Part 27 -Why you?

492 40 5
                                    

Qisya dan Qaira sama-sama terkedu bila melihat keadaan rumah Daffi. Sangat berselerak dan terdapat beberapa kesan darah.

Qaira berlari ke arah Leya yang berbaring kesakitan. Badan dia penuh dengan darah dan luka sama seperti Syakir.

"Leya, kenapa dengan kau? Macam mana badan kau boleh luka? Bukan orang macam kau immortal terhadap luka ke. " kata Qaira. Leya seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi gagal kerana bibirnya pecah.

Sementara Qisya sedang mencari orang lain. Takut kalau ada musuh. Akhirnya dia terjumpa Mel dan Daffi. Badan Mel dan Daffi juga luka

"Mel, Daffi nasib baiklah korang selamat. Korang berdua ok ke? " tanya Qisya.

Tapi pertanyaan Qisya dibalas dengan jelingan tajam milik Daffi. Dia mendengus marah apabila ternampak Qisya.

"Kau tanya ok ke tak? Kau nampak kan yang kita semua kena serang. Badan aku ni... Takkan kau buta buat-buat tak nampak pula? Dah la kena serang lepas tu... " kata-kata Daffi terhenti.

Qisya dapat tangkap air mata Daffi mengalir keluar. Dalam hati terbit rasa bersalahnya.

"Apa jadi lepas tu Daffi? "

Sebelum Daffi berkata, dia memandang muka Qisya. Dia tidak peduli akan wajahnya yang comot disebabkan air matanya.

"Darleena kena tangkap dengan..." kata-kata Daffi sekali lagi terhenti kerana dia menangis teresak-esak.

Qisya terkedu apabila mendengarnya. Dia terasa air matanya mengalir keluar. Mungkin kerana berita yang didengarinya.

-----------------------------------------------------------

Zana, Qisya dan Qaira sama-sama membersihkan rumah Daffi. Mereka juga merawat mereka. Itu yang dilakukan sebaik mungkin untuk menebus rasa bersalah mereka.

Mereka sendiri tidak sangka akan berita tersebut. Yuka menyerang mereka. Tidak disangka bila salah seorang kawan mereka tikam belakang mereka. Yuka juga telah menculik Darleena. Manakala Mikail hilang tanpa dikesan. Tidak diketahui sama ada kena culik juga atau tidak.

Leya semakin sembuh dari lukanya. Sememangnya istimewa bagi Leya kerana dapat sembuh dengan cepat. Mungkin disebabkan kuasa pemulih. Sementara yang lain terpaksa menggunakan sihir pemulih. Lagipun ini kali pertama dia mendapat luka yang sebegitu banyak.

Ini disebabkan, seseorang yang mempunyai kuasa pemulih adalah immortal (kalis serangan kuasa) bagi kesakitan. Cuma beberapa sahaja yang berbeza.

Dalam pada masa yang sama, Qaira teringat akan cerita yang diberitahu oleh Leya.

"Aku tahu korang semua takkan percaya. Tapi kami yang berada di sini lebih tahu apa yang kami rasa. "

Qaira mengeluh apabila teringatkan balik. Masih lagi memikirkan cerita Leya.

"Waktu tu, aku yang pertama kena serang dengan dia. Sebab Yuka cakap kau ada kuasa pemulih. Jadi kau yang kena dulu. Tapi aku pelik sebab dia tahu aku ni immortal terhadap luka. Jadi dia sedut kuasa aku sebelum dia menyerang. Sakit sangat bila kuasa aku kena sedut. "

Qaira mula menyesaki bahawa Yuka merupakan tali barut dengan kumpulan Evil Dark kerana hanya Hakim yang mempunyai alat itu.

Qaira tahu dia kena berhati-hati terutamanya kakaknya kerana hanya tinggal Qisya sahaja kuasa ayahanda mereka iaitu kilat belum ditakluki.

************************************

Hey, still read this story?

Hahaha, kerja gila bila si author publish cerita ni waktu tengah malam. Entahlah idea datang waktu ni. Waktu sekarang ni nak dekat pukul 1. Jangan risau cuti sekolah kan. Haha😂😂

Please give me a vote or comment if you like this story.

Thank you so so much. 😘

Daripada
Si author (peace) ✌✌

Power Of Twin Sister Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt