Part 32 -I'm a Fake Friend

495 31 0
                                    

Qisya memaling muka ke arah Yuka. Yuka sudah bersandar di dinding rumahnya. Dia mengalirkan air mata dengan lemah.

"Yuka, aku... Tak... Jangka Hakim buat kau sampai macam ni. " kata Qisya dengan lemah.

"Kau tahu tak kesudahannya. Aku kena jadi ahli kumpulan tu. Dengan perasaan rela terpaksa. " kata Yuka dengan sedihnya.

"Aku kena pandai berlawan. Dia paksa abang aku dengan aku. Kadang-kadang dia macam siksa kami. Tapi lepas tu dia pujuk. Aku... Macam terlena. Layanan dia buat aku serba salah. "

"Tapi Yuka apa kaitan dengan kawan-kawan aku dan adik aku? " tanya Qisya pula.

"Sebab ayah aku pernah cipta alat tu waktu mak ayah korang masih hidup. Dulu ayah aku cakap dia ada rasa takut. Bukan sebab dia tak mampu cipta alat tu. " kata-kata Yuka terhenti. Dia seperti berfikir sesuatu.

"Sebab apa Yuka? "

Yuka menarik nafas lalu dihembuskan lalu menyambung semula kata-katanya.

"Sebab dia takut ada kaitan dengan pihak musuh. Tapi ayah kau hasut dia sampai dia setuju. Jadi kaitannya, kalau waktu tu King Qaill tak hasut ayah aku, mesti dia tak mati macam ni. Mesti dia tak tinggalkan aku dengan abang aku. " ujar Yuka dengan perasaan marah bertakung lagi.

"Tapi takkan sebab tu Yuka? Yuka please, jangan simpan dendam kau. Aku akan tolong untuk lawan Hakim sampai kau bebas dari kumpulan tu. Please Yuka. Bagi aku kau kawan baik aku. Jangan pergi Yuka. " Qisya sudah melutut di depan Yuka dengan air mata yang tertumpah. Berat hati ingin lepaskan kawan baiknya.

"Maaflah Qisya. Aku dah buat kerja separuh jalan. Aku kena habiskan kerja aku. Kau kenalkan aku. Kerja aku buat kena sampai habis. Bukan separuh jalan. Aku cuma tinggal... " Yuka sudah berdiri. Matanya ditenung tajam kepada Qisya.

"Apa Yuka? Apa yang tinggal? "

Yuka hanya senyum sinis kepada Qisya. "Tak apalah. Nanti kau akan tahu juga. "

Secara tiba-tiba tempat itu semakin gelap. Qisya tidak dapat menangkap bayangan Yuka kerana gelap.

"Yuka! " jerit Qisya.

Semakin gelap. Qisya juga terasa matanya semakin gelap juga.

"YUKA!!! "

-----------------------------------------------------------

"Akak, akak. "

Mata Qisya mula terbuka pelahan-lahan. Imej pertama yang dia lihat adalah adiknya, Qaira.

"Akak, kenapa ni? Takkan mengigau sampai berpeluh? " tanya Qaira dengan lembut seperti sang ibu.

"Emm... Takde apa-apa pun. Maaflah sebab menyusahkan Qaira. " kata Qisya dengan satu hembusan keluhan.

"Ok lah Qaira bersiap dulu ya. Kakak tenangkan diri akak dulu. " kata Qaira dengan senyuman di bibir comelnya.

Qisya hanya menghadiahkan senyuman hambar. Selepas Qaira keluar dari bilik, Qisya menghempaskan badan ke katil.

"Apa yang tinggal tu Yuka? Jangan-jangan kau nak... " kata-kata Qisya terhenti pula. Dan tiba-tiba Qisya duduk di birai katil.

"Takkan Yuka. Aku kena lindungi juga kuasa ni. Bukan saja dari Yuka, dari Hakim juga. Aku takkan benarkan. " gumam Qisya seorangan.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now