Part 2 -Twin's story

1.1K 77 3
                                    

"Qai, nak tak makan aiskrim dekat kedai 'Sweet Sweet Ice'? " tanya Qisya.

"Kak Qis, Qai tak berapa tahan sangat makan benda yang sejuk. Kalau beli nanti takut tak habis. " kata Qaira dengan nada takut-takut.

"Ok takpe aiskrim tu kita share Ok? " kata Qisya yang tetap dengan pendiriannya.

"OK " kata Qaira.

Mereka melangkah meninggalkan Miracle Academy. Mereka melangkah untuk makan aiskrim yang dicadangkan oleh Qisya.

Setiba di rumah, mereka menjamah aiskrim yang dibeli. Bagi mereka makan di rumah lebih menyelerakan berbanding luar rumah.

"Kak Qis, Qai tak tahan dah. "

"Nah minum air ni. Panas sikit. "

Setelah minum air tersebut, barulah Qaira berasa lega.

"Apalah Qai. Kuasa Ais tapi tak boleh tahan sejuk." sindir Qisya.

"Kak Qis kan tahu yang Qai tak boleh rasa sejuk sangat."

"Kak Qis gurau aje. Jangan terasa ok? "

Hari itu mereka berasa sangat gembira. Itulah rutin harian mereka. Sentiasa tidak berpisah. Andai kata berpisah pasti akan rindu.

Itulah kembar yang tinggal di Kerajaan Rainbow. Sebuah Kerajaan yang dipenuhi dengan orang yang mempunyai kuasa dan magic. Mereka bagaikan manusia tetapi bukan manusia.

Qisya adalah kakak kembar kepada Qaira. Qisya mempunyai kuasa api. Kuasa di mana Qisya boleh menghasilkan api. Dalam pada masa yang sama dia boleh menghasilkan kilat. Sikap Qisya lemah-lembut tetapi tegas. Dia seorang pengusik.

Qaira pula sebaliknya. Kuasa Qaira adalah ais. Dia boleh memanipulasikan ais. Adakalanya dia boleh tukarkan ais kepada air. Walaupun mempunyai kuasa tersebut, Qaira tidak boleh menahan rasa sejuk. Apabila dia di Academy, dia akan berpakaian seperti jaket di pinggangnya dan bermafela. Sikap Qaira pemalu. Kekadang boleh jadi seorang penakut. Dia ingin selalu berada di samping Qisya. Biarpun bersikap begitu, dia seorang yang baik hati.

Mungkin hari ini baik sahaja. Tetapi esok mungkin tiada siapa yang tahu.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now