SCP-51

3.5K 173 128
                                    

Sebulan berlalu dan hati aku masih terluka. Kandungan aku sudah masuk 4 bulan. Ingatan aku semakin pulih. Aku juga masuk ke sekolah semula. Banyak juga yang aku ketinggalan. Jadi aku perlu belajar sendiri.

Sir dan Adira semakin rapat. Aku tidak pelik. Mereka dulu pun pernah bercinta. Pasti dulu Sir pernah pasang niat untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Selama sebulan berlalu, sir langsung tak meminta maaf pada aku. Kalau nak bercakap tentang adil,  sir langsung tidak adil. Boleh dikatakan 5 hari bersama Adira dan hanya 2 hari bersama aku.

Mungkin itu ADIL bagi seorang guru sains yang bernama SYED IRFAN.  Tak apalah. Mungkin ini takdir untuk aku.

Aku duduk di sofa sambil menonton movie. Perut yang sangat besar aku usap.

"petang nanti ada check up" kalau sir dengar, dengarlah. Kalau tak dengar aku pergi sendiri.

"sayang cakap dengan abang ke?" sir soal pada aku sambil tangan berpaut pada bahu Adira. Ya aku tidak duduk di sebelah suami aku

"saya cakap dengan dinding"

"hahaha sayang ni, lawak la. Pukul berapa?" sir bukan lagi sir yang dulu. Dia seorang pelupa sekarang.

"3.30." jam di dinding sudahpun menunjukkan pukul 3.00. Maknanya lagi 30 minit lagi.

"yalah. Abang pegi siap sekarang." sir bangun tapi ditarik semula oleh adira.

"kejap lagi la" rengek Adira.

"kejap la baby, kejap je okey? Nanti hubby balik kita sambung tengok movie." aku sedikit terkejut bila sir gelar dirinya hubby dan panggil adira baby. Dulu hanya you-i sekarang tidak. Takpa aku okey.

**

"baby macam mana sayang?" soal mummy bila dapat tahu aku pergi check up hari ini

"belum masuk lagi mummy. Belum giliran. Lagi dua giliran lepastu giliran Nis. Mummy doakan kandungan Nis tak apa apa ya." aku hanya tersenyum bila bercakap dengann mummy dan ummi sahaja.

"yelah. Nanti singgah rumah mummy. Rindu mummy dekat perut kamu."

"haa balik la abang pun ada ni" jerit abang di corong handphone.

"mummy, kirim salam dekat abang. Nis rindu" air mata mula lah nak turun.

"dahla mummy Nis nak tunggu giliran Nis ni. Satu ja lagi. Bye"

Lama juga nak tunggu giliran aku sampai. Hampir setengah jam. Entah apa yang doktor buat dalam tu.

"anak pertama ke dik?" soal kakak di sebelah.

"haah kak. Anak pertama. Akak?" soal aku mesra.

"sayang. Abang nak pergi tandas jap" sir pun pergi meninggalkan aku seorang diri.

"sama la macam akak. Anak pertama. Tapi akak isteri kedua. Suami akak langsung tak hiraukan akak. Untuk adik ada suami yang temankan" kalaulah akak ni tahu tentang kisah aku pula.

"akak sabar tau. Ni semua dugaan untuk akak."

Rancak bersembang, tiba giliran aku. Aku dan sir masuk bersama. Sir teruja nak lihat anak yang aku kandung ini.

"wah! Tahniah! Anak puan kembar ni" aku tersenyum.

Jantina bayi belum lagi nampak. Jadi dokter suruh periksa di check up yang seterusnya. Aku belum bersedia untuk beritahu ummi dan mummy.

Aku plan nak bagitahu mereka depan depan. Tak syoklah kalau bagitahu dalam talian. Jadi aku simpan rahsia ini dulu. Sampai dirumah, sir beritahu Adira tentang anak aku.

"Alah, dua ja. I boleh bagi tiga sekaligus dekat you." hidung sir dicuit.

"ye ke baby? Tak sabar i macam ni."

Mudahnya kau cakap. Mungkin dia ingat bersalin tu mudah. Kalau satu pun sakit, inikan tiga. Haihh.

"hubby , i lapar la. Mungkin baby triplets dalam perut ni lapar. " walaupun itu hanya jenaka, aku rasa macam Adira nak sindir aku.

"sayang. Tolong masak." sir request chicken chop untuk makan petang dan makan malam.

***

"dia layan adik macam tu?" tanya abang. Lalu aku angguk.

Sir hanya order makanan seperti di kedai makan. Tapi dia tak pikirkan bahan untuk dimasak. Jadi aku call abang untuk bawa aku ke kedai.

"bodoh la!" habis semua kata kata kesat keluar dari mulut abang

"dahla abang. Hati aku ni dah cukup sakit. Aku taknak pikir lagi pasal dia. Nanti anak anak aku pun terluka. " abang terkejut.

"anak-anak?" aku angguk.

"Twins" simple. Tak perlu terang banyak benda. Abang pun ada anak. Dia boleh fikir.

"Dahsyat! Power kau dik!" air muka abang terus berubah menjadi gembira. Tak seperti tadi.

"tapi aku taknak bagitau mummy dengan ummi lagi tau. Nanti aku bagitau sendiri. Tapi kalau setakat Kak lina tu, tak apalah."

"jaga mulut kau tu abang." pesan aku sebelum keluar dari kereta. Sempatlah aku salam dan cium tangan dia. Bukan apa, aku rindu belaian sir. Kalau dulu setiap pagi aku dapat morning kiss dari dia. Sekarang morning kiss aku berpindah pada isteri kedua dia.

Takpa aku okey.







Nok buat macam mane ni?
Sir dah sayang adira.
Hm vote tau.
N

EXT BAB NANTI PULAK TAU. SEBAB ONLINE CLASS MEMANGGIL DAH TU.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें