SCP-1✅

20.4K 454 56
                                    

[selesai di-edit semula]

"Korang, aku dengar cerita harini ada cikgu praktikal baru!" aku bersuara kepada rakan rakan ku iaitu Selrose dan maya

Aku, Nisrena Rosereen seorang pelajar tingkatan 4 yang boleh dikatakan 'hot' di sekolah.

Sebut sajaa nama Nis pasti ramai jejakaa yang mengenaliku. Aku tidak suka orang memanggil aku dengan nama Ros. Jadi, jangan panggil aku dengan panggilan itu.

Aku bukanlah instafamous tetapi bakal instafamous. Hahaha mana tau akan jadi kenyataan? Aku seorang yang tidak lembut, tidak kasar. Nak kata perempuan melayu terakhir tu, mungkin tidak.

Aku seorang yang kurus, bertubuh ramping, dan tidak bertudung.. Mungkin tuhan belum turunkan hidayah buat aku untuk menutup rambut aku daripada terdedah.

"Elehhh kau nak goda dia laa kan? " kata Hanna seorang pelajar yang banyak buat masalah dan gedik!

"Haah ada cikgu praktikal harini, kata pengetua dua perempuan dua lelaki" balas Selrose.

Kata kata Hanna langsung tidak dipeduli.Selrose seorang penolong ketua tingkatan yang mempunyai kacukkan London + malaysia. Kalau korang anggap dia anak orang kaya, korang salah. Walaupun ibunya berasal daripada London, ibunya bukan dari keluarga yang kaya raya.

"haihh agaknya cikgu cikgu tu ajar kita tak ye?" Maya seorang pelajar yang merendah diri, dan tidak kedekut. Dia juga salah seorang sahabat yang aku ada selain Selrose.

"bangun semua" suara ketua tingkatan Amirr buat semua pelajar dalam kelas 4 Ramah berdiri.

Setelah mengucapkan salam untuk pengetua, seorang guru lelaki masuk ke kelasku

Rupanya cukup pakej.. Sudahlah tampan, tinggi pula tu.. Kena dengan cita rasa aku. Ehh?

"baikk, ni cikgu baru kamu, yang akan ajar kamu semua subjek sains" semua pelajar 4 Ramah terpegun melihat senyuman guru lelaki iu yang tidak tahu siapa namanya.

Sebaik sahaja pengetua meninggalkan kelas 4 Ramah yang terletak di hujung banggunan, guru itu memulakan bicaranya.

"assalamualaikum semua pelajar pelajar sayaa" ucapan salam menjadi ayat pertama yang keluar dari mulut guru itu.

Yaa tuhanku, sungguh memikat hati ku

"nama saya Syed Irfan.. Kamu semua, boleh panggil sayaa Sir Irfan ..seperti yang kamu tahu, saya akan ajar kamu subjek sains.. Saya harap kamu bagi kerja sama dengan sayaa"

Dari tadi aku perasan matanya asyik memandang ke arah aku.. Maksud aku Sir Syed.. Entah kenapa nama itu sedap didengari telinga ku walaupun dia menyuruh kami memanggilnya Sir Irfan.

"sekarang, saya nak kita berkenalan...so, mula dari awak. Siapa nama awak?" dia mendekatiku lalu matanya memandang tepat ke dalam mataku

Secara tidak langsung aku menjadi malu dan menjawab soalannya."Nisrena Rosereen binti Faisal Abdullah..Sir boleh panggil saya Nis"

Entah kenapa tiba tiba jantungku berdegup laju dari yang biasa "no i will call you Rosereen" pelan sajaa Sir Syed berkata tapi masih boleh didengari

"Sel , Maya korang dengar tak apa yang Sir kata? "

Sudah jadi kebiasaan di sekolahku, guru lelaki digelar Sir manakala guru perempuan digelar Cikgu

Belum sempat Selrose menjawab, Sir sudah tanya namanya "nama saya Anna Selrose binti Kennedy"

"ohh ada mix ke? Rambut perang, nama unik" Soal Sir kepada Selrose

"yes, made from london and malaysia, Sir "

Terus Sir Syed ke meja Maya memandangkan meja kami disusun tiga tiga

"Maya Khairina binti Abdullah"

Selesai sesi mengenal, Sir membenarkan kami buat kerja sendiri memandangkan hari ini tidak ramai yang hadir

"guys, Sir nak duduk borak dengan korang boleh?" kerusi guru ditarik dan di parking di hadapan meja kami.

Ehhehh Sir ni, kami tengah bergosip, dia nak join pula, emm takapala, nasib baik rupanya tampan ja

"why not Sir, boleh kitaorang kenal kenal dengan Sir" kata Selrose. Aku tampar paha Selrose yanh empuk itu.

"emm Sir, kami nak gi toilet bolehh?"

Buat hal pulak Sel dengan Maya ni, tiba tiba nak ke toilet.. Tinggal aku sorang.. Nak ikut memang tak boleh, sebab pelajar perempuan wajib 2 orang, pelajar lelaki 1 orang sahaja

"Sel nak ikut" kata aku sambil menarik tangan Selrose

"aku nak pergi dengan Maya la, kau duduk la sini, macam tak pernah kena tinggal masa kitaorang pergi tandas." terus mereka keluar meninggalkan aku dan sir di tempatku

" Rosereen tinggal dekat mana ?"

Sepatah aku jawab

"dengan siapa?"

"mummy, daddy, kakak.. Abang dah berumahtangga, so dia duduk rumah sendiri " balas aku acuh tak acuh.

Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Daripada aku seorang pelajar yang banyak cakap tiba tiba menjadi pendiam sehingga Selrose dan Maya kembali.

Author comment
Hai, first chapter for second novel.. Hahahaha sorry if cerita ni bosan..

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now