SCP-27

4.8K 185 5
                                    

Hari ini hari isnin. Sudah tiga hari aku di Hospital. Dah dua jam aku tunggu sir ambil aku. Punyalah lambat sampai aku urus bil dan ubat yang dokter bagi. Tapi sir masih belum sampai.

TOK TOK TOK!

ada orang ketuk pintu dari luar. Aku duduk 2nd class tapi aku duduk seorang sebab katil sebelah tak ada orang. Seram jugak la malam malam. Mulanya aku harap sir akan teman aku. Yelah aku isteri dia, bukan adik dia atau pelajar dia. Tapi hampa. Sir langsung tak teman. Aku taktahu kenapa. Samada tak boleh teman atau dia tetap dengan ego dia. Hubungan kami pun sudah tiga hari dingin.

"eh kau abang, aku ingat sir tadi hm" aku kecewa bukan sir yang ambil aku harini.

"Laki kau tak ada. Harini kan sekolah. Dia mengajar la. Laki kau tu cikgu bukan boss boleh cuti sesuka hati." kerusi roda abang betulkan.

"haish, aku tanya ja. Yelah bukan selalu aku nak masuk hospital. Takkan tak boleh ambik aku balik?" aku duduk atas kerusi roda sambil abang tolak aku keluar

"tak ada maknanya. Lepasni kau pergi check up, kau bawak la laki kau tu. Kau pun mengandung kan?" abang berhenti dan beratur di kaunter pembayaran.. Ramai pulak yang sakit.

"aku dah bayarlah. Duit yang sir tinggal untuk makan, aku bayar bil." nasib baiklah bil tak terlalu mahal. Nasib juga sir bagi banyak duit. Walaupun gaji dia sama macam cikgu lain.

***

"Nis bangun, jom makan." mata aku gosok beberapa kali. Aku ada di kedai makan berdekatan dengan rumah Abang.

"dah berapa bulan kandungan kau tu?" abang yang lebih berpengalaman tiba tiba berubah menjadi serius. Jarang dia serius. Last aku tengok dia serius masa dia akad nikah. Hahaha bukan main serius.

"dari sebelum nikah aku tak datang bulan. Aku takut masa kitaorang terlanjur tu, aku mengandung. Kalau betul, aku akan lahirkan anak ni lagi tujuh bulan. Kau faham kan?" mata aku dah mula berair bila fikir semula tentang ini.

"lambat laun, kau kena bagitau juga. Dahla habis makan kita pergi check. " haihh entah kenapa abang aku sweet pula harini. Tak macam selalu.

...

"TAHNIAH Puan memang mengandung. Dan puan mengandung dah dua bulan." aku tidak gembira dan aku tidak sedih.  Aku tak tahu nak bagi riaksi apa.

"Puan, kandungan di usia muda ni memang banyak risiko. Puan jaga betul betul yaa. Puan terlalu muda untuk mengandung. " aku hanya angguk. Andai wanita dihadapanku ini tahu tentang perkara yang sebenar. Aku terlanjur dengan guruku sendiri. Setelah itu, aku sendiri merelakan diri aku. Apa apa pun, aku terima anak ini.

"yelah. Kalau tak ada apa apa lagi, kami keluar dulu." terus aku bangun dan keluar dari bilik itu.. Jauh aku meninggalkan abang yang sedang ambil ubat dan bayar duit ubat.

Stress aku, banyak ubat nak dimakan. Sudahla aku perlu ke balai polis untuk bagi keterangan. Banyak perkara yang aku perlu uruskan.

"Kau jangan risau, kalau mummy tanya berapa bulan kau cakap je sebulan nak masuk dua bulan. Kalau banyak mummy tanya kau cakap la bunting pelamin. "  aku hanya mengiya kan saja.

"Abang..." meleret aku panggil abang aku. Bukan selalu aku panggil dia abang

" kau nak apa?" macam tau tau saja aku nak minta sesuatu. Ini la baru abang aku.

"jeruk mangga." aku cuba buat muka comel. Mata aku kelip banyak kali.

"boleh tapi jangan banyak." aku angguk sambil sambil senyum. Ini barulah abang aku!

***

"Aku nak banyak. Ni sikit!" aku marah abang dalam kereta. Aku minta dia belikan jeruk 5 Ringgit. Tapi ni tak sampai sebiji mangga pun.

"cukup la tu. Percaya la cakap aku, kau takkan habiskan pun. Silap silap kau takkan makan pun jeruk mangga tu." abang bergegas pergi dari gerai yang jual jeruk di tepi jalan.

Malas nak cakap banyak. Alahai anak, awak ni cuba la bersyukur dapat jeruk. Aku ambil satu dan cuba gigit. Masam yang tak boleh bincang! Dengan serbuk jeruk tu, langsung tak sedap. Pahit dan masam.

"eiyy, welkkk" aku pandang abang sambil minta belas kasihan. Dia hanya gelak dan parking kereta betul  betul di depan rumahnya.

"aku dah cakap kau taknak dengar. Aku tau la aku layan isteri aku. Dah, masuk rumah kejap lagi laki kau ambik la tu" dengan muka monyok aku jalan terus masuk ke dalam rumah.

...

Selalunya sir balik pukul 3.00. Tapi sekarang ni dah 3.30 masih tak balik lagi. Mestilah aku risau. Aku tahu kalau aku buat panggilan, sir tak akan angkat. Bosan aku dekat rumah abang ni. Dia asyik berkepit dengan isteri dia. Katanya tinggal lagi sebulan lebih je nak berdua. Lepasni bertiga.

Handphone aku ambil dari dalam beg. Berpuluh-puluh dm di instagram aku. Dari yang aku kenal, sampai yang aku tak kenal langsung.

Tiba tiba aku ternampak satu comment di satu post aku yang terbaru.

@ Hanna'yall_ : wow! Dah mengandung sekarang! Tahniah sis! Check dm 

Aku cepat cepat buka dm aku. Nak tengok sejauh mana kebodohan Hanna ni.

Hanna'yall_

Anak laki mana dalam perut kau tu?

Aku menikah dengan sir. Sah sah la anak sir. Kau kenapa?

Apa dah jadi dengan Badrul? Kenapa kau sumbat dia dalam penjara?! Kau tau tak dia tu nyawa aku?

Nyawa? Maksud kau?

Dia selalu bagi ubat bila aku sakit. Sekarang aku sakit, sapa nak bagi ubat? Kau tunggu Nis. Anak dalam perut kau tu tak akan lama.

......

Aku tak tahu nak bagi riaksi apa. Perlu ke aku takut sebab kena ugut?
















S

orry lambat update. Sekolah baru mula, bz sangat.

Sorry bab ni tak sampai 1K words pun.
Vote comment bye.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now