Part 13 -Something Dangerous

717 39 0
                                    

Qaira sedang berehat dalam biliknya. Mikail juga menemani Qaira. Mikail hanya memandang Qaira yang sedang tidur.

"Qaira, harap awak ok? " kata Mikail.

Mikail masih memandang sayu pada Qaira. Walaupun Qaira hanya tidur tetapi Mikail masih terasa sedih.

"Qaira, saya nak cakap sesuatu dekat awak. Tapi saya nak awak pandang saya ok? "

Mikail masih berkata sendiri lalu keluar dari bilik Qaira itu. Mikail melangkah ke arah Qisya dan kawan-kawan yang lain.

"Jadi perlawanan ni terpaksa dihentikan ke? " tanya Mikail.

"Nampaknya macam tu lah jawabnya. Korang takpe kan? " kata Qisya.

"Takpelah Qisya, Hari lain kitaorang akan berlatih juga. So don't worry ok. " kata Yuka.

"Ya takpelah Qisya. Aku ok je. " kata Syakir.

"Tapi apa jadi dekat Qaira tadi? Dia nampak pelik tadi. " kata Darleena untuk kepastian.

"Aku agak ada seseorang nak test power Qaira. Tapi aku tak pasti lagi lah. Aku takut nak pastikan. " kata Leya.

"Hah! Siapa nak usik adik aku ni? " jerit kecil Qisya. Dia cukup sensitif bila sesiapa sahaja ingin menyentuh Qaira. Dia pernah menumbuk seorang lelaki yang mengusik Qaira.

"Aku takut nak pastikan. Aku masih siasat lagi. " kata Leya yang ketakutan dengan kemarahan Qisya.

"Umm... Sebenarnya aku ada ternampak susuk tubuh manusia tadi" kata Daffi secara tiba-tiba.

"Hah! Dia macam mana tu? " kata Qisya.

"Aku tak nampak sangat lah tadi. " kata Daffi dengan selamba.

"Aduh... Daffi... " mengeluh Qisya.

"Apa-apa pun kuasa dia nampak bahaya juga. Kalau sampai kuasa kritikal ni... " kata-kata Leya terhenti. Dia tahu mereka faham apa yang Leya katakan.

"Kadang-kadang aku takut juga bila kuasa aku dengan Qai sampai ke tahap kritikal. Waktu tu dah susah nak dipulihkan. Aku selalu tertanya kenapa kami ni bahaya sangat? " luah Qisya. Adakalanya dia tidak faham tentang kuasa yang dia ada.

"Takpelah Qisya. Kita akan hadapi bersama. Kami takkan tinggalkan korang. " kata Yuka dengan perasaan sayu.

"Ok terima kasih semua. Aku fikir nak tengok Qaira lah. Korang tunggu sini ok. " kata Qisya dan segera berlalu ke bilik Qaira.

"Umm... Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kuasa melepasi tahap kritikal tu? " tanya Darleena.

"Bila seseorang melepasi kuasa hingga ke kritikal, dia akan hilang kawalan diri. Sesiapa aje dia akan fikir musuh walaupun kawannya. " jelas Mel kepada mereka. Dia tahu manusia tak tahu apa yang mereka hadapi.

Darleena hanya mengganguk. Tiba-tiba...

"Korang tolong aku!! "

Mereka meluru ke arah Qisya yang terduduk di hujung tangga.

"Kenapa ni Qis? " tanya Yuka.

Qisya seperti menangis teresak-esak. Dia mengambil nafas tersekat-sekat.

"Qaira... Qaira... HILANG!!! "

"HAH!!! "

************************************

OK guys, ni cerita untuk hari ini. Aku harap korang happy bila baca kisah ini.

Kalau korang sudi, pergi ke MelyaIrmelya dia ada buat cerita baru. Dia adalah adik aku jadi kalau nak follow dan baca lah kisah yang dia baru buat hari ini.

Itupun kalau sudi.

Daripada
Si author 😅

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now