau kau dah share air tu. Lagi-lagi Leena. Dia lagi kuat dari kau. Mesti sekarang ni... " kita Qaira terhenti. Mukanya pucat lesi.

"Apa dia Qaira? Apa yang berlaku ini? " desak Daffi pula.

"Darleena in trouble. Dengan kuasa tu dapat kuasai Leena. Tak sempat dia nak kuasai kuasa tu. Tapi dia bernasib baik sebab sebahagian kuasa yang ada dengan kau sudah kau kuasai. Jadi kuasa tu tak dapat kuasai sepenuhnya. Jadi kita kena mulakan dengan rancangan kita. " kata Qaira.

Daffi terkaku dengan kata Qaira tadi. Dia risau akan keadaan Darleena di markas kumpulan Evil Dark itu.

"Leena, jangan risau. Abang akan datang selamatkan Leena. Itu janji abang pada Leena. "

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now