Part 51 -Being The Queen?

433 33 0
                                    

5 tahun dulu...

"Kamu ni adalah setiausaha diraja? "

"Ya tuanku. Saya masih lagi setiuasaha kerajaan ni. "

Qisya dan Qaira saling berpandangan. "Tapi apa kena dengan kakak? "

"Macam ni tuanku. Memandangkan tuanku adalah anak sulung king Qaill dan Queen Myara, jadi tuanku akan ditabalkan menjadi pemaisuri Kerajaan Rainbow. " terang setiuasaha raja tersebut.

Qisya terkedu manakala Qaira hanya senyum segaris. Qisya tak sangka itu sebab dia dipanggil ke mari.

"Hah, kenapa saya? " kata Qisya yang masih terkejut.

"Seperti yang saya cakap tadi, kamu adalah anak sulung king dan queen. Kamu sepatutnya jadi pemerintah. "

"Tapi... Saya tak... Yakin... " Qisya rasa tidak yakin untuk memerintah kerajaan ini.

Tiba-tiba Qaira memegang tangan Qisya. Qisya berpaling ke arah Qaira. Senyuman Qaira mengurangkan resah di hatinya.

"Mana pergi kakak saya yang hebat? Selama Qai bersama dengan kakak, tak pernah kakak mengalah sebelum dicabar. Kakak kembar yang Qaira kenal adalah dia sanggup terima cabaran tak kira lah susah atau senang. " kata Qaira dengan lembut.

"Tapi... " mulut Qisya ditutup dengan jari runcing Qaira. Qaira memeluk Qisya dengan erat.

"Tak. Qaira taknak dengar kakak cakap tak. Qaira nak kakak lakukan yang terbaik. Qaira akan sokong dan tolong kakak dengan janji kakak takkan putus asa. " kata-kata Qaira membuatkan Qisya mengalirkan air matanya. Dia terasa didepannya adalah seorang ibu.

"Terima kasih Qai sebab bagi semangat dekat kakak. Kakak akan berusaha demi kerajaan ni. " kata Qisya dengan tersedu-sedan.

"Aku pun akan tolong kau. "

Mereka serentak berpaling ke arah suara itu. Qisya terkedu seketika.

-----------------------

Qisya dan Syakir duduk di ruang tamu istana. Mereka tidak mulakan lagi perbualan mereka.

"Betul ke kau akan tolong aku? "

Qisya menanyakan soalan supaya kesunyian mereka dapat dipecahkan.

"Ya, aku akan tolong kau. "

"Tapi macam mana? "

Syakir memandang lama ke arah Qisya. Dia cuba mencari ayat untuk menjawab persoalan itu.

"Dengan menjadi raja Kerajaan Rainbow. " kata Syakir.

"Oh, jadinya aku tak perlu lah jadi queen kerajaan kan? "

Syakir memandang sekali lagi ke arah Qisya. Terasa ingin menampar dahi kerana Qisya tak faham dengan kata-katanya.

"Tak lah. Maksud aku, aku jadi king, kau jadi queen. "

Seminit, dua minit kemudian...

"WHAT?? "

"Ya, Qisya kita akan berkahwin. " kata Syakir dengan perlahan.

"Apa, kenapa aku kena khawin dengan kau? Kau fikir aku apa hah? " kata Qisya dengan lantang.

Melihat Qisya tidak keruan, dia segera memeluk Qisya

"Eh, apa kau buat ni, hah? Lepaskan aku! " jerit Qisya.

"Qis, sabar. Aku nak kau bertenang. " kata Syakir dengan sedikit resah.

"Apa kau nak sebenarnya? Sampai kau kena kahwin dengan kau. " kata Qisya lagi.

Syakir mula rasa kepanasan. Dia tahu yang Qisya mula rasa marah. Bila Qisya mula marah, aura kuasa api keluar.

"Aku suka kau, Qisya. "

************************************

Sekarang dah hampir habis part ni. Mungkin malam atau esok author akan habiskan jadi sabar ya.

From
Si author

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now