Part 38 -His Past

427 29 0
                                    

Mikail dan Yuka membuka mata apabila keadaan kembali normal. Mereka sama-sama terkejut bila mereka bukan berada di dalam markas sebaliknya di kawasan persekolahan.

"Umm... Kita ada dekat mana? " tanya Mikail

"Aku... tak... tahu " kata Yuka perlahan-lahan.

Mereka melangkah masuk ke dalam kawasan persekolahan. Tidak tahu ke mana arah kaki ingin melangkah. Hanya menurut sahaja langkah.

"Kalau aku suruh kau buat kerja sekolah kitaorang, buat je lah. Kau nak melawan kenapa? "

Mikail dan Yuka berpaling muka kerana terdengar suara tadi. Mereka mencari suara itu. Suara seperti seorang pembuli. Mereka berhenti melangkah kerana sudah menjumpai puncanya.

"Ma... Maafkan... Aku. "

"Apa yang kau cakap hah? " pembuli itu mencekak kolar baju si lemah itu.

"Kau ni teruk. " kata salah satu pembuli lalu menuang air kotor kepada si lemah itu.

"Aku... Akan tunjukkan... Aku... Bukan seorang budak lemah. Aku... Akan... tunjukkan. "

"Hah, apa dia? Hahaha. " ketawa kumpulan pembuli itu. Serasa sangat lucu.

"Tak payah nak beranganlah. Sudah aku blah dulu. Malas nak hadap kau ni. Dah lah lembik. " kemudian kumpulan pembuli itu meninggalkan si lemah itu.

-----------------------------------------------------------

"Kenapa si pembuli tu macam... " kata Yuka. Dia memikir wajah si pembuli tadi.

"Kenapa kau dah tahu ke? " satu suara tiba-tiba sergah mereka berdua.

"Hakim!! "

"Kau agak siapa si pembuli tu? " kata Hakim

"Umm... Tak pasti lah. " keluh Mikail. Dahi dikerutkan. Cuba untuk mengingati siapa pembuli tersebut.

Hakim memetik jari lalu mereka berdua tersentak. Mata mereka terbeliak apabila sudah mengingati siapa pembuli tersebut.

"AYAH AKU!! . " kata mereka serentak.

"Ye ayah korang dan ayah Qisya dan Qaira. Mesti tak sangka kan si lemah itu adalah aku. " kata Hakim lagi.

"Tak... Macam mana boleh jadi macam ni? " kata Yuka. Mukanya beriak sedih.

"Diorang bertiga memang nampak baik tapi belakang dan depan aku nampak macam binatang. Aku tak salahkan korang. Tapi aku akan memusuhi keturunan mereka bertiga termasuk korang semua. " kata Hakim dengan perasaan bangga. Sememangnya hati Hakim hitam kerana tiada perasaan.

"Korang berdua tahu, aku puas dapat bunuh ayah korang dan ayah diorang berdua. Terasa puas sebab dendam aku terlerai. Tapi bila aku dapat kuasa kilat dari Qisya, aku akan lagi berkuasa. Dan detik itulah yang aku tunggu-tunggu untuk bunuh semua keturunan mereka bertiga. "

"Kau kejam!! " jeritan Mikail membuatkan Hakim merenung tajam ke arah Mikail.

"Kau cakap apa? Aku ni kejam. Siapa yang kejam dulu? Dulu aku baik je orangnya tapi disebabkan bapak korang tu, aku berubah. Aku bukan innocent macam dulu. Aku Hakim yang baru. "

Tiba-tiba kawasan itu sekali lagi berpusing sama seperti di markas. Mereka hanya terdengarkan bunyi ketawa Hakim yang bergema di dalam pusaran tersebut. Mereka hanya memejamkan mata.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now