Part 48 -The Twin Hope

418 33 3
                                    

"YUKA!! "

Qisya masih meraung + menangis. Dia rasa sangat bersalah kerana tidak menyelamatkan Yuka. Hakim hanya memandang kosong. Dia tidak merasakan apa-apa bila dia membunuh Yuka.

Tiba-tiba...

BAM!!

Hakim terpelating hingga ke dinding markas. Dia cuba menahan sakitnya.

Author asyik nak baling orang ke dinding je.

Pengikat air terlerai dari tangan Qisya. Dia mengesot ke arah jasad kaku Yuka. Dia meratapi kematian mereka.

Hakim berpaling untuk melihat siapa yang membaling dia ke dinding.

Terkejut bila terlihat satu susuk tubuh badan yang memegang tangan. Dan terserlah Daffi dan
Darleena yang bercahaya.

"Kau yang campak aku? " teriak Hakim.

Soalan Hakim tidak dijawab tapi Darleen meluru ke arah Hakim lalu penumbuk diberi kepada Hakim. Hakim tidak bersedia dengan serangan itu. Tak cukup dengan penumbuk, dia menendang Hakim dengan kuat. Wajahnya terpamer kemarahan yang meluap-luap.

"Sudah, sudah Leena. " Daffi cuba menenangkan Darleena yang naik hantu belasah Hakim.

"Lepaskan Leena lah abang. Dia dah bunuh Yuka. Kita sama-sama tengok kan abang." luah Darleena. Air matanya tumpah bila terkenang kembali pembunuhan itu.

"Abang tahu tapi jangan bertindak macam ni. Abang tak nak kau cedera. Abang pun terkesan bila dia bunuh Yuka macam tak siuman." Daffi cuba memujuk Darleena yang menangis teresak-esak. Dia memeluk adiknya supaya kesedihan hilang.

Dalam pada masa yang sama, Qaira, Mel, Leya, Syakir dan Mikail pergi ke arah Qisya yang masih bersedih. Qaira cuba menenangkan Qisya walaupun dia turut sedih dengan kematian Yuka.

"Semua salah aku. Semua salah aku. " Qisya mengulang kata-katanya. Rasa bersalah sangat tinggi bila terlihat jasad kaku itu.

"Kakak bukan salah kakak. Kakak cuba yang terbaik untuk selamatkan Yuka. Kakak jangan salahkan diri kakak. " Qaira cuba sebaik mungkin untuk memujuk kakaknya.

"Ratap dia pun, bukannya hidup pun. "

Kata-kata sinis itu membangkitkan kemarahan Qisya dan Qaira. Mereka memandang tajam ke arah Hakim yang tenang.

"Kau memang setan! Kau bunuh orang yang tak bersalah untuk apa? Semuanya untuk kepuasan kau yang bodoh tu. " luah Qisya. Dia sememangnya rasa marah yang susah untuk dikawal.

"Itu adalah pembalasan mereka. Aku takkan bunuh kalau tak ada sebab tertentu. Aku cukup puas bila bunuh Yuka. Dia memang dari dulu nak belot aku. Dari dia buat macam tu baik aku bunuh je. Senang. " jawapan Hakim makin menambahkan kesakitan di dalam hati.

Hakim menghala tangan ke atas. Dia membuat pelindung air untuk menjadikan perlawanan hanya mereka berdua.

Tapi Hakim tak sedar yang kembar itu mula menunjukan sesuatu yang tidak terjangka dek fikiran.

"Terima kasih Hakim. Kau dah buat pelindung yang hanya kami berdua. Kau memang menempah maut. "

Hakim berpaling dan terbeliak bila melihat yang kembar itu bertukar. Rambut mereka bercahaya merah dan biru. Mata mereka hanya bercahaya putih.

"Tak... Takkan... "

Qisya mengeluarkan bebola api berwarna merah hingga. Qaira pula mengeluarkan bebola ais berwarna biru putih.

"Tak... Aku tak boleh mati! " teriak Hakim.

Dia cuba merungkaikan pelindung air itu. Namun gagal kerana mereka telah membuat pelindung campuran kuasa mereka. Hakim tidak boleh melepaskan diri lagi.

"Selamat tinggal Hakim. "

Dengan serentak mereka melemparkan bebola kuasa ke arah Hakim. Bebola kuasa itu bergabung sebelum mengena tepat ke dada Hakim.

Cahaya merah dan biru menyilaukan penglihatan mereka. Mereka memanggil Qisya dan Qaira namun tidak disahut.

"Kakak, harapnya kita sudah menyelamatkan semua orang dari kejahatan lagi. "

"Kakak pun harap begitu. "

Akhirnya penglihatan mereka mula gelap.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now