Part 21 -Stole Water Power

571 43 1
                                    

Zana dan Qisya saling berpelukan. Kawan-kawan Qisya yang lain hanya memandang mereka dengan perasaan bersyukur.

Namun mereka bagaikan terlupa yang Qaira masih dengan kuasa kuatnya. Qaira tidak mengambil masa yang panjang, segera menggunakan kuasa air untuk menentang mereka.

Tiba-tiba Hakim merangkul Qaira. Bersama alat di tangannya, dia menyedut kuasa kuat Qaira. Qaira menjerit dengan sangat lantang. Sebahagian bangunan retak disebabkan jeritan Qaira.

"Apa kau buat ni? Lepaskan Qaira. Lepaskan dia. " kata Qisya dengan suara yang kuat.

Akhirnya Qaira pengsan setelah kuasanya disedut. Hakim mula tersenyum gembira kerana telah mendapatkan apa yang dia mahu.

"Haha, too late. Lepas ni giliran kau Qisya. Kuasa kau yang paling kuat. "

Dengan menggunakan pintu teleport, Hakim terus hilang di depan mata mereka. Qisya dan Zana segera meluru ke arah Qaira yang telah pengsan.

"Ceh, kurang ajar punya orang. Memang spesis pengecut. " kata Mikail dengan perasaan yang geram.

"Apa yang dia nak buat dengan kuasa kuat Qisya dan Qaira? " kata Leya.

"Dia nak gunakan kuasa tu untuk takluki Kota Rainbow Magic. Semakin kuat dia boleh ambil dunia manusia. " jelas Zana kepada mereka.

"Hah, maksudnya dia nak buat macam kerajaan dia sendiri. Alamak macam mana ni, abang? " kata Darleena resah.

"Eh, kau ni tanya aku pula. " balas Daffi.

"Sudahlah. Yang penting aku nak bawa Qaira ke rumah Daffi. Dia nampak makin tenat. " kata Qisya. Dia berasa sedih kerana menjumpai adiknya yang sudah lemah.

Di rumah Daffi...

Zana sudah habis cerita berkenaan kisah yang berlaku. Qisya memeluk Zana dengan muka yang sedih. Manakala Qaira sedang dirawat oleh Leya dan Darleena.

"Kami tak anggap ibu sebagai knight kami. Kami tetap akan anggap ibu sebagai ibu kami. Terima kasih sebab menjaga kami demi bonda dan ayahanda. " kata Qisya yang rasa sebak. Sungguh tidak percaya ibu bapanya sudah mati kerana peperangan.

"Terima kasih juga tak anggap ibu orang lain dalam hidup kamu. "

"Tapi sekarang ni macam mana? Hakim dah dapat kuasa Qaira. Macam mana kami nak hadapi dia? " luah Qisya.

"Kamu kena bersedia dari segi mental dan fizikal kamu. Dia boleh jadi kuat dari biasa. "

"Macam mana saya nak lindung kuasa ayahanda? Saya takut. "

Inilah kali pertama Qisya mempunyai perasaan takut terhadap musuhnya. Paling ditakuti adalah tidak dapat menjaga kuasa ayahandanya dengan baik.

"Sebab itu ibu nak kamu semua bersedia. Dia boleh meyerang bila-bila masa saja. Makcik nak Yuka, Mel, Syakir dan Mike lindungi Qisya dan Qaira dengan sebaik mungkin. "

Mereka mengganguk dan menerima tanggunjawab digalas di bahu mereka. Dalam pada masa yang sama, Leya dan Darleena menghampiri mereka.

"Makcik, Qis. Qaira dah sedar. Dia cakap ada sesuatu yang dia nak bagitahu kita. Dia nak kita semua berkumpul di bilik Qaira. Sekarang!!"

Mereka saling berpadangan. Ingin mengetahui mengapa Qaira nak mereka berkumpul.

"Mungkin ada something yang dia nak bagitahu kita apa yang dia ketahui. Marilah. Jangan lengahkan masa lagi. " kata Zana sambil mengorak langkah ke bilik Qaira. Mereka yang lain juga turut sama mengikuti.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now