Part 49 -You Wake Up

424 35 0
                                    

Dia membuka mata dengan payahnya. Cahaya putih. Menyilaukan penglihatan dia. Dia tetap cuba untuk membuka matanya. Perkara pertama dilihat ialah bilik dia tidur

"Ehhh?? "

Qisya bangun dari pembaringan dengan mendadak. Dia terkejut bila terlihat biliknya sangat luas dan ini bukan bilik tempat dia tidur semasa di bumi.

"Dekat mana aku ni? "

Qisya turun dari katil namun terjatuh kerana kakinya seperti tidak bergerak.

"Aduh, aduh, kebas pula kaki aku ni. "

Dia cuba berdiri dan duduk semula di katil. Baru ingin menarik nafas, tiba-tiba...

'Kreak... '

Terkejut Qisya bila terdengarnya. Rupanya pintu bilik terbuka.

Qaira yang berada di depan bilik mula menangis dan memeluk Qisya. Di belakang Zana dan Syakir turut berada di situ.

"Kakak, risau Qai tengok kakak tak bangun lagi. Janganlah tinggalkan Qai. " kata Qaira dengan tangisannya.

"Eh, apahal adik aku ni? Cakap macam aku ni koma je? " kata Qisya dalam hati.

"Ya, Qisya. Kamu koma selama seminggu. " Zana menjawab persoalan di dalam kepala Qisya.

"Hah, Yeke? " terbeliak mata Qisya bila mendengar kata-kata Zana. Seminggu? Lama tu.

"Ya, Qai ingat kakak Mungkin koma lebih lama. Nasib baiklah akak dah sedar. " kata Qaira masih memeluk Qisya.

"La yeke? Maafkan kakak kalau susahkan semua. " Qisya membalas pelukan Qaira. Dia ada rasa serba salah apabila buat semua risau.

"Memang kau selalu susahkan aku. "

"Apa Syak? " Qisya terdengar kata-kata Syakir walaupun perlahan saja bunyinya.

"Kau tu kalau tak menyusahkan aku memang tak kan? " Syakir segera berlari dari bilik tersebut.

"Pelik betul Syak tu. Ni akak nak tanya ni bilik siapa? Kita bukan ada dekat bumi ke? " tanya Qisya.

"Akak... Jangan tanya banyak. Senang cerita kita dah berada di Kerajaan Rainbow. Kalau dua beradik tu, diorang selamat je. Mak ayah diorang pun dah balik. Jadi mestilah kena ada dalam rumah je. " terang Qaira dengan panjang lebar.

"Mana jawapan soalan pertama? "

"Itu kakak kena jumpa seseorang untuk jawapannya. " kata Qaira dengan senyuman yang tidak hilang dari muka comelnya.

"Hah, siapa? "

"Saya, Qisya. Atau mungkin saya akan panggil kamu Puteri Qisya. "

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now