SCP-35

4.4K 168 13
                                    

(back to Nis POV)

Aku tersedar dari tidur yang sangat lama. Terasa bagai satu perkara aneh berlaku pada aku. Tapi kena apa berada di Hospital? Aku sakit? Ya aku sakit. Tangan kananku berbalut. Masih tiada siapa menemani aku. Hanya ada seorang lelaki di sofa sedang berehat dan tidur nyenyak. Mungkin waris di katil sebelah.

Raut wajahnya aku pernah lihat dan kenal. Tapi siapa? Aku lupa. Mummy mana? Kenapa dia tidak teman aku?  Daddy sudah tentu di pejabat. Kerjanya kalah Perdana Menteri. Wajah lelaki itu aku tenung. Lama aku tenung sampai lelaki itu tersedar dari lenanya.

"Rosereen." perkataan pertama yang keluar dari mulutnya bila lihat aku terjaga. Tapi siapa dia? Belum pernah ada yang memanggilku Rosereen. Dia yang pertama.

Dengan pantas lelaki itu bangun dah datang kearah aku. Badan aku dipeluk erat. Muka aku dicium banyak kali. Perlahan lahan air mata lelaki itu gugur.

"Awak... Kenapa menangis? Awak.. Siapa? Kenapa cium dan peluk saya?" peliknya aku langsung tidak tolak apa yang dilakukan oleh lelaki itu.

"Sayang, ni abang. Sayang tak lawak tau buat abang macam ni. Sayang lupa? Kita dah bernikah? Dan sayang dah mengandung. Ini perut sayang. Ada anak kita." perut aku dipegang lelaki itu. Dia mengaku sebagai suami aku. Aku mengandung?  Berapa umurku?

Tiba tiba pintu dikuak dari luar. Terpampang muka mummy, abang, kak Lina, dan kawan mummy dan suaminya.

"Ya allah, Nis!" terperanjat mummy bila lihat aku sudah bangun duduk.

"Sayang ummi." tubuh aku sekali dipeluk oleh orang yang tidak dikenali yang gelar dirinya ummi. Siapa dia?

"Sayangggg please." rayu lelaki yang kata dirinya suami aku.

"tak, saya tak ada suami. Saya ada mummy dan family. Selrose. Maya." aku sebut nama yang aku ingat.

"Dia tak ingat aku." air mata suami aku mengalir dengan lajunya. Abang pula peluk 'suami aku.

"Apa yang jadi? nis tak faham?"

"Sayang, ni ummi. Ibu mertua sayang. Ni Syed Irfan. Suami Nis." kata seorang perempuan yang awalnya aku anggap kawan mummy.

"TAK! TAK! NIS TAK ADA SUAMI! TAK ADA IBU MERTUA! NIS TAK KENAL MAKCIK! NIS TAK KENAL AWAK! KELUAR SEMUA KELUAR!!!!" aku menjerit pada semua orang yang ada di situ.

Mummy cuba tenangkan aku, tapi tidak ada apa yang boleh tenangkan aku sekarang selain semua orang keluar dari bilik ni. Aku halau semua orang keluar dari bilik. Mereka hanya ikutkan saja.

Aku menangis. Teruk aku menangis tanpa sebab. Entah kenapa tiba tiba hati aku sebak. Perlahan lahan air mata mengalir.  Sebak didada semakin kuat rasanya.

***

"sayang, kenapa sayang tak kenal abang? Abang suami sayang yang sah. Sayang lupa saat saat kita bersama?  Kenapa sayang lupa semua benda tu?"  air mata lelaki yang tidak aku kenali menitis.

Dalam aku mendengar lelaki itu mengingati kenangan yang dia lalui bersama aku, seorang Dokter masuk bersama seorang pembantunya.

"Nisreena Rosereen, awak ingat apa apa?" soal Dokter lelaki itu.

"Saya tak ingat apa yang dah saya lalui. Saya lupa." sejujurnya aku lupa apa yang aku lalui. Aku tak tau apa yang aku lalui. Macam ada sesuatu yang rerjadi yang buatkan aku sedih.

"Syed Irfan, awak suami dia?" soal Dokter itu lagi.

"Ya." tanpa ragu ragu lelaki itu menjawab.

"Isteri awak tak ada kecedraan yang terlalu teruk.. Cuma masalah hilang ingatan dia tu tak teruk macam pesakit yang lain. Maksudnya,  dia alami proses hilang ingatan sedikit sahaja. Dia tak ada risiko pulih dari sakit lebih dari setahun. Mungkin seminggu, sebulan atau enam bulan. Dalam tempoh setahun dia dah boleh baik. " terang Dokter pada suami aku.

"jadi, bila dia boleh balik? Pasal sekolah dia pulak?"

" dia dah boleh balik bila bila masa.. Pasal sekolah nasihat saya terus berehat sampai MC dia habis. Saya tak sarankan awak bagi dia sekolah balik dalam keadaan dia macam ni. " dia terus mrngucap terima kasih pada Dokter itu.

"Sayang dah boleh balik." dia teruja. Tapi aku tidak. Jika dia suami aku, aku perlu tinggal bersama dia dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri? Pakaian dan makan minumnya aku yang sediakan?

"Sayang tunggu abang uruskan hal keluar Hospital lepastu kita balik. " katanya masih dalam nada teruja.

...

"Ya kau tolongla settelkan. Aku memang bergantung pada kau. Aku dah penat nak pergi balai banyak kali. Lepas dia dah ingat semua benda aku bawak dia pergi balai. Cuma kita tak tau bila."

"cakap dengan siapa?" soal aku pelik bila dia sebut yang aku akan ke balai bila sihat nanti. Kenapa?

"oh abang cakap dengan kawan abang. Kawan abang ni Inspektor. Dia pernah tolong sayang masa sayang kena culik dulu. "

"Culik?" seingat aku,  aku tak pernah kena culik.

"yee sayang. Tak apa lah sayang. Benda tu sayang tak perlu ingat. Lagipun Dokter pesan jangan paksa sayang ingat. " betullah aku hilang ingatan. Aku tak ingat apa yang aku lalui.

Hampir setengah jam kami bergerak pulang. Namun sangkut disebabkan jem.

"Saya lapar. Boleh kita pergi makan? " kekok aku nak bercakap dengannya.

"boleh sayang. Sayang nak makan apa?"  cara dia bercakap dengan aku membuatkan aku selesa dengannya.

"saya tak tau. Saya ikut awak. "

Selesai makan kami pulang ke sebuah rumah yang aku tidak tau dimana. Langsung tidak kenal rumah ini. Entah bagaimana hidup aku dengannya selepas ini. Harapnya semua baik baik sahaja.















maaf geng, bz sampai hilang idea. Kejap lagi inshaallah ada update lagi. Stay tune okey sayang sayang ❤

OKEY CEPAT VOTE.  TAK VOTE NANTI SAYA TAKNAK UPDATE BAB SETERUSNYA.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now