Part 50 -The New Kingdom

434 39 1
                                    

5 tahun kemudian...

"Adakah kamu bersumpah dengan nyawa kamu untuk memerintah kerajaan ini? "

"Saya bersumpah dengan nyawa akan bertanggungjawab melindungi dan memerintah kerajaan ini dari sebarang ancaman kejahatan. "

"Baiklah dengan ini kamu ditabalkan menjadi seorang pemerintah kerajaan Rainbow. Melindungi rakyat kami dari sebarang ancaman kejahatan hingga akhir hayat nyawa kamu."

Mereka ditabalkan dengan meletakan mahkota pada raja dan tiara untuk pemaisuri tersebut.

Semua berdiri dan memberikan tepukan gemuruh untuk raja dan pemaisuri tersebut. Semua rakyat turut gembira dengan pertabalan raja dan pemaisuri baru mereka.

Qaira melangkah ke arah Qisya. Dia memeluk kakak kembarnya yang disayangi.

"Wah kakak dah jadi pemaisuri. Lepas ni mesti kakak sibuk saja kan? " kata Qaira. Terbit rasa sedih kerana mereka mesti tidak akan bersama seperti dahulu.

Qisya mengetuk perlahan kepala Qaira. "Hey, siapa cakap macam tu? Walaupun kita tak selalu bersama, Qaira tetap bersama dalam hati kakak ni tau. Bukan saja dia yang ada dalam hati kakak. Qaira adalah banyak ruang dalam hati kakak. "

"Hah, apa tu. Membawang pasal saya, ye? "

Mereka serentak berpaling ke arah suara tadi. Oh rupanya Syakir a.k.a Raja Kerajaan Rainbow a.k.a suami Qisya.

"Ish perasan lah mamat ni. Bukan cakap pasal dia pun. Kan, Qai? " Qisya pura-pura merajuk pada Syakir. Qaira hanya sengih lebar.

"Sayang apa sayang cakap dekat abang macam tu? Kita kena pakai gelaran 'kanda' tahu tak? " kata Syakir lembut.

"Hihi, dah jom kita keluar lihat rakyat kita. Jom. " Qisya menarik tangan Syakir untuk bergerak bersama-sama.

Dari tadi, Mel, Leya dan Mikail hanya memerhati saja tingkah romantik mereka dan kebudakan mereka. Tak padan dah jadi raja dengan pemaisuri, masih perangai budak-budak.

"Aku harap diorang berbahagia hingga akhir hayat diorang. " kata Mel.

"Aku pun sama. Berharap juga macam tu. " kata Qaira pula.

"Aku pernah ingat lagi. Yuka kata dia teringin nak jadi pengapit bila Qisya kahwin tapi... " Leya hilang kata-kata. Kejadian meragut nyawa Yuka masih ingat di fikiran.

"Sudahlah. Yang pergi tetap pergi. Sekarang apa kata kita tengok diorang tu. " celah Mikail pula bila terasa suasana sedih bila cerita tentang Yuka.

"Oh, ok. Jom Leya. " Mel menarik tangan Leya keluar dari gereja istana.

Qaira turut melangkah namun tangannya di tarik kembali oleh Mikail. Dia hanya senyum pada Qaira.

"Sekarang kakak awak dah kahwin, kita bila pula? "

"Huih, tak payah lah straight forward sangat. " Qaira ketawa kecil dengan keletah Mikail.

"Saya serius ni. "

"Bila semua sudah selesai, giliran kita pula. Kita kena sabar tahu. " kata Qaira.

Setiap kali Qaira bercakap, mesti tak lepas senyuman di bibir comelnya itu. Itu menjadi satu sebab kenapa Mikail sayang dengan Qaira.

"Baik saya akan tunggu. "

















************************************

Hai semua readers yang setia lagi baca story author. ☺☺

Story ni dah nak habis. Maafkan author sebab dah jarang nak update story. Author masih bersekolah lagi. Jadi homework author pun masih banyak. Macam tak pernah nak surut pun.

Jadi author akan cuba habiskan waktu Raya Cina nanti. Dan untuk bab ni macam dah happy ending kan? Kalau suka vote lah untuk author. Ok?


From
Si author (fly away 🕊🕊)

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now