raya-specialbab3

4.1K 149 13
                                    

Setelah selesai sesi salam raya, sekarang tiba masa untuk duit raya. Tahun lepas aku dapat duit raya dari abang. Harapnya tahun ni ada lah duit raya untuk aku.

Aku mulakan dengan daddy. Selepas daddy giliran mummy. "mummy, Nis minta maaf. Banyak salah nis dekat mummy. Ampunkan Nis mummy." walaupun aku anak bongsu, tetapi aku yang selalu mulakan semuanya.

"aku minta maaf. Aku tau aku selalu degil." aku bukan seorang yang sweet, yang minta maaf pada adik beradik,  jadi masa raya sahaja lah aku minta maaf.

"kau tu banyak salah dekat aku. Cium tangan aku!" mentang mentang dia abang, bolehla dia buat macam ini.

"nah." duit raya dihulur pada aku. Kegembiraan terpancar di wajah aku.

"ni je?" soal aku.

"mana cium? Oh sejak kak Lina mengandung dah taknak cium aku. Takpa kau. Tak ada duit raya untuk anak kau." kata aku lagi. Selalunya pagi raya abang akan cium aku di dahi.

"sabar lah. Muah" dahi aku dicium secara tidak ikhlas.

"mummy, Aufa minta maaf banyak salah dekat mummy." Aufa cium tangan aku.

"ha Aufa curi boyfriend mummy taknak minta maaf?" 

"em Share la mummy." semua ketawa dengar Aufa berkata begitu.

"Walid, Aufa minta maaf." berdrama habis bila Aufa minta maaf pada sir.

"Jabir minta ampun mummy, i love you so much. Jaga adik tau." sampai giliran Jabir, aku tersentuh dengar luahan hati dia. Banyak yang dia kata yang aku akan ingat sampai bila bila.

***

Selepas selesai sesi meminta maaf dan duit raya, kami menjamu selera. "hai." tegur Hazril dari belakang.

Aku hanya senyum untuk membalas teguran itu. "aku pun nak minta maaf dekat kau. Aku tinggalkan kau. Tapi tu untuk kebaikan kau Nis. Aku tau aku... "

"Aku dah maafkan kau pun" tak sanggup mendengar luahan hati Hazril. Aku takut nanti mata aku yang berair.

"Kau macam mana dengan Tasha?"

"kami okey. Bulan depan kami tunang. Aku nak jemput kau datang." aku tak sabar nak dengar di mana tempat Hazril tinggal selama ini.

"luar negara? Naik flight?" tanyaku.

"Aku, kakak ipar kau, kakak kau, kami mengandung. Macam mana nak naik flight? Banyak risiko Hazril." tak dapat la nak tengok Hazril bahagia.

"Family aku dekat malaysia. Buat apa nak jauh jauh? Aku ingat taknak tunang. Nak nikah terus." matanya bersinar sinar. Dia gembira. Mungkin.

"family Tasha macam mana?"

"Dia tak ada family." aku jadi serba salah nak tanya banyak banyak. Aku terus ajak Hazril masuk untuk makan ketupat banyak banyak.

Sedang kami duduk di sofa sambil menonton drama hari raya yang ditayangkan, Jabir dan Aufa merengek kerana mengantuk. Aku dodoikan Aufa sampai dia terlena. Taktau lah apa angin yang datang, nak tidur dengan aku.

"kenapa aku tak nampak? Kenapa aku tak nampak?" kata lelaki di dalam drama itu.

"aku butaaa." lelaki itu meraung bila

"orang buta nampak nacam mana? Gelap?" tanya aku pada sir. Dia kan cikgu sains. Mana tahu dia tau.

"cuba sayang tutup mata." aku tutup mata.

"gelap kan?"

"tak. Sayang nampak abang" aku sengaja mengusik sir.

"eh eh dia ni." hidung aku dicuit.

Aku sandar di bahu sir. Rasa bahagia yang aku rasa sekarang langsung tak sama seperti dahulu. Kalau dahulu aku selalu menangis, sekarang aku tersenyum bahagia.

Setiap ujian yang allah bagi tu ada hikmahnya. Jangan pandang masalah tu sebelah mata. Dan jangan pertikaikan masalah yang kita hadapi. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Semakin banyak kita bersabar, semakin besar ganjaran yang kita akan dapat. Mungkin masalah yang aku hadapi sama macam korang. Atau tak sama. Malah lebih teruk pun ada. Apa yang aku boleh kata ialah bersabar.

Selagi boleh menangis, menangislah. Biarkan air mata kau mengalir selebatnya. Menangis bukan tanda kau lemah. Tetapi menangis mampu buatkan kau terus kuat hadapi semua ni.

Ini ganjaran yang aku dapat atas sebab aku terus bersabar dengan dugaan ni. Yang dah berlalu biarlah berlalu. Kita terus pandang kedepan dan jadikan masa silam sebagai sejarah yang tak akan berulang lagi.

Perbaiki diri kita. Apa yang dah berlalu jadikan teladan. Ini yang terbaik untuk kita. Sekian sahaja cerita hidup aku. Aku dan sir pun alhamdulillah bahagia. Aku doakan korang semua bahagia.

Author comment
Okey tak ada dah special bab. Bye Assalamualaikum

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now