SCP-58

3.7K 178 35
                                    

Selesai subuh berjemaah, Sir siap siaga untuk ke sekolah. Aku menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Terkejut aku dibuatnya bila Kak Lina sudah siapkan sarapan pagi untuk makan sebelum pergi kerja.

"Eh Nis, dah bangun" aku duduk sambil bancuh susu yang sir bawa semalam.

"Awal akak bangun, siap masak lagi." selalu aku akan bangun dan siapkan sarapan sebab Kak Lina jaga anaknya, harini dia pula yang siapkan makanan.

"saja ja bangun awal. Irfan balik pukul berapa harini?" tiba tiba aku disoal.

"selalunya dia balik lewat, dalam pukul 4 macamtu. Sebab ada mesyuarat setiap rabu." sebab itulah sir tak puas hati bila abang tetapkan hari rabu dan khamis sahaja boleh jumpa aku. Sebab dia akan sibuk.

"oh, dalam pukul 2.00 nanti akak nak pergi airport. Naurah dah balik." alahai, rindunya aku pada kakak aku yang senget tu.

"nak minta tolong Nis jaga baby." nampaknya aku ada peluang untuk mendekati Hazril lagi.

***

"Bosan lah!  Ada laki sibuk dengan budak tu. Rumah ni pulak bosan je. Takda yang menarik pun. Dahtu apa aku nak buat?" kaki diletakkan diatas meja sambil mulut mengunyah kacang.

"Hai you..." meleret Adira bersuara.

"Nak apa dear? Awal pagi dah call ni." sapa lelaki itu lembut.

"Putera you busy ?" soal Adira kepada Putera iaitu seorang lelaki lewat 30-an.

"tak. Kenapa Dira?"

"you datangla rumah husband i, dia tak ada dekat rumah, you boleh temankan i sampai petang ni?" badan Adira melentok tak lain seperti belut.

"boleh, you bagi alamat. Sejam lagi sampai." kini Adira mengawal rumah itu seperti rumahnya sendiri.

Sejam menunggu Putera sampai di rumah milik Sir. Adira menjemput Putera masuk melalui pintu belakang. Takut ada jiran tetangga yang perasan dan beritahu pada Sir.

Adira dipeluk, dan pipinya dicium beberapa kali. Adira langsung tidak membantah Putera dari berbuat sedemikian kerana ini bukan kali pertama dia berpelukan dengan Putera.

"Husband you mana Dira?" soal Putera

"dengan first wife dia" Putera terkejut. Dia tidak tahu Adira akan menjadi isteri kedua.

Tidak ada apa yang berlaku di pagi itu. Putera hanya menemani Adira. Ini lelaki yang ke-2 dalam senarai skandal Adira.

"so bila I boleh balik?" soal Putera bila dia sudah bosan duduk di rumah bersama Adira.

"petang nanti you balik."

...

"Akak keluar dulu. Jaga baby okey. Practice makes perfect Nis. Bye" Kak Lina pesan pada aku sebelum pintu kereta ditutup.

"Kakak pergi mana?" soal Hazril.

"pergi ambik Kak Naurah dekat airport."

"Man! Naurah balik Man!"

"Aik? Iman kenal Naurah ke?" pelik aku, rasanya kakak tak pernah jumpa mereka. Buktinya aku juga baru kenal mereka.

"tak tau ke? Dorang baru lagi la." kening aku sudah berkerut memikirkan kakak yang umurnya akan masuk 23 tahun tahun depan dan Iman akan 19 tahun nanti.

Aku berbual mesra dengan Hazril. Kami berbual macam dah lama rapat. Rupanya Hazril suka memberi pickup line. Katanya memang itu cara dia merapatkan hubungan.

"kau tau tak kenapa kau perlukan ubat masa mengandung ni?" rambut aku yang menutup mata diubah ke belakang telinga.

"kalau aku jawab, tak jadi pickup line la kan?" tangannya aku tepis lembut.

"sebab ubat tu boleh kuatkan tubuh badan kau dengan anak dalam perut tu. Tapi, selagi kau ada depan mata aku, aku akan kuatkan kau tak kira apa pun yang akan terjadi." aku terkesima mendengar ayat yang keluar dari mulut Hazril.

"wah wahh, bini orang Ril. Jangan macam macam." tiba tiba iman muncul.

"diam la kau. Japgi Naurah balik kau berkepit dengan dia, siap kau" perli Hazril.

Belum sempat aku tanya sejak bila hubungan mereka baby sudah menangis. Aku angkat dia dan letak di atas tilam di ruang tamu. Rupa rupanya dia membuang. Hm macam mana agaknya nak cuci taik dia.

"macam mana?" tanya aku pada Hazril dan Iman.

"kau nak jadi mak dah kot. Kena la belajar. Kitaorang tak kahwin lagi tak tau" kata Hazril.

"kau la tak kahwin lagi. Aku soon" balas Iman pula. Tak sah kalau tak bertengkar.

"macam mana nak cuci berak dia ni?" aku tanya baby.

"kalau dia jawab mesti kau lari." kata Hazril.

"macam ni. Ambil tisu, cuci la punggung dia." Hazril duduk di sebelah aku dan cuci taik yang ada di punggung baby.

Macam inikah rupa sir bila cuci najis anak kami nanti? Aku perhatikan tingkah laku Hazril sambil tersenyum. Comel juga Hazril ni. Rupanya cukup sedap mata memandang. Satu yang aku baru perasan ialah Hazril ada lesung pipit di pipi kanan. Iman pula tak ada.

"hem hem" aku tersedar dari mimpi di siang hari aku.

"laki kau balik." aku pandang jam, baru pukul 3.00 selalunya balik pukul 4.00

"awal balik" aku tegut sir kerana mukanya tak puas hati melihat aku dengan Hazril dan Iman.

"Kejap lagi pergi sekolah balik. Ada kelas ganti."  balas sir acuh tak acuh.

"nak makan ke?" soal aku. Rindu nak tanya soalan ini pada sir. Kalau dahulu inilah soalan rutin harian aku, tapi sejak hadirnya Adira, soalan itu diambil alih.

Aku hidang makanan di atas meja makan. Aku jemput Hazril dan Iman makan bersama sama dan aku dukung baby. Sir hanya diam membisu bila aku berbual dengan Hazril.

Aku melangkah ke dapur untuk membancuh susu untuk baby. Aku tuangkan air panas ke dalam botol dan air panas terkena tangan aku.

"auch!"

"ish kau, hati hati la. Sini" Hazril tarik tangan aku untuk bilas dengan air sejuk.

"Rosereen" tegur sir dari belakang. Aku pandang Hazril, Hazril pandang aku. Namun tangan aku masih belum dilepaskan.

"tadi tangan dia terkena air panas" Hazril lepaskan tangan aku dan terus keluar dari dapur.

"sampai bila nak bagi abang cemburu?" sir datang dekat dan bertanya.

"oh cemburu? Habis tu masa sir berkepit dengan Adira depan saya, saya tak cemburu ke? Kenapa saya tak ada hati nak rasa cemburu?" mata aku sudah bersedia untuk mengalirkan air mata bila mengingatkan tentang Adira dan Sir.

"Adira isteri saya Rosereen!"

"tak akan ada hati seorang isteri yang boleh terima bila suami dia bawak balik isteri kedua dalam masa dia hilang ingatan. Saya baru ingat punca saya kemalangan dan sir bawa balik perempuan tu sebagai isteri baru? Perempuan mana boleh terima? Cukup lah sir. Saya penat dengan sir macam ni." air mata mengalir.














Sorry tak update haritu, author tak ada internet nak update. Ni pun pakai hotspot sekejap ja. Ni nk kena off dah. Sorry tak dapat reply comment korang. Nanti author reply okey.

btw yang tanya SCP berapa bab semuanya? SCP 65 ATAU 70 bab SAHAJA.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now