Part 42 -My Sister

455 33 4
                                    

Gerakan kaki dari lorong sunyi itu bergema dengan hentakan kaki yang kuat. Tiada satu pun pengawal atau ahli kumpulan yang menghalang pergerakan lelaki itu. Gerakan kaki itu juga kedengaran seperti berlari.

Dari tadi, Daffi mencari Darleena di dalam kawasan markas. Susah ingin mencari kerana markas kumpulan itu sangat besar. Ini menyebabkan Daffi geram dan merungut.

"Apahal lah kawasan ni besar sangat hah? Sudahlah besar, takde peta kawasan pula tu. Signboard pun macam ada takde je. Takkan takde satu pun ahli diorang yang sesat dalam markas ni. Menyusahkan orang je!! " luah Daffi dengan geram.

Tiba-tiba Daffi terduduk sambil memengang kepalanya yang sakit. Dia seperti terlihat imbasan seorang gadis yang melangkah ke arah bertentangan dengan Daffi. Dia hanya melihat tidak dapat mengeluarkan suara untuk memanggil gadis itu.

Akhirnya kesakitan di kepala Daffi beransur pulih. Dia terpaku seketika di lorong sunyi itu. Memikirkan gadis itu macam dikenali. Dengan tubuh badan yang kurus dan rambut yang bertocang, sememangnya dia kenal siapa.

"Itu... Itu... "

Daffi terlihat sepasang kaki melangkah ke arahnya. Dia mendongak dan mengalirkan air matanya.

-----------------------------------------------------------

Mikail membuka mata perlahan-lahan. Dia terlihat Leya di hadapannya. Di sisi Leya ada Mel.

"Apa... Apa dah jadi? " tanya Mikail. Nasib baik menanya soalan yang berkaitan Dan bukan soalan 'saya di mana?'

"Kau ni boleh tahan panas baran juga. Kau serang je pembantu Hakim. Tak fikir panjang. Last-last kau surrender. Memang aku nak je gelak dekat kau. " kata Mel. Dari tadi dia bersama dengan Leya untuk pertahanan yang lagi kuat ketika menyerang Hakim.

"Yelah, aku mengaku aku memang tak fikir apa aku nak buat. Hari tu pun aku intip diorang. Sama macam aku dengan Syakir buat dulu. Aku... Minta... Maaf. " kata Mikail dengan perlahan.

"Tahu pun. " perli Mel.

"Dah lah tu. Masalah sekarang ni adalah musuh terbesar kita. Kalau kita tak kalahkan dia dengan ahli dia, korang akan bergaduh dalam kubur jelah. " perli Leya pula.

"Aduh, sakit bila kau perli aku. " kata Mel.

"So conclusion-nya sekarang, baik korang tolong kembar tu dengan Syakir, boleh ke tak Mikail, Kamelia? Kita kena tolong diorang. Takkan korang nak join aku dekat sini kut. " kata Leya lagi. Muka serius ditayangkan.

"Baik aku memang nak tolong Qai... Eh eh diorang untuk kalahkan Hakim. Jom! " dengan laju Mikail berlari ke arah perlawanan itu.

"Pahal doh Mike tu. Pelik! " kata Mel turut ke arah perlawanan itu.

Leya memandang mereka yang sudah jauh untuk berlawan dengan Hakim.

"Kau suka dekat Qaira ke, Mike? " soalan itu dibiar berlalu kerana tiada siapa yang menjawabnya.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now