Part 25 -Killed

541 41 0
                                    

"Baiklah tuanku, patik menerima tanggunjawab yang tuanku amanahkan. Terima kasih tuanku kerana mempercayai patik. " kata Zana.

King Qaill dan Queen Myara menyerahkan bayi mereka kepada Zana. Queen Myara mengalirkan air mata. King Qaill beriak tenang tapi dia sebenarnya rasa sedih kerana berpisah dengan anak-anaknya.

"Cepat Zana. Selamatkan mereka. Lari jauh dari sini. " kata Queen Myara.

Zana segera berlari ke ruangan teleport secepat mungkin. Dia memandang bayi dipelukannya.

"Mama akan lindungi kamu berdua. "

Boom!!...

King Qaill dan Queen Myara berpaling ke arah bunyi letupan itu. Muncul kumpulan Evil Dark. Ketuanya bertopeng hitam memandang mereka berdua.

"Hai, tuanku. Kenapa main sorok-sorok dari patik ni?" kata ketua kumpulan Evil Dark.

"Apa kamu dapat kalau kamu ada kuasa kami ni? " kata King Qaill dengan lantang.

"Macam yang aku pernah kata dulu. Kuasa tu boleh membantu aku takluk dunia ni. Aku akan ubah sistem pemeritahaan yang bodoh ni. "

"Saya tak rasa hajat kamu dapat dicapai. " tiba-tiba Queen Myara berkata. Dia senyum kepada kumpulan Evil Dark itu.

"Apa!!! "

"Betul tu ketua. Mereka berdua sudah tiada kuasa. " kata salah seorang ahli kumpulan itu.

Ketua kumpulan berasa sangat marah lalu menolak King Qaill ke dinding. Queen Myara ingin berlari ke suaminya tetapi dihadang oleh ahli kumpulan yang lain.

"Kau... Jangan-jangan kau serapkan kuasa tu pada anak kembar kau kan? "

"Kenapa? kau fikir raja tak ada alat itu. Lagipun alat tu dah musnah sebab kau bomkan. Jadi jangan mimpilah nak kuasa tu. " kata King Qaill dengan sinis.

Ketua kumpulan memandang King Qaill dengan tajam. Tiba-tiba dia ketawa dengan kuat. King Qaill terasa pelik dengan perubahan ketua kumpulan itu.

"Aku tahu aku takkan dapat kuasa tu sekarang. Tapi lambat laun aku boleh dapat juga kuasa tu. "

Dia membuat isyarat pada ahli kumpulan yang sedang memegang Queen Myara. Ahli kumpulan itu memahami isyarat ketuanya. Dengan menggunakan kuasa besi dia membentuk pisau lalu ditikam pada Queen Myara.

"Tidak!! Dinda... " jerit King Qaill. Air mata mengalir di matanya. Kejam kumpulan Evil Dark membunuh Queen Myara.

"Aku buat macam ni sebab tak nak kau ganggu rancangan aku. " kata ketua kumpulan. Dia memandang Queen Myara tanpa rasa kesian.

"Bodoh!! Kau memang bodoh... " jerit King Qaill lagi. Memandang jasad kaku isterinya, menambahkan rasa sedih.

"Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang biar kau pun mampus. "

Si ketua mengeluarkan pedangnya lalu dihunuskan pada King Qaill. Dia menikam banyak kali sehingga dia berasa puas.

Sebelum berlalu pergi, ketua kumpulan menghampiri jasad King Qaill.

"Aku akan sampaikan salam pada anak-anak kau. Mesti diorang akan meraung panggil nama kau dan bini kau. Maaflah sebab kau degil nasib kau macam ni. Selamat tinggal Qaill." kata si ketua kumpulan Evil Dark itu.

Dia meneruskan lagi usaha jahatnya bersama ahli kumpulan yang lain. Meninggalkan jasad yang berlumuran darah di istana besar Itu.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now