Part 8 -The Boys?

774 51 0
                                    

"Erk Syakir!! "

"Wei jawablah apa yang korang nak buat dekat ruangan teleport tu? " tanya Syakir. Di sebelahnya ada Mikail.

"Penting ke untuk kau? " balas Qisya.

"Wei tak faham bahasa ke? Jawablah? " Syakir masih tak puas hati selagi tak dapat jawapannya.

Qaira berasa ragu-ragu. Dia ingin memberitahu tetapi dia berjanji dengan Qisya untuk tidak mebocorkan rahsia mereka.

Syakir memandang Qaira dan segera melangkah ke arahnya.

"Yes Qaira. Tell me. " tanya Syakir.

"Emm..."

"Oh please lah Qaira. Cakap dekat saya. Apa korang buat dekat situ? " desak Syakir lagi.

"Yelah yelah. Kitaorang nak pergi ke dunia manusia. Hah puas hati kau? " jawab Qisya kerana dia berasa rimas dengan Syakir.

"Apa hal korang dekat situ? "

"Kitaorang nak cari mak diaorang. Kitaorang syak mak diaorang mungkin ada dekat situ. " terang Mel.

"Kejap macam mana kau boleh tahu kitaorang ada dekat sini? " tanya Yuka.

"Ar... emm..." tiba-tiba Syakir terasa gagap.

"Hmm... Dah agak kau intip kitaorang. " kata Qisya.

Syakir sudah kehilangan kata. Sememangnya itu yang dia lakukan. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia boleh buat kerja itu.

"Tapi boleh ke korang handle masalah ni sebab nampak macam bahaya juga? " tanya Mikail.

"Walaupun bahaya tapi kitaorang mesti cari apa punca kehilangan tu. Keselamatan ibu kami lebih penting lagi daripada nyawa kami. " kata Qaira dengan bersungguh-sungguh.

"Ok kalau macam tu, kitaorang akan ikut korang. " kata Mikail.

"What? Serious lah kita ikut diaorang. " kata Syakir.

"Yes sebab itulah tujuan kau intip diaorang kan? "

"Ceih boleh pula macam tu. "

"Yelah sebab kalau ada lelaki selamat sedikit. " kata Leya yang daripada tadi hanya diam.

"Tapikan apa nama kau ya? Tak pernah nampak rasanya." kata Yuka sambil memandang Mikail.

"Emm... Nama aku Mikail. Korang panggil aku Mike sebab dari dulu aku dipanggil macam tu. " jelas Mikail.

"Oh Ok itu pun dah cukup. " kata Yuka.

"Korang dah pilih senjata korang? " tanya Qisya.

"Yep kitaorang dah pilih pun. " kata mereka berdua.

"Ok jom. "

Kali ini barulah betul-betul melangkah dengan semangat berkobar-kobar ke ruangan teleport.

Setibanya mereka di ruangan teleport itu...

"Ok korang tahukan apa yang kita kena buat. "

"Yes. " kata mereka semua.

"Ok. Jom kita mulakan. "

Mereka di hadapan pintu teleport. Di dalam hati mereka, menetapkan fikiran mereka untuk ke dunia manusia. Dan dalam beberapa minit, badan mereka seolah-olah disedut masuk ke dalam pintu teleport. Dan mereka menghilang di dalam ruangan teleport itu.

Power Of Twin Sister Där berättelser lever. Upptäck nu