SCP-7✅

7.9K 333 21
                                    

[selesai di-edit semula]

"tepi la tangan tu saya nak cuci luka awak"kata Sir bila aku asyik menepis tangannya.

Tapi, sakit tau tak? Kalau buat dengan kasih sayang , mesti tak sakit tau tak?Aku berkata dalam hati yang tersimpan beratus juta kesedihan dan perasaan geram.

Sementara Sir mencuci luka aku, Hanna dan 'geng' nya datang bersama Selrose, Maya dan guru bertugas

"Nis, kau okey tak? Sakit? Kepala kau okey ke?" bertubi tubi soalan dari Maya

Yalah, dia hanya tunggu di sekolah sahaja.. Yang ikut aku selrose bersama cikgu lain.

"saya nak kamu cerita apa yang berlaku tadi, dan apa kamu buat dekat luar tepi pagar sekolah tu" guru bertugas mula soal siasat aku

Aku tidak tahu apa yang perlu aku jawab, aku pandang Sir, Sir pandang aku

"saya baru je sampai sekolah, lepastu geng Hanna tahan saya" aku bersuara sedikit perlahan

"cerita sampai habis" muka bengis guru bertugas iaitu En. Anuar sudah semakin takut aku nak pandang

"lepastu, Hanna tarik rambut saya, dia tanya apa hubungan saya dengan.." aku terdiam.. Macam mana aku nak sambung cerita aku ni?

"kamu datang dengan sapa pagi tadi?" hahh mujur En. Anuar tukar soalan

"dengan.... Sir Syed.. Lepastu dia tolak saya, sampai kepala saya terhantuk"

Aku hanya tunduk, malu, segan, semua ada. Pengakuan secara mengejut ni! Kalau artis buat pengakuan macam ni, mesti viral habis.

"tak! Dia tipu En Anuar! Sebenarnya dia yang nak tolak saya, lepastu bila saya nak elak, dua terjatuh sendiri" penat aku tengok Hanna berdrama. Macam drama dekat tv.

"dah dah, ikut saya pergi bilik pengetua" En. Anuar, Selrose, Maya, dan Hanna dah pergi.. Tinggal aku dengan Sir di belakang

"awak jangan risau, saya akan back up awak walau apa pun yang terjadi"

"tapi apa yang saya nak jawab kalau diorang tanya sebab apa saya datang dgn Sir?" sebenarnya aku tidak mahu memberi tahu semua orang yang perasaan aku terhadap Sir sudah lama aku pupuk!

***

Keesokkan harinya aku hanya berehat dirumah. Aku ambil cuti sakit.. Mummy juga tidak tahu apa yang terjadi. Balik sahaja dari sekolah semalam aku terus tidur sampai mummy balik.

"Nis buka pintu ni boyfriend kau dah sampai dekat bawah tu" ya itu suara abangku. Abangku sudah pulang? Bila dia sampai?

Haa inilah jadinya duduk je dalam bilik. Haa satu lagi macam mana aku nak turun? Boyfriend? Siapa tuu? Macam mana aku nak jumpa dia dengan dahi bertampal plaster ni?

"abang. Masuk jap. Pintu tak kunci" aku mengarah abangku masuk.
Setelah abang masuk, aku terus tunjuk luka didahi.

"macam mana Nis nak turun jumpa semua orang ni? " aku ingat abang akan kesian pada aku. Tapi aku salah

"kau tak bagitau mummy ke?" aku geleng kepala.. Dia jentik telinga aku dan terus keluar. Sempat juga dia pesan

"turun sebelum aku yang bagitau mummy." ini satu perangai abang aku yang paling aku tak suka. Dia suka ugut aku.

Aku beranikan diri turun juga, rambut panjang paras pinggang aku lepaskan. Lepastu aku pakai topi.. Jadi tak nampak sangat kepala aku yang ditampal plaster tu.

Sampai saja di bawah, jelas aku nampak muka...Sir! Ye aku dah agak muka dia. Yalah sapa lagi? Memang novel ni pasal dia pun.. Takkan lah nak cerita pasal jiran kau?

Matanya tidak lepas memandang aku. Oh no! Aku lupa pakai makeup sebelum turun! Selalunya aku ke sekolah dengan memakai 'glowing foundation' tambah pulak dengan muka flawles aku.. Fuh! Cair semua orang.. Ehekk tergedik. Sorry

Topi yang aku pakai aku tarikan ke bawah untuk menutup mata.

"ni dah kenapa pakai topi? Panaslah dik, bukala" suara lemah lembut bak sutera ini milik kakak iparku Nur Hazelina Natasyah..

Aku malas nak dengar cakapnya, jadi aku abaikan suaranya "oi bukala tengok boyfriend kau. Tengok sekali perubahan bini aku. Perut dia dah buncit. Bukan ni ke kau nak tengok?" aku tau sengaja abang aku berkata begitu supaya aku buka topi aku.


Ni mesti Sir ada bagitau apa apa dekat keluarga aku. Tiba tiba mummy panggil makan. Nasib aku dah mandi jadi boleh makan.

Macam biasa tempat duduk di meja, Daddy duduk di hujung, kerusi satu
Sebelah kanan daddy , sure mummy, depan mummy kakak aku yang senget. Tepi kakak memang tempat aku dan tepi aku, erghhhhh Sir! Depan aku kakak iparku dan abangku.

Aku masih lagi tak buka topi aku. Mahupun bercakap dengan Sir. Leka makan, aku terbalikan topi aku, jadi wajah aku terpampang di depan semua. Boleh pulak aku terlupa.


sure mummy terkejut "heyy kenapa dahi tu berbalut? Sapa buat ? Okey ke tu? Kena jahit?" betalu talu soalan mummy, abang aku? Oh dia tengah sibuk suap isterinya. Tak kisah pasal aku.. Riaksi kakak aku? Dia cuma makan. Daddy? Muka risau.

"err....ni..se.semalam..Nis..kena..errr"

"ish kau ni bagitau jelah sakit telinga aku dengar err err" memang dari dulu dia pantang dengar orang gagap bercakap. Itulah kakakku Naurah Raihana.

"mummy dia kena tolak dengan pelajar lain semalam. Apa apa pun dia okey je, tak ada luka serius. Semua okey. Dont worry"

Wait. He call my mum mummy?! Aigooo kenot laaa.. Mimpi apa panggil mummy? Kejap. Kenapa mummy okey je? sudah. Ini mesti mummy yang suruh. Hmm apa dah jadi dengan keluarga aku ni?





TERUSKAN MEMBACA.

SEBELUM TU! VOTE & COMMENT!!

Comment here

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now