SCP-31

4.5K 175 4
                                    

"anak abah, cepat keluar ye, abah tunggu lama ni" kata Naqiu pada anaknya dalam perut.

Perut Lina bergerak disebabkan anak didalam kandungannya menendang. Perut yang bergelora itu juga dicium beberapa kali.

"abang, Nis masih bersekolah dekat SMK lagi ke?" soal Lina yang tahu tentang keadaan adik iparnya yang mengandung itu.

"yelah kut. Irfan kata tunggu perut besar baru nak tukar ke homeschool."  memang itu yang sir bagitahu pada abang dan semua keluarga yang lain.

"abang..." keluar suara manja Kak Lina. Itu tandanya ada sesuatu yang diidamkan.

"nak apa?" Naqiu yang faham dengan nada suara isterinya yang manja itu terus bertanya. Senang untuk staight forward.

"wahh pandai abang ni.. Saya mengidam nak makan timun la" kenapa timun? Entahlah tiada siapa ada jawapannya. Peel ibu mengandung memang pelik. Kadang kadang ada yang mengidamkan daging unta untuk dimakan. Mana nak cari? Haaa mintak mintakla aku tak macamtu..

"abang kenal sayang bukannya semalam. Kejap abang ambilkan." Naqiu mengatur langkah ke dapur untuk mengambil timun yang Kak Lina minta. Timun itu juga dicuci bersih dan di potong sebelym diberi pada isterinya.

"emmm sedapnya, " Kak Lina makan dengan lahapnya. Jarang berlaku semasa dia mengandung. Selalunya apa yang dia mengidam dia tidak akan menghabiskannya.. Walaupun makanan itu mahal.

Disebabkan sayang, Naqiu hanya menurutkan kehendek anak dan isterinya. Kata orang jika ibu mengandung tidak dapat apa yang diidamkan, bila anak itu lahir kelak, akan meleleh air liur. Sampai bila tidak pasti.

***

"abang Aiman, sejak abang Irfan dah menikah ni, jarang eh dia balik jumpa ummi." sebenarnya Sharifah sudah rindu pada Sir dan aku . Hampir sebulan tidak jumpa.

"ye kan? Asyik nak berkepit dengan bini dia tu. Mentang mentangla pompuan tu dah tak famous sekarang." sindir adik sir pada aku.

Betul juga katanya, sejak dua menjak ni aku jadi malas nak bersosial. Aku abaikan 70% tentang instagram yang dulu aku sanjung. Aku lebih fokus pada pembelajaran aku. Sekarang aku bukan lagi instafamous.. Betul juga kadang kadang pendapatan aku dari instagram.. Aku buat paid review yang bemacam macam lagi.

Mungkin ramai yang nak menjadi seseorang yqng dipandang pandang tapi tak semudah yang A B C.

"ish apa abang Aiman cakap macam tu? Tak baiklah. Tau?"

"apa? Betulla asyik berkepit je sampai lupa yang ada org tua" sekali lagi Syed Aiman menyindir aku.

"ha siapa yang berkepit tu?" sampuk Ummi yang datang entah dari mana. Soalan itu membuatkan Syed Aiman terdiam dan berpura pura mengutuk artis Malaysia sedangkan Ummi tak tahu yang Sir dan aku yang dikutuk.

"ish kamu ni tak baik kutuk orang. Dah kejap lagi siap Abang kamu ajak pergi rumah dia. Dia nak belanja makan"

"yee ke Ummi?" Sharifah sudah teruja bila perkataan belanja didengarinya. Pantang dapat peluang mesti nak menyelit. Lalu sharifah terus lari masuk ke bilik untuk bersiap siaga.

...

"Assalamualaikum Irfan, Nis, Ummi sampai dah ni." laung Ummi dari luar rumah sebaik saja sampai di hadapan rumah kami.

"waalaikumsalam Ummi, masuk la ummi." aku mempelawa Ummi dan adik adik sir yang lain masuk ke rumah kami.

"Walid mana? " soal sir yang baru keluar dari bilik menuju ke sofa.

"walid pergi jumpa kawan dia.. Kejap lagi inshaallah dia sampai." ummi melabuhkan punggungnya di sofa  empuk yang baru dibeli minggu lepas.

Banyak yang aku tanya pada Ummi tentang penjagaan kandungan aku ni. Aku memang suka dengar petua dan cara masing masing menjaga kandungan. Lain orang lain cara dan petuanya.

Kalau cara Ummi, hati aku banyak kali dijentik. Ummi beritahu tentang pakaian dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

"Tudung tu labuhkan sebab bila perut membesar, badan kita akan jadi besar dan boleh jadi dosa bila laki lain tengok.. Baju jangan ketat sebab nanti perut tu tersembul..." dan banyak lagi pesanan dan pantang larang Ummi.

Kalau cara Mummy pula, dia seorang yang relax dan tak banyak petua yang diberi, cuma banyak pantang larang.. Itu tak boleh, ini tak boleh dan banyak tabiat yang aku selalu buat menjadi salah satu pantang larang Mummy.












OKEY HAI GUYS!! WELCOME BACKKKK♡
OKOK DAH.
CEPAT VOTE ~♥~
COMMENT~♥~
ADD DALAM READING LIST ~♥~
ADD DALAM LIBRARY~♥~

DAN JANGAN LUPA FOLLOW AKAUN SAYA! JANGAN RISAU SBB SAYA FOLLOWBACK♥

SORRY PENDEK BAB NI SBB SAYA BZ. NANTI SAYA UPDATE BANYAK BANYAK OKEY? ♥
♥_♥

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now