Part 46 -Twin Power

486 37 4
                                    

Cahaya merah dan biru menyilaukan mata mereka. Mereka menghalang cahaya dengan tangan.

Hakim merasa panas dan sejuk serentak. Dia terkejut bila terlihat lantai berubah warna. Hati dia mula rasa tidak selesa.

"Baik aku blah dulu. " kata hati Hakim. Dengan kuasa kilat dia berlari dengan laju.

Namun dia terhenti bila kakinya membeku. Dia terjatuh kerana kakinya membeku hingga ke lutut.

Cahaya tersebut telah hilang. Di situ terlihatnya Qisya dan Qaira yang nampak menawan selepas cahaya tadi.

Tengok gambar di atas. Just bayang itu diorang. 👆👆

"Qisya... Qaira... " Zana terpegun bila terlihat mereka.

Mikail dan Syakir mula memerah muka. Mereka berdua seolah-olah melihat bidadari. Mel memandang mereka hanya tersenyum saja.

"Kalau dah suka, cakap je lah. " kata-kata Mel membuat Leya ketawa kecil.

Yuka yang sudah kurang rasa sakit turut memandang ke arah kembar itu.

"Abang... Itu... Qisya... Ngan Qaira... Ke? " Yuka juga turut terpegun melihat mereka yang nampak comel.

"Ya, itu mereka. Yuka ok ke? " kata Yuu. Yuu seolah-olah tidak peduli akan kembar itu. Bukan apa tak nak lari fokus.

"Ok je. "

"Baguslah. " Yuu senyum senang terhadap jawapan adiknya.

Yuka masih tak lepas memandang kembar itu. Dia melepaskan keluhan.

"Aku akan tebus silap aku"

Back to the story...

"Hakim sekarang ini masa untuk pembalasan sebenar. " kata Qisya dengan lantang.

Qisya berlari dengan kesan api ditinggalkan di belakangnya. Dia membuat pedang api kuning lalu dilibaskan ke arah Hakim.

Namun Hakim menahan pedang itu dengan perisai air. Perisai air hilang dari pandangan mata. Hakim mula rasa tidak selamat.

"Itu tadi baru sikit. Sekarang pencabut nyawamu akan menarik nyawa kau. " Qisya masih melibaskan pedang berapi itu.

"Tak semudah tu, Qisya. " Hakim menekan butang pada alat kawalan.

"ARGHHH... "

Tiba-tiba Yuu menjerit dengan lantang. Mata ungunya diganti dengan putih. Dia berlari dengan pantas ke arah Qaira.

Mujur Qaira menyedarinya lalu dia membuat backfilp untuk elak dari Yuu.

"Yuu aku nak kau serang diorang berdua. Biar sampai mampus. " arah Hakim. Yuu hanya mengganguk kepala seperti robot.

Yuu mula menyerang kembali Qaira menggunakan kuasanya. Qisya cuba membantu Qaira dari jauh.

"Abang... Hakim, berhenti. Jangan seksa abang aku. " jerit Yuka.

Dia tahu abangnya dikawal oleh Hakim. Cip kecil itu masih berada bersama dengan Yuu. Hakim tidak peduli pasal Yuka.

"BERHENTI HAKIM! " kesabaran Yuka sudah menipis bila Hakim tidak peduli akan Yuka.

Hakim berpaling memandang tajam ke arah Yuka. Dia melangkah ke arah Yuka.

"APA? Kau fikir dengan penkhinatan kau boleh bebaskan Yuu dari rancangan aku? Kau khianat aku, Yuka. Kau memang lemah. "

Perkataan 'lemah' membuatkan hati Yuka mengelegak seperti cerek mendidih.

"Kau anggap aku ni lemah. Baik sekarang aku akan berlawan dengan kau. Ini untuk kematian ibu ayah aku. Aku takkan lupakan sampai bila-bila. "

Baiklah Yuka. Jangan menyesal dengan apa yang kau hajati. "

"Aku tak kisah kalau aku mati hari ini sebab berlawan dengan kau. Akhirnya aku dapat laksanakan impian terakhir aku. Iaitu bunuh kau. "

"KURANG AJAR PUNYA BUDAK!!! "

Bermulalah perlawanan mereka. Yuka berharap ini adalah perlawanan terakhir mereka.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now