SCP-65

7.4K 179 77
                                    

Sepatutnya semalam ialah tarikh aku akan melahirkan dua orang bayi. Tapi sampai harini masih belum ada tanda tanda untuk melahirkan dua orang cahaya mata ini. Aku semakin penat untuk berjalan. Segala kerja rumah diuruskan oleh sir.

Aku semakin risau apa apa yang akan berlaku pada kandungan ini. Kata Doktor jika aku tidak bersalin dalam masa seminggu, aku perlu serah diri di hospital.

Sejak dari aku dan sir pergi ke ceramah Ustaz Ebit Lew, layanan Sir terhadap aku sangat istimewa. Boleh dikatakan setiap hari dia meminta maaf jika ada salah silapnya yang aku pendam. Begitu juga dengan aku.

Aku ada berhubung dengan Hazril, dia sibuk belajar di sana. Tempat dia belajar dirahsiaka dari aku. Katanya di sana baik baik sahaja. Dia juga tertarik dengan seorang gadis bernama Tasha Rosemira

Aku hanya mampu mendoakan. Semoga dia bahagia disamping Tasha. Kakak dan Iman akan bertunang dalam masa dua bulan lagi. Walaupun kakak lebih tua dari iman, tetapi iman sangat matang! Patutlah dia selalu bimbing adiknya iaitu Hazril.

Aku duduk ddisofa sambil ditemani oleh sir disebelah. Perut aku rasa memulas. Aku bangun untuk pergi ke tandas. Ada tompokam darah di seluar yang aku pakai. Aku mula panik.

"abang, darah.." aku panik tak tahu apa nak buat. Sama ada duduk atau terus berjalan.

"sayang! Anak walid nak keluar ke? Jom jom jom kita pergi hospital.. Jalan jalan!" huru hara jadinya. Sir terlampau excited dan aku mula rasa sakit.

"SAKITTT!" aku menjerit. Aku tengah sakit boleh dia suruh jalan? Suami siapa ni?

"oh sorry sorry, err abang nak kena buat apa ni? Haa abang jadi bidan nak?" aku fed up dengan sir. Lawak bodoh dia tak kemana. Harap anak aku tak ikut perangai tu.

"cepatlaaa nak bersalin dekat hospital. Abanggggggggggg"

"jangan lah jerit. Abang takut." aku dipimpin masuk ke dalam kereta.

***

Hampir 20 minit bertarung nyawa. Akhirnya aku sah bergelar mummy muda. Sir yang menemani aku di sebelah tak henti henti kucup dahi aku. Setiap air mata yang mengalir akan dikesat. Aku beruntung kerana dapat lahirkan bayi kembar secara normal.

Anak sulung aku lelaki. Lima minit kemudian, seorang lagi bayi perempuan lahir dari rahim aku. Walaupun ini kali pertama aku melahirkan, tetapi anakku sudah dua orang.

Setelah siap dijahit, aku ditolak ke ward. Sir bayar aku untuk berada di 1st class ward. Supaya lebih privacy.

"sayang. Terima kasih lahirkan anak abang. Abang janji abang akan jaga sayang dan anak anak kita" dahi aku dikucup lagi.

"besar dugaan sayang. Walaupun sepatutnya tanggungjawab sayang di usia ini adalah untuk banggakan mummy daddy dengan sekolah, tetapi sayang ada satu tanggungjawab lain iaitu untuk mengandung dan melahirkan. Terima kasih sayang"

"sama sama." penat yang aku rasai membuatkan aku tak ada mood untuk berborak.

Aku capai handphone dan hantar text kepada Hazril. Aku beritahu dia yang aku selamat melahirkan sepasang bayi kembar. Dia mengucapkan tahniah pada aku. Dan dia beritahu satu berita yang membuatkan aku tumpang bahagia dengannya.

"aku minat sorang perempuan ni. Nama dia Tasha. Aku confess dekat dia semalam. Dia terima aku!!!" aku tumpang bahagia untuk dia.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now