Part 53 -Forever And Always

570 30 0
                                    

"Hah, berangan apa tu? "

Termati lamunan Qisya apabila adik kembarnya mengacau dia. Siapa lagi kalau bukan Qaira.

"Tak ada apa-apa pun. Cuma fikir masa dulu. " jawab Qisya.

Qaira menghampiri kakaknya lalu duduk di bangku balkoni diraja sementara menunggu Syakir dengan mesyuarat diraja. Kalau tanya kenapa Qisya pun tak join sebab dia mengadu sakit kepala. Jadi Qaira lah jadi penemannya.

"Kakak kalau dah lepas tu, kita lepaskan lah. Kita tak boleh ulang sejarah. " kata Qaira.

"Tak lah. Kakak cuma fikir banyak yang kita dah lalui. Macam-macam cabaran dan rahsia kita hadapi. Walaupun semua tu datang kita mampu selesaikan bersama-sama. Kakak selalu fikir apa jadi kalau salah seorang dari kita berdua tiada? "

"Kakak apa fikir macam tu? Kita ni kembar. Susah senang kita hadapi. Kembar ni takkan biarkan dia sahaja menanggung kesusahan tu. Dua-dua akan merasa susah. " kata Qaira. Dia kurang gemar bila kakaknya berkata sebegitu.

"Kakak just cakap je. Beruntung bonda dan ayahanda dapat kita kan, Qaira. Walaupun kita tak pernah jumpa mereka, kita cuba untuk selamatkan mereka dari dendam mereka. "

Selepas dari perlawanan mereka dengan Hakim, kuasa kilat dan air hilang. Leya kata roh ayahanda dan bonda merasakan dendam sudah dilunaskan. Jadi mereka bersemadi dengan aman.

"Memang kita beruntung. Kita susah bersama-sama. Senang pun kita bersama-sama. " kata Qisya.

Mereka saling berpelukan sambil melihat bulan yang terang di malam hari.

"Qaira, janji dengan kakak kita sentiasa bersama-sama walaupun kita sudah ada suami atau anak-anak? Tak kira susah atau senang? " tiba-tiba Qisya bercakap dengan lebih sayu.

Qaira memandang Qisya seketika lalu kembali berpelukan.

"Qaira janji kakak. Qaira janji akan sentiasa bersama-sama tak kira susah atau senang. " kata Qaira. Qisya mengalirkan air mata. Dia semakin mengetatkan pelukan kepada Qaira.

"Eh, dah kenapa peluk-peluk ni? "

Tiba-tiba datang pengacau keamanan iaitu Syakir. Nampaknya mesyuarat itu telah habis.

"Eh, takkan tu pun nak jealous? " usik Qisya kembali.

"50-50 macam tu lah. " jawab Syakir lalu menghampiri Qisya dan dipelukannya dari belakang.

"Emm, baik saya keluar dulu. Bye. " Qaira meminta untuk pulang.

"Ok bye Qaira. Jumpa nanti. " Qisya hanya mampu melambai memandangkan Syakir peluk dia macam taknak lepas.

Qaira keluar dari bilik tersebut. Dia berjalan ke pintu keluar. Di pintu keluar Mikail sedia menunggu.

"Shall we? " Mikail menghulurkan tangannya kepada Qaira. Dan Qaira menyambutnya.

Mereka bersama-sama berjalan keluar dari istana untuk pulang ke rumah masing-masing.







































Jaga kita tak kira susah atau senang....

THE ENDS...

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now