Part 28 -I Want My Power Back

484 40 2
                                    

Di markas sebenar kumpulan Evil Dark...

"Kau nampak dah jalankan tugas dengan baik. Taniah." kedengaran bunyi tepukan selepas kata-katanya.

"Sebab aku dah jalankan tugas dengan baik, jadi kau boleh... " kata-kata dia dipotong oleh seseorang.

"Ops... Aku tak terfikir lagi nak bagi macam tu je. " kata si dia sambil tersenyum sinis kepada dia.

"Tapi kau dah janji kalau aku intip untuk tahu kelemahan diorang, aku boleh dapat kuasa aku. Tolonglah kau dah janji. " suara itu merayu padanya.

Tapi dibalas dengan gelak ketawa yang seperti mengejeknya.

"Hey, Yuka kau tahu tak? Aku cuma bagi tugas kecil pada kau. Jangan fikir kau dah boleh dapat kuasa kau. Aku masih ada tugas lagi untuk kau. Kau tak boleh lari dari aku. Kau kena ingat tau? "

Yuka sudah menangis di hadapan ketua kumpulan Evil Dark a.k.a Hakim. Masih tak puas lagi apa yang dikehendakinya ditunaikan.

"Sebenarnya tugas sebenarnya kau adalah sedut pula kuasa Qisya. Tapi jangan risau Zack akan tolong kau. Dia lebih amateur dalam buat kerja ni. " arahan baru Hakim dapat menarik nafas lega.

' Huh nasib baiklah ada Zack. Dah kata dia amateur lebih baik dia je yang buat kerja tu. ' gumam Yuka.

"Jadi aku boleh bagi kuasa kau untuk tugas yang terakhir ni. Satu amaran aku, jangan sia-siakan. Kalau tak aku hantar kau bersama dengan keluarga kau. Diorang tengah tunggu kau. " kata Hakim dengan jelingan tajam kepada Yuka.

"Ba... Baik... Terima kasih sebab masih percaya pada aku. " kata Yuka sambil menunduk. Mungkin ketakutan pada dia takkan terpadam.

Zack membawa balang yang ada cahaya berwarna coklat. Di dalam balang itulah ada kuasa sebenar milik Yuka. Apabila Zack membuka penutup balang, ia terus pergi kepada Yuka. Yuka terasa getarannya dan akhirnya ia sudah mula sebati dalam diri Yuka.

"Kau dah dapat apa yang kau nak, sekarang kau boleh balik ke bilik kau. Rehat sementara masih boleh rehat. " kata-kata akhir Hakim menyapa telinganya. Yuka mula melangkah ke biliknya di markas tersebut.

Hati dia terasa gembira kerana telah mendapat kuasa kuatnya. Kuasa kuat milik Yuka adalah kuasa tanah. Kuasa itu sebelum ini telah dicuri oleh Hakim atas alasan untuk semangatnya. Tapi Yuka tak terasa semangatnya.

Dia hanya menipu pada kawan-kawannya yang kuasa sebenarnya adalah kepantasan. Dia bernasib baik yang dia bercakap dengan mengumam gula-gula pembohong yang dibeli di pasar gelap. Kalau mengikut logik, kuasa itu hanya untuk kuasa side sahaja. Tapi mereka tertipu dengan pembohongan Yuka.
(Begitu juga anda yang telah tertipu dengan penipuan Yuka) *hahaha* si author gelak pada korang. Oops Maaf. Hehehe 😛

Kuasa side sebenar milik Yuka adalah telepati yang terjadi pada kehilangan Qaira. Sebegitu bijak Yuka menyamar menjadi orang yang cool dalam kawan-kawannya. Hingga mereka percaya yang mereka adalah kawan yang sebenar.

Kadangkala hati Yuka ada terdetik rasa kesian pada mereka. Tapi dia masih ingin setia dengan kumpulan Evil Dark ini. Kisah masa silam menyebabkan Yuka ingin menuntut sesuatu. Satu hari nanti...

************************************

Hey, guys new chapter updated. Enjoy your story.

Just one to say. Thank you very much pada readers yang baca Power Of Twin Sister. Sekarang story ni dah cecah 1k view.

OMG, susah juga si author nak percaya. Pagi-pagi buka wattpad ni, dapat surprise sebegini. Thank you sangat2.

Jadi si author belanja chapter baru ni. Harap masih enjoy cerita ini. Jadi si author akan lebih bersemangat nak update. Hahaha👈 si author asyik gelak je.

Daripada
Si author penat nak gelak 😂😂

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now