Part 23 -Going To The Past

536 41 0
                                    

Keesokan harinya, mereka menikmati sarapan bersama-sama. Sambil makan sambil berbual. Sudah terasa seperti perjumpaan keluarga.

"Ibu, kalau Qis nak tanya soalan boleh?" tanya Qisya pada Zana.

"Tanyalah. Kalau soalan dia KBAT, itu makan masa nak jawab. "

"Sekurang-kurangnya makcik jawab juga walaupun jawapan pelik sekalipun. " kata-kata lawak Syakir menyebabkan semua ketawa.

"Ok lah. Sebenarnya Qis dengan Qai nak tahu apa berlaku waktu kami diserahkan kepada ibu? Keadaan waktu tu memang darurat ya? "

Soalan Qisya memyebabkan Qaira hampir tersedak. Segera dicapai air untuk mengurangkan perit ditekak. Dalam diam, Qaira memukul perlahan Qisya.

"Apa akak ni? Kalau nak tahu sekalipun, jangan libatkan Qaira boleh tak? " marah Qaira. Qisya hanya menjungkit bahu.

"Betul ke kamu nak tahu?"

"Ya, betul ibu. "

"Kalau macam tu, lepas makan kita boleh mulakan. "

Sesudah itu mereka segera menghabiskan makanan mereka. Selepas sarapan, mereka berkumpul di ruang tamu.

"Jadi kamu berdua aje pun dah cukup. "

"Memang tak boleh pergi beramai-ramai, ya? " muncung Qisya kerana kawan-kawannya tidak dapat sertai.

"Tak boleh Qisya. Kuasa side ibu bukan kuat macam kuasa utama ibu. "

"Takpe ibu kitaorang pun ok. " kata Qaira segera menghentikan masalah itu.

"Ok mari kita pergi. "

"Balik sini bawak lah oleh-oleh ke, makanan ke. Takkan bawa cerita je?" usik Syakir.

"Tengok dulu lah. Takut takda bajet. Ok adios kawan-kawanku. "

Mereka menghampiri Zana. Zana memegang tangan Qisya dan Qaira untuk memyalurkan separuh kuasa kepada mereka dan ingatan Zana terhadap masa dulu.

Kuasa side Zana adalah time lapse. Kuasa yang dapat menunjukan keadaan peristiwa berlaku. Seperti mesin masa versi manusia.

Cahaya putih menyelutupi mereka. Sehinggalah jasad mereka hilang di depan mata mereka. Itu menunjukan bahawa mereka sudah menerokai masa silam.

"Wow, hebatnya. Boleh pergi ke masa lampau. Kalau masa depan boleh pergi tak? " tanya Darleena kepada kawan-kawannya.

"Tak. Mereka tak boleh langsung pergi ke masa depan. Sebabnya, kalau ada peperangan yang mungkin berlaku dan mereka boleh pergi ke masa depan, mereka mesti ditangkap oleh pengawal diraja. " terang Yuka.

"Jadi takkan ada siapa yang boleh pergi ke masa depan? "

"Hmm... Unfortunately, no. Tak boleh. "

"Ok thanks Yuka "

Mereka yang lain hanya mendengar. Dalam hati mengharapkan mereka selamat perjalanannya.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now