Part 41 -Disappear

458 38 6
                                    

Serangan bertubi-tubi dari kembar tidak dapat mematahkan pertahanan dari Zack. Ternyata Zack mahir untuk mengunakan kuasa halimunannya.

"Kak... Qaira tak larat... Dia kuat sangat..." keluh Qaira. Tenaganya sudah banyak digunakan. Sehingga Qaira terasa ingin pengsan.

"Qaira jangan mengalah, Qaira. Kita kena kuat untuk lawan Zack. " ujar Qisya dengan kata-kata semangat untuk Qaira. Qisya turut merasa kepenatan. Namun dia kena kuatkan azam untuk melawan Zack.

"Qisya, Qaira! Ambil benda ni. "

Mereka berdua berpaling ke arah suara yang menjerit tadi. Kelihatan seperti bebola ikan menghampiri mereka. Sesaat kemudian, bebola itu meletup berhampiran dengan mereka. Mereka tidak kelihatan kerana letupan kecil dari bebola itu menyebabkan kawasan itu berkabus.

Zack munculkan dirinya kerana ingin mencari mereka di sebalik kabus. Wajah Zack yang asalnya tenang mula berubah. Dia mula terasa tercabar.

"Apa yang kamu buat di sebalik kabus tu? " jerit Zack dengan sedikit kuat.

Tiba-tiba ais membekukan badannya. Zack cuba menghalimunankan dirinya tetapi gagal. Ais tersebut sangat kuat mencengkam dirinya.

"Apa yang berlaku ni? " kali ini Hakim pula menjerit kerana Zack ditewaskan dengan mudah. Dari tadi Hakim hanya memerhati perlawanaan mereka. Dia yakin yang Zack mampu untuk tewaskan kembar itu. Namun sebaliknya, Zack yang tewas.

Tiba-tiba Zack terasa panas didadanya. Dia menjerit kecil kerana serangan itu menyakitkan dirinya. Zack melihat yang dadanya ada kesan hirisan seperti kesan dari pedang. Malah pedang itu seolah-olah berbara.

Akhirnya, kabus hilang perlahan-lahan. Qisya dan Qaira hanya tersenyum sinis ketika memandang Zack yang sudah terluka. Hakim memerah muka kerana geram.

"Apa yang korang dah buat hah? Teknik apa yang korang pakai untuk cederakan Zack, hah? "

"Kitaorang cuma heal kan diri kami yang sudah banyak terluka dan kepenatan dengan sihir pemulih dari Leya. Lepas heal je, kami serang Zack sama macam dia serang kami dengan kuasa halimunannya. Jangan ingat yang ada kuasa halimunan je boleh guna tactic ni. " terang Qaira.

Qaira memaling muka ke arah Leya. Terima kasih kepada Leya kerana telah menyembuhkan mereka. Dari jauh, Leya hanya tersenyum kerana dapat membantu mereka yang kekurangan tenaga. Dari tadi, hanya menyaksikan kerana Leya sangat takut untuk berlawan.

"Jujur sangat tu Qaira. " Qisya hanya menggelang kepala. Memang Qaira susah nak simpan rahsia biarpun rahsia kakak kembarnya.

"Hehehe..."

Hakim kelihatan seperti cacing kepanansan di situ. Entah kenapa dia terasa takut. Tetapi cuba dikawal riaksi mukanya agar kelihatan tenang.

"Jadi aku dan Qai akan habiskan kau menggunakan pedang kuasa kami. Aku buat untuk kesalahan kau sebab culik Qai. " luah Qisya.

Dengan sarung tangan kuasa, mereka menghasilkan pedang dari api dan ais. Mereka meluru ke arah Zack yang sudah pucat lesi di situ.

"TIDAK! JANGAN.... " jeritan Zack untuk kali terakhir. Akhirnya tubuh badan Zack berkecai lalu bertukar menjadi debu.

Qisya dan Qaira menarik nafas lega. Mata merah Qisya dan mata biru Qaira memandang tajam ke arah Hakim. Hakim bersedia dengan perlawanan mereka.

"Kita akan selesaikan di sini, Hakim. Semua demi menutut nyawa yang tidak berdosa yang telah kau bunuh. " kata Qisya.

Zana munculkan diri disisi Qisya. Syakir juga berada di situ. Semua memandang Hakim yang hanya keseorangan. Hakim masih cuba mengawal riaksi mukanya.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now