SCP-5✅

8.5K 324 53
                                    

[selesai di-edit semula ]

Rakaman kami berduet aku tonton kembali.Kini, video itu sudah viral di sekolah.. Mereka menuduh aku menggoda Sir kerana pandangan Sir pada aku. Lagi lagi Hanna. Menyumpah aku macam macam.

Aku sedih! Aku dituduh atas kesalahan yang aku tidak buat ! Sedih !Pilu!

Tambahan pula ini minggu terakhir sir di sekolah.. Dia belum pun mengatakan perasaannya kepadaku. Malas aku memikirkan tentang itu.

Sudahlah dia sibuk, chat pun tidak menentu.. Sudah pasti aku menangis kecewa. Rindu tu ada la sedikit.

"sayanggg cepat nanti lambat ke sekolah.. Turun makan " suara mummy memecah tembok 'badmood' aku.

Aku menurun berhati hati..

Terkejut!

Sir di bawah tengah menikmati mee goreng mummy

"mummy mana daddy?"

"ouh, daddy dah keluar awal,"

"laa dahtu Nis pegi dengan sapa?"

"oi bengap Sir kau kan ada" kata kakakku yang baru pulang dari london semalam.. Bakal menjadi doktor di malaysia

"saya hantar awak ye sayang"

Tersembur air yang diteguk ku

"eiyyyyy kau dah kenapa?! kotor la Nis" habis tersembur air yang aku deguk. Basah muka kakak

Sir disebelahku sudah gelak Kakakku pula pergi mandi. Itulah, nanti breakfast jangan mandi tau !

" mummy pergi dulu tauu.. Grab dah sampaii"

"hati hati mummy" tangan mummy aku salam dam pipi mummy aku cium.

Aku terus menikmati mee goreng mummy sebelum ke sekolah

"sayang cepat "

Mimpi apa mamat sebelah aku panggil aku sayang? Tiba tiba pula tu.

Mentang mentang kami berdua saja di ruang makan, melebih pulak diaa

"sir panggil saya apa? "

"sayang"

"what?" aku ingatkan aku yang tersalah dengar, rupa rupanya betullah.

"S-A-Y-A-N-G. Nak saya ulang ke?" aku cuba sembunyikan senyuman aku.


***


Sampai di sekolah dia menghantar aku sedikit jauh dari pintu pagar, supaya tidak kelihatan pelajar lain..

"balik nanti daddy suruh awak balik dengan saya.. Jadi, habis sekolah, datang ke meja saya di bilik guru.. Iloveyou"

Hanya senyuman aku balas .. Bayangkan cikgu korang cakap iloveyou dekat korang? Ohh god! Aku terus jalan sampai ke pintu pagar.. Tiba tiba aku di tahan oleh sekumpulan perempuan

Geng Hanna.. Rambut lurus paras pinggang aku ditarik Hanna. Harini sengaja aku lepas rambut aku sebab aku nak Maya dan Selrose yang ikat rambut aku. Tapi lain pula jadinya.

"apa hubungan kau dengan Sir Irfan? "

"apa? ! Nak tanya tanya la, tak perlu tarik rambut! Sakit tau tak?" muka ku merah padam..

"hati aku lagi sakit tengok kau berkepit dengan dia." kata Hanna.

Aku marah bila orang sentuh kepala aku tanpa izin. Tapi kalau aku izinkan pun aku memang tak suka orang sentuh kepala aku!

Sepuluh minit kami bertengkar akhirnya, aku ditolak sampai jatuh, kepala aku terkena batu, sah sah kepala aku berdarah

Yaa sah darah, aku rasa cecair meleleh di muka. Mujur maya dan selrose datang kerana perhimpunan akan bermula sebentar lagi.

"wehh lari lari" kata Amira salah seorang dari ahli kumpulan Hanna

"Sir Sir dekat sini" jerit Maya. Rupa rupanya mereka cari aku dari tadi.

Mata aku sudah kelabu, aku tak nampak apa. Aku memang tidak kuat semangat. Lagi lagi dengan darah. Boleh pengsan!

"yaa allah Rosereen, awak okey tak ni?" mataku hampir tertutup, lihat saja wajah tampan sir mengangkat ku, mataku tertutup.

Kini aku hanya dengar tetapi tidak boleh membuka mata.. "call ambulan Selrose.. Ambil fon saya" phone dihulur pada Selrose.

Sir sudah cemas melihat aku terbaring Selrose dan Maya dipanggil pengetua kerana mereka menyaksikan apa yang berlaku.. Entah siapa yang menemanku di dalam ambulan

tersedar dari pengsanku, aku masih berada di dalam ambulan, di sebelah kananku wajah risau Sir menemani ku

Sir menemaniku sampai aku ditahan di wad seketika.. Baru aku sedar kehadiran Selrose ..

Nampaknya Sir tengah berbual dengan Selrose, jadi, mari pura pura tidur dan dengar apa mereka bual

HAHAHAHAHAHAHA

"Sir, saya nampak wallpaper fon Sir gambar Nis"

What gambar aku? Kenapa aku tak pernah nampak?

"sebenarnya Sir suka Nis kan? Alaa clishe la " Sir tidak jawab, malah dia tersenyum

Mana aku tau? Selrose cerita pada aku " yaa, saya suka dia.. Perasaan sayang dan cinta tu dah lama hadir dalam hidup saya.. Sejak pertama kali saya nampak Rosereen dalam kelas .. Saya tak tahu macam mana nak bagitau dia saya cinta dia"

Oh jadi selama ni memang dia cintakan aku?

"terus terang sir, bagitau dia tentang perasaan sir.. Dia pun sayang dekat Sir.. Bila kami lepak sekali, dia selalu cakap pasal Sir "

Aku terus buka mata, malas nak bagi dorang bual banyak banyak.. Nanti aku cemburu. Hati aku juga yang susah.

"ehh kau dah bangun Nis"

'haah dah bangun, taknak kau lebih lebih cita pasal aku dekat sir' omel aku sendirian

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now