Part 44 -The Lightning Power

404 34 3
                                    

"Suara.... tu..."

"Kau tak kenal aku? Aku akan tolong kau ingat aku. " kata Qisya dengan suaranya berubah jadi garau. Matanya bercahaya kuning.

Tangan Qisya dihalakan ke arah Hakim. Dengan serta merta, Hakim tercampak jauh ke dinding hingga dinding markas retak. Tangan Qisya masih menampakkan kilat. Punca Hakim tercampak tadi.

"Kau... Kau..."

"Ya, aku lah Qaill. Salah seorang yang kau telah bunuh. Juga membunuh isteri aku. " luah Qisya.

"Macam... Macam mana... Kau..." tergagap-gagap Hakim untuk bercakap.

"Kau mungkin tak tahu yang mesin tu juga boleh letakkan roh si pemindah kepada penerima. Aku memang suruh Gary menambah satu perisian yang baru tu. " jelas Qisya lagi. Mereka yang lain hanya mendiamkan diri.

"Tak... Kau salah buat benda macam ni. Kau memang tak sayangkan anak-anak kau. Kau jadikan jasad diorang untuk lepaskan dendam kau yang sia-sia tu. Kau memang kejam dari dulu!! " hasut Hakim. Dia ingin meracun pemikiran Qaira yang hanya berdiam diri.

Qaira tersentak. Dia menggankat kepalanya dihalakan ke arah Qisya atau lebih ke arah ayahandanya, Qaill. Qisya turut berpaling ke arah Qaira. Dia segera ke arah Qaira.

"Qaira, jangan percaya dengan lelaki itu. Ayahanda cuma ingin menolong kamu berdua. Tolong ayahanda, Qaira..." rayu Qisya di hadapan Qaira.

Qaira memandang Hakim. Tergambar senyuman sinis tapi bila Qaira melihatnya terus dia menunjukan riak sedih.

"Jangan risau ayahanda. Qaira cuma sedikit terkejut. Tapi Qaira takkan percaya satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut dia. " kata-kata Qaira membuatkan Qaill berasa lega.

"Bagus lah kau tak percaya aku. Dengan tu aku akan dapatkan apa yang aku nak. YUKA!! "

Dengan pantas Yuka menggunakan kuasa tanah membuat lubang untuk menenggelamkan Qaira. Dia berlari ke arah Qisya dengan pantas bersama alat pemisah kuasa.

Tapi dengan kuasa kilat, Qisya mengelak dengan sepantas kilat. Dia menumbuk Yuka dengan tumbukan kilat daripadanya. Yuka tercampak jauh dari Qisya. Yuka pengsan dek kerana kesakitan yang dialaminya.

"Berhenti tuanku! Berhenti Hakim! " suara itu datang dari belakang Hakim. Dia berlari ke arah Yuka yang pengsan itu.

"Apa yang kau cakap ni, Yuu? " jerit Hakim pula.

Ya, yang memakai hoodie hitam itu adalah Yuu. Dia mengangkat kepala Yuka. Air mata mengalir perlahan di pipi Yuu.

"Berhenti Hakim. Kau dah puas seksa hidup Yuka. Jangan seksa dia lagi. " kata Yuu.

"Tak Yuu. Kau khianat aku Yuu. Dan orang yang khianat aku, perlu dihukum. " kata Hakim dengan amarah meluap-luap.

Dia membuat pedang air lalu berlari ke arah Yuu. Yuu hanya pasrah jika dia mati ditangan Hakim. Semakin kuat dia memeluk Yuka.

Setibanya Hakim dia mengangkat pedang itu tinggi-tinggi. Tak sempat menurunkannya, berlaku pertembungan cahaya di situ.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now