SCP-53

3.4K 189 29
                                    

"Adik!" jerit abang dari luar bilik aku.

Tak tahu macam mana dia masuk ke dalam rumah ni. Banyak kali abang tendang pintu untuk buka tapi masih lagi tak berjaya.

"Bagitau aku mana kunci bilik ni!"  abang tengking Adira. Maksudnya Adira dan sir ada di luar.

"Dira tak tau. Bukan Dira yang kunci. Hubby percaya la" Adira cuba menarik kepercayaan sir.

"ye i percaya. Naqiu mungkin terkunci dari dalam." abang langsung tak balas apa yang sir cakap.

"Adik!" sekali lagi abang jerit dari luar.

"pergi ambik hammer sekarang" abang mengarah sir memandangkan pintu sukar untuk dipecahkan.

Hammer dihulur, abang cepat cepat pecahkan pintu. Abang bayangkan muka sir dan adira yang sedang dipecahkan. Setelah 10 minit bergelut dengan pintu, akhirnya pintu berjaya dipecahkanoleh abang.

"Adik. Adik abang datang adik. Bangun" aku yang separa sedar tak mampu bersuara.  Kepala aku pening. Perut aku sakit tekak aku loya.

"Call ambulan bodoh!"

***

Aku dibawa ke hospital menaiki ambulan ditemani abang. Aku masih lagi separa sedar. Sampai saja di hospital ,dokter masuk air dalam badan aku.

"Irfan sini" panggil abang.

"kenapa?" soal sir tanpa rasa bersalah.

"kau boleh tanya aku kenapa?! Kau tau tak isteri kesayangan kau, Si Adira tu kunci adik aku dalam bilik! Kau nak jadi apa? Aku benarkan kau nikah dengan adik aku bukan untuk benda ni."

"maafkan aku, aku tau aku tak adil..."

"dahla." abang potong cakap sir.

"Nis akan duduk dengan aku sampai dia bersalin. Aku tak izinkan kau jumpa dia kecuali setiap hari rabu dan khamis." abang genggam tangannya kuat. Penumbuk yang nak dilepaskan pada sir tak jadi memandangkan ramai di hospital.

"tapi hari rabu hari yang paling aku sibuk! Takkan sehari ja aku boleh jumpa isteri aku?" sir sudah menunjukkan rasa tidak puas hati dengan syarat Abang.

"kalau nak, kau boleh usaha. Aku dah bagitau mummy dengan daddy. Dorang dah bagitau ummi dengan walid kau. Lepas subuh dorang sampai. Kau balik dulu. Datang bakik lepas subuh." aku tau abang tak sampai hati nak halau sahabatnya. Abang halau dengan cara lembut.

...

"Sekarang macam mana? Daddy dah malas nak cakap dengan kamu." daddy bengang dengan sir bila dapat apa yang jadi.

"Nis tinggal dengan aku jelah. Aku janji aku jaga kau."  puas abang memujuk aku. Tapi aku masih tiada jawapan.

"walid tak izinkan kamu bawak balik dia ke rumah kamu. Kalau kamu taknak tinggal dengan abang kamu, kamu boleh tinggal dengan walid. Ummi ada. Adik adik ada. Kami boleh jaga kamu Nis" walid pula memawarkan untuk aku tinggal di rumahnya.

"pilih sekarang. Nak balik rumah daddy pun tak apa" aku buntu.

Tak tahu nak balik rumah siapa. Wad terus jadi sunyi bila aku memikirkan jawapan. Ketiga tiga lelaki itu juga diam. Ummi dan mummy tak ikut. Kata walid dan mummy mereka complicated. Susah masalah nak selesai nanti.

"Okey macam ni la. Aku tak kisah adik aku nak tinggal dekat mana sekali pun. Tapi ada syarat. Kalau dia tinggal dengan aku, kau hanya boleh jumpa dia setiap rabu dan khamis sahaja. Tak kisah kalau kau nak tidur sehari pun. Kalau rumah daddy, kau boleh jumpa tapi tak boleh bermalam dekat rumah daddy"

"kalau dia tinggal dengan walid, kamu jangan jumpa dia langsung! Kami buat ni untuk kebaikan kamu. Ini semua pengajaran untuk kamu" aku tahu niat walid bukan untuk memisahkan kami. Tapi mungkin ini yang terbaik untuk aku.

"Nis duduk rumah abang sampai bersalin. Nis juga nak Homeschool dekat rumah abang. " keputusan aku muktamad.

"baguslah kalau macam tu. Walid balik dulu. Ingat Irfan kamu dah sakitkan hati isteri kamu. Walid tak suka kamu sakitkan hati wanita" kalini walid betul betul serius tentang apa yang dia cakap. Walid balik diikuti daddy.

"Izinkan Nis balik rumah abang.Buat masa ni, awak jangan jumpa saya. Saya taknak jumpa awak sir. Hati saya terlalu sakit."

Sir menemani aku sampai petang. Puas aku halau dia balik. Tapi dia tetap dengan egonya. Aku tak boleh buat apa apa. Aku hanya biarkan dia.

"tolong  suruh dia balik. Nis tak nak tengok dia" aku tak boleh nak halau sir lagi. Jadi aku minta tolong abang.

"Irfan. Balik lah. Dia taknak tengok kau dekat sini. Kalau kau nak jumpa dia, jumpa lagi 4 hari. Balik dulu" sir bangun dan hulur tangan pada aku.

Aku menyambut salam dari sir. Lama aku kucup tangan dia. Rindu. Rasanya lama tak dapat macam ni. Kedmudian dahi aku pula dicium. "dah. Times up" sergah abang.












Okey tu je bab ni. Dah jangan marah marah. Anda akan puas hati di bab seterusnya hahahah
VOTE DULU!

P/s: update sebab bosan 🙊

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now