SCP-16❤✅

6.6K 232 10
                                    

"Sah?" soal tok khadi

"Sah" jawab saksi

"Alhamdulillah" semua orang mengucapkan kalimat indah itu.

Itulah video yang terpapar di smartphone milik aku. Syukur, aku sah menjadi isteri Sir. Seram aku harini Sir akan datang dan tidur di rumah aku.

Semalam sir pulang ke rumah umminya atas permintaan ummi dan walidnya.

FLASHBACK!

Baju gaun pengantin elok tersarung ditubuhku. Majlis akad nikah dan bersanding akan diadakan esok. Mujur alat penguji kehamilan aku negatif.

Baju gaun unggu aku sangkut kembali. Esok aku akan sarungkannya dengan rasminya. Tadi hanya try. Malam ini majlis berinai kecil kecilan sahaja.

Aku sangat sangat mengikuti adat orang dulu. Pakai inai dijari tangan dan kaki. Katanya hanya pengantin baru boleh pakai inai dikaki. Entah. Aku hanya ikut.

Aku akan jadi isteri Sir yang sah. Dan semua orang pun dah tahu. Hannah beratus chat aku. Namun, tidak satu pun aku reply.

"Nis turunlah mummy dah panggil." panggil Maya dari luar bilik.

"cepat Nus, semua dah tunggu kau" Selrose juga ada. Aku jemput mereka. Sahabat baik dunia akhirat aku.

Aku pun turun. Aku hanya pakai baju t-shirt dan seluar biasa sahaja. Senang nak pakai inai. Tak ada lah comot sana sini. Aku kan jenis tak reti duduk diam. Buas.

Aku duduk diatas pelamin dan tukang lukis henna datang. Rupa rupanya tukang lukis henna itu kakak Hannah! Tak sangka Hannah juga ada!

Tak malu betul. Aku tak jemput tapi datang! Aku tak tahu pula itu kakak dia. Selrose sudah tunjuk muka meluatnya. Maya pula sudah bangun nak halau Hannah.

"Weh biarla nanti tak jadi kenduri Nis nanti," mujur Selrose menghalang. Kalau tidak, mungkin Maya dah halau Hannah dari majlis berinai ini.

"Oh ni la pengantin?" tanya sinis kakak Hannah, Humaira.

"haah dia. Asal? Ingat yang tu?" Selrose tunjuk kakak aku.

"Muda muda dah nak kahwin. Terlanjur la tu" sinis Hannah. Aku sudah tunduk. Sedih dia ingatkan lagi kisah itu.

"Kau baik baik sikit mulut tu. Dahla  Nis tak jemput kau tapi kau datang. Tak malu betul. Nis jemput kakak kau je. Bukan kau." balas pedas Selrose. 

"Hey perempuan, kau tu rampas Sir dari aku. Kau tak layak untuk Sir!" aik, dia nak kata aku pula? Tak sedar diri.

"Kalau aku terlanjur sekalipun, kau sakit dekat mana? At least aku dapat tengok badan sado Sir. Dapat peluk Sir, buat macam macam dengan Sir. Kitaorang siap kiss kiss lagi. Kau sakit dekat mana?" geram aku dengan Hannah ni. Tak cukup tolak aku sekarang nak sindir aku.

"Ish dahla Hannah aku nak buat kerja. Aku cari duit untuk kau jugak nanti." haaa padan muka kau Hannah. Kan dah kena dengan Humaira.

"Maaf ye" kakak Hannah teruskan lukisannya di tangan aku. Aku memilih corak yang simple sahaja.

"Tolong jaga adik akak tu elok elok. Balik tolong cili mulut dia. Kalau tak ada cili dekat rumah tu,balik nanti saya bekalkan cili. Rasanya mummy Nis ada cili." sekali lagi Selrose kata pada Humaira.

Humaira hanya tunduk. Malu dengan perangai huduh adiknya. Maya pula sudah gelak.

Selesai lukis inai aku ambil gambar kenangan. Nasib baik ada kawan abang aku. Dah boleh upah untuk jadi jurugambar peribadi aku ni. Gambar yang dia ambil pula semuanya cantik cantik! Berbakat sungguh!

Malam itu Maya dan Selrose tidur sekali dengan aku. Sebilik dan sekatil. Aku jadi macam puteri pada malamtu. Diorang pakaikan mask muka untuk aku. Kata mereka aku akan lebih berseri seri. Aku tidur dan berharap semua ini bukan mimpi.

***

"Nis bangun dah?" lembut suara kak Lina dari luar.

"Ermm dah kak. Baru bangun ni. Masukla" kak Lina pun masuk dengan perutnya yang memboyot.

"Pergilah mandi. Kejap lagi MUA datang." pipi aku diusap lembut. First time rasa dapat kakak 'perempuan' yang lemah lembut macam ini.

Aku tak cakap banyak, terus kejut Maya dan Selrose dan langsung mandi bersihkan diri. This is the day. The day i'll never forget untill I'm die.


***

Sir segak tampan bergaya dengan baju melayu berwarna unggu. Dia memandang aku sekilas.

Senyuman diberi.

Aku tunduk.
Malu.

Tangan dihulur.

"aku nikahkan dikau Syed Irfan bin Syed Hussin dengan Nisrena Rosereen binti Khamaludin dengan mas kahwinnya RM 1000.00 tunai."

Jantung aku terus berdegup laju. Air mata ditahan. Aku pejam mata dan dengar Sir melafazkan akad tersebut .

Disaat ini kalau siapa kentut sah boleh dengar

"Aku terima nikahnya Nisrena Rosereen binti Khamaludin dengan mas kahwinnya RM 1000.00 tunai."

"sah?" soal tok khadi

"sah" jawab saksi

"alhamdulillah" semua orang mengucapkan kalimat indah itu.

Sekali lafaz. Aku sah menjadi milik Sir. Air mata mengalir. Gembiranya aku dapat menghalalkan hubungan ini.

Aku dipeluk oleh mummy. Sedih wanita ini melepaskan tanggungjawabnya kepada seorang lelaki yang bergelar suami.

Aku salam mummy dan ummi. Dalam masa aku bersalaman, Sir datang dan duduk dihadapanku.

Cincin yang kami pilih dibawa bersama. Aku disuruh hulur tanganganku. Cincin disarungkan dan aku salam, cium tangan Sir buat kali pertama.

Betul kata kakak. Pembatalan air sembahyang ialah moment yang paling sukar digambarkan.

Sir cium ubun ubun aku. Kami bergambar. Semua orang gembira.Tiada siapa yang kecewa. Kecuali Hannah


END OF FLASHBACK!

***

tok tok tok.

Terjaga aku dari lena. Sir dah sampai ke? Arghhhhhhhh takutttttttt.












HAI SEMUA! DAH VOTE BELUM BAB NI? COMMENT? YANG PENTING DAH ADD KE BELUM CERITA NI DEKAT READING LIST KORANG? HEHE BAB NI PANJANG SIKIT DARI BIASA. SEBAB TAKNAK BUAT FLASHBACK SAMPAI 2 BAB. OKK BYE.

TUNGGU NEXT BAB TAU!!!!!! 1k views!!! THANKYOU SEMUA!

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now