SCP-18✅

6.4K 219 10
                                    

"Dah dah la tu sikat rambut depan cermin tu. Abang mengantuklah. Jom tido. Emm," suara manja Sir jelas kedengaran

"Sir tidur la dulu. Nanti saya datang." takut sebenarnya nak tidur sekali walaupun aku pernah tidur bersamanya.

"Kalau awak panggil saya Sir lagi, saya denda." Sir ni dari mengajar aku suka sangat denda orang.

Aku pun taknak didenda, kemudian aku tidur berbantalkan tangan Sir. Padan muka dia kalau dia lenguh nanti. Ehekk!!

****

Minggu lepas aku dan Sir dah berbincang untuk pindah rumah. Memandangkan Sir dah dapat kerja sebagai guru Sains di sekolah aku.
Kalau dulu, isnin hingga jumaat dirumah mummy daddy. Sabtu ahad di rumah ummi walid. Tapi kami memerlukan lebih banyak masa bersama. Hehe. Taklah. Kami nak berdikari.

Bila Sir bagitau yang kami akan pindah, mummy dah mula sedih. Sekarang dua daripada tiga anaknya dah berdikari. Tinggalla sorang lagi, iaitu kakak.

Bila bagitau walid pula, mereka setuju. Katanya lebih baik untuk kami ada rumah sendiri. Boleh kami berdikari dan belajar cara kehiduoan sebagai suami isteri.

Jadi kami mengambil keputusan untuk pindah bulan hadapan. Sir bagi pilihan untuk aku pilih sama ada rumah dua tingkat, setingkat atau flat. Sudah pasti rumah setingkat menjadi pilihan aku. Tetapi terpulang juga pada Sir.

Senang nak kemas, senang nak cari Sir kalau dia merajuk. Yelah Sir kalau merajuk kalah budak !

Kalau dia merajuk di ruang tamu, aku mesti cari dia di dalam bilik. Jauh nau dia lari.

Setiap kali masa lapang, aku akan kemas barang aku sedikit demi sedikit. Dua tiga hari lagi Sir pergi khursus. Jadi first time aku akan ditinggalkan sebentar. Huaaaaaaaaa!!!! I can't. Hm. Nanti i rindu hm.

"Kenapa murung aja ni sayang?" soal Sir sambil renung aku.

"Pergi khursus tu berapa lama?" aku muncungkan mulut dan silang tangan aku tanda aku merajuk!

"Tiga hari aja sayang" pipi aku dipicit picit.

Aku hanya mengangguk sahaja. Sebenarnya aku taknak dia tinggal aku. Nanti rindu hm.

"Aikk kenapa ni sayang?"

Aku geleng kepala.

"Rindu?" aku angguk


"Kejap je sayang lepastu abang balik kita pindah." terbutang mata aku.

"Kata bulan depan?" terkejut betul betul ni.

"Taknak sudah." aku terus senyum dambil peluk lengan sado sir.

****

Sir bercadang untuk hantar aku ke rumah ummi memandangkan dia akan pergi khursus. Boleh aku pikat mak mentua aku dengan masakan telur goreng kicap aku!

Tapi hanya satu yang aku fikir. Keluarga Sir alim orangnya. Aku tidak bertudung. Sujud pada-Nya juga tidak terurus. Tetapi, sejak setengah bulan menjadi isteri Sir, belum pernah aku tinggal solat.  Aku dibimbing dengan baik sekali.

"Okeylah mummy kita orang pergi dulu." sebak rasa didada. Pertama kali berjauhan dengan mummy daddy. Sebaik salam mummy, daddy dan kakak, aku terus masuk ke perut kereta.

"Abang...." meleret aku memanggil Sir.

"Why sayangg?"

"Ummi tak cakap apa apa ke pasal saya? Yelah saya ni tak pakai tudung. Tak pandai masak. Kemas rumah pun 5/10." aku tunduk. Malu dengan diri sendiri.

"Ummi tak pernah kisah pun semua tu. Kalau sayang cakap tak pandai masak, zaman sekarang ada pakcik google. Ada makcik youtube. Kemas rumah tu pelan pelan boleh buat. Tudung tu nanti sayangg pakai lah, bila bersedia. Abang tak mahu paksa. Start dari sekarang latih diri sayang , biaasakan pakai tudung labuh. Abang bukan mintak labuh macam ustazah, labuh sekadar menutupi buah manggis tu je. Pelan pelan labuhkan dan terus labuhkan. Kaki pun aurat juga sayang. Nanti pakai stokin yaa?" fuhh panjang lebar. Aku hanya terdiam memahami satu persatu ayat dari Sir.

"Ya nanti saya pakai stokin. Saya janji pelan pelan saya akan berubah. Saya janji tak nak derhaka. Saya sayang awak Syed Irfan." aku pandang tepat kearah matanya.

"Lagi satu, mulai harini no more baju ketat or lengan pendek okey?"  sebenarnya dari kami belum bercinta pun Sir dah ajar aku untuk tidak memakai short.

Rasanya aku boleh biasakan diri aku dengan benda baru.









Okey, sebenarnya, cerita ni bukan 100% cerita betul. Hanya 20% betul. 80% tu datangnya dari dalam mimpi.
So cerita ni rekaan + cerita betul lah.

Kebanyakkan dialog Sir, memang dari mulut Sir sendiri.
Cara pemakaian dia, memang betul. Yang lain semua sis tembak. Hehe. 

Vote guys vote! Comment jugak!

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now