SCP-38

4.1K 156 18
                                    

"Tuan, saya nak minta cuti dua minggu. Sebabnya Nisrena Rosereen baru lepas kemalangan dan dia hilang ingatan."  setelah selesai prrhimpunan tadi, aku terus berjumpa dengan pengetua sekolah.

"Kamu tak ingat apa pun Nisrena?" soal pengetua  pada Rosereen. Dia hanya angguk.

"Dia ingat keluarga dia sahaja. Dia tak ingat yang dia dah ada suami." berat hati aku bila bercakap tentang ini. Jika lebih lama kami bincangkan tentang ini, mungkin aku akan menitiskan air mata. Aku tidak mau ingat dosa aku pada dia lagi.

"dia MC berapa lama?"

"3bulan. Jadi saya nak minta cuti dua minggu." aku sangat sangat berharap cuti aku dapat diluluskan.

" tapi awak kena ada alasan yang kukuh." masih tidak cukup kukuh bila aku cakap isteri aku hilang ingatan? Yang hilang ingatan ialah isteri aku. Bukannya kawan aku!

"dia belum kenal dengan benda sekeliling dia. Banyak lagi bena nak diselesaikan. Satu, dia kena pergi Hospital setiap minggu. Dua, nak selesaikan kes polis lagi." aku harap dia faham keadaan aku sekarang.

"hm, kita tak cukup cikgu sekarang ni Sir Irfan. Tapi kesian pulak kalau saya tak luluskan cuti awak ni. Macamnilah sir. Saya bagi seminggu dulu. Kalau cikgu di sekolah kita ni dah cukup, baru awak boleh ambik lagi seminggu. Boleh?"

"alhamdulillah, boleh. Saya bersyukur sangat dapat cuti walaupun seminggu dulu. " baik aku bersyukur dari tak dapat cuti langsung.

"kalau macam tu saya keluar dulu. Ada lagi nak selesaikan" aku berjabat tangan dengan pengetua dan terus keluar.

"awak, saya nak pergi kelas kejap. Nak bagitau something dekat dorang." kata aku sebaik saja Rosereen genggam erat tangan aku.

" Nak ikut. Tapi kalau dorang tanya kenapa saya tak sekolah macam mana? Saya taknak orang lain tau saya hilang ingatan." rambut lurus paras punggungnya diselit kebelakang telinga.

"Tak apa. Kejap ja" aku yakinkan dia lalu berjalan menuju ke kelasnya.

.......

Kebetulan aku sampai di kelas 4Ramah pada waktu aku mengajar,  tiada guru ganti. Aku juga telah beritahu guru yang uruskan jadual ganti yang aku tidak dapat mengajar harini.

"okey short  announcement for you guys. Koir kita akan ditunda. Saya tak dapat hadir ke sekolah atas sebab tertentu selama dua minggu. Jadi persembahan kita akan jadi penutup untuk minggu tersebut. Okey itu saja. Tunggu cikgu ganti masuk" terus aku keluar dari kelas sebelum pelajar yang lain tamya kenapa Rosereen tidak masuk sekolah.

Aku sedar dari tadi dia memerhati aku. Sengaja aku biarkan. Biarkan dia tatap wajah tampan suaminya ini. Mana tau dia jatuh cinta dengan suami sendiri kali ke dua?

"kenapa sayang?" bila terlalu lama dia perhatikan aku, aku jadi malu pula.

"apa punca saya kemalangan?" aku terkedu. Apa yang patut aku jawab?

"maaf sayang, abang tak boleh cerita sekarang. Keadaan sayang sekarang ni tak mengizinkan" mahu sahaja aku cerita padanya kesalahan aku sendiri.

Tapi, dengan keadaan Rosereen yang hilang ingatan dan lupa semuanya, aku tak boleh cerita semuanya. Aku risau dia akan benci pada aku. Duduk serumah dengan aku pun aku sudah bersyukur.

kringggg! 

Aku pandang ke screen handphone berjenama Apple. Nama Adira terpampang. Daripada aku jawab panggilan ini, baik aku fokus memandu.

"Angkatlah." aku mencapai handphone bila Rosereen menyuruh aku jawab panggilan itu.

Belum sempat aku tekan butang hijau, dia menghalang aku. "kejap"

"kenapa?" pelikku.

"Adira❤. Awak ada adik nama adira?" soalnya bila nampak bentuk hati dihujung nama itu. Belum sempat aku tukar kerana banyak hal yang aku uruskan.

"tak." sepatah aku jawab.

"Boleh tak kalau awak tak jawab? Saya rasa tak sedap hati. Tapi kalau awak nak angkat juga tak apa." dengan sopan dia menghalang aku dari jawab panggilan itu. Walaupun dia hilang ingatan, firasatnya masih sama.

"Boleh sayang." 

"saya nak tau pasal Adira boleh? "

"Maaf sayang, abang bukan taknak cerita tapi apa yang menyebabkan sayang jadi macam ni, ada kena mengena dengan dia. Abang janji, lepas sayang dah okey sikit. Abang cerita okey?" pada saat begini aku tak patut cerita tentang keburukan. Termasuklah adira iaitu salah satu keburukan.

"Please. Sikit ja" kata Rosereen sambil menunjukkan muka comel.

"Sayangggggggg, nanti ye?" mulutnya muncung kedepan bila aku tolak permintaannya.

"mulut tu macam mak itik punya mulut. " mulutnya aku sentuh. Comel.

"ish awak ni! Dahla saya tak kenal awak, kena tidur dekat rumah awak, lepastu cakap mulut saya macam mulut itik pulak." kalini bukan mulutnya saja dimuncungkan, tapi tangannya disilang.

"Baby, nanti dah keluar jangan ikut perangai mummy okey?" aku usap perutnya.

"baby, keluar nanti jangan jadi macam walid."

"Walid?" soal aku dalam kegembiraan.

"Haah. Kenapa?"  dia sudah ingat semuanya?

"kenapa walid? Sayang dah ingat semuanya ke?"

**

"Sel. Kau tak rindu Nis ke? Selalunya kalau kita makan dekat Kantin dialah orang pertama teruja nampak Pelam muda ni." pelam muda yang dipegang dipandang kosong.

"Rindulah siapa cakap aku tak rindu? Kita ni, pergi mana mana pun bertiga. Tapi buat masa ni kita berdua. Hm" pelam muda dirampas dari tangan Maya lalu disuap masuk ke mulut.

"hm cepat cepatla Nis sihat. Dah rindu ni."

"Nis sakit? Dia sakit apa?" tanya Hanna dari belakang.

"err dia..." maya pandang Selrose minta jawapan.

"dia demam. Haa demam. Yanggg apa tu? Ha demam campak. So nanti dia tak datang lama." Selrose yang faham dengan pandangan Maya menjawab.

"ohh patutla sir cakap dia cuti dua minggu. Ish! Dia tu pembawa malang betul! " Selrose tarik rambut Hanna disebabkan mulutnya yang tak ada adab.

"kau, mulut tu jaga. Jangan nak biabap sangat. " makin lama makin kuat Selrose tarik rambut Hanna. Maya pula hanya ketawakan Hanna.













Sorry guys lambat. Internet takde pulak!
Okey rasanya Nis dah ingat semua ke?
Jangan lupa vote dan comment okey? ♥♥♥
Sorry tak publish semalam, ada family day

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now