SCP-62

4.2K 196 30
                                    

POM! POM!

Bunyi letupan mercun buatkan anak dalam perut terkejut. Asyik tendang dan bergerak gerak dalam perut. Setiap pergerakan nya aku dapat tahu. Tahun baru tahun ni pada hari rabu. Jadi dapatlah sambut tahun baru dengan sir. Entah apa pula yang akan terjadi di esok hari.

Petang nanti,  mummy dan ummi akan datang. Aku rasa sudah tiba masanya untuk aku beritahu semua rahsia yang aku pendam pada mereka.

"Mummy, Daddy, ummi,  walid, Nis panggil ni untuk bagitau dua perkara. Bad news dan good news." aku takut mereka tak dapat terima apa yang aku akan beritahu nanti.

"haah. Kami rasa dah sampai masanya untuk kami bagitau semua ni. Yang pertama, memandangkan Rosereen akan bersalin tak lama lagi, kami nak bagitau jantina baby dalam perut ni." sir usap perut aku.

"macam semua tau baby ni kembar. Dan good news nya ialah anak kami kembar sepasang. Lelaki dan perempuan." terpancar wajah gembira  di wajah semua orang. Aku gembira dapat kongsi berita ini sama sama.

"yang kedua, irfan nak bagitau pada semua usia sebenar kandungan Rosereen ialah 9 bulan." kata sir menyesal.

"kejap." ummi mula mengira dengan jarinya.

"tapi kamu berkahwin baru 7 bulan." walid mencelah.

"how can this happened Irfan?" emosi kemarahan daddy sudah disentuh.

"ya irfan mengaku ini semua salah irfan. Kami terlanjur dua bulan sebelum kami menikah." sir tunduk. Dia kesal dengan apa yang terjadi.

"sebab tu Rosereen nak cepatkan pernikahan kami. Irfan dapat tau dia mengandung dua bulan lepas kami menikah. Masa tu Irfan mula menyesal dengan apa yang Irfan buat." dada sir berombak. Dia sedang menahan perasaan yang sangat berat.

"Apa lagi yang kamu buat dekat anak daddy? Bagitau! Kamu curang dengan dia, kamu duakan dia, apa lagi yang kamu buat?" kemarahan daddy sudah berada di kemuncak gunung.

"daddy, Nis redha dengan apa yang terjadi. Daddy jangan marah marah macam ni, tak kesian dekat Nis ke?  Daddy maafkan Irfan okey?" kalau boleh aku nak jadi seorang wanita yang kuat menghadapi dugaan.

"mummy tau kamu terlanjur. Firasat seorang ibu kadang kadang betul. Mummy perasan kelainan kamu masa itu. Selama ni mummy tunggu bila kamu nak berterus terang pada kami semua tapi kamu simpan semua ni lama. Mummy makan hati dengan perangai kamu berdua." akhirnya mummy mengalirkan air mata. Melihat ibu kesayangan mengalirkan air mata, aku pun menangis tanpa sedar.

"walid tak tau mana salah walid didik kamu. Walid penat dengan kamu Irfan."  nada walid bercakap nampak yang dia sudah penat menasihati anak lelakinya itu.

"daddy, mummy, Nis tak minta banyak. Tolonglah terima apa yang terjadi seperti mana Nis terima semua ni. Kalau Nis boleh redha dengan apa yang terjadi, Nis yakin mummy daddy boleh." aku tau walaupun sukar untuk menerima semua ini, mereka pasti boleh menerima semua ini.

"Walid dan Ummi tak pernah salah mendidik anak. Semua ni takdir yang Allah tetapkan. Apa yang terjadi ada hikmahnya. Tolong, terima semua ni" aku tau aku tak boleh memaksa. Tapi aku mencuba.

"Macam ni la, tak elok kalau korang semua tak dapat terima apa yang terjadi. Nis akan melahirkan anak nanti. Dan dia perlukan kemaafan dari semua orang. Redha lah dengan apa yang terjadi. Semua ni ketentuan Allah" abang bersuara setelah sekian lama berdiam diri.

Daddy mendepakan tangan untuk menerima pelukan dari Sir. Walid turut serta berpelukan bersama.Aku tersenyum melihat keluarga aku disatukan semula.

"daddy peluk sir ja. Nis anak daddy tau tak?" mulut aku muncung lagi.

Daddy peluk aku dan cium dipipi aku. Aku balas pelukan daddy dengan erat walaupun perutku menghalang aku untuk berpeluk dengan sesiapa pun.

***

"kau hantar barang ni. Kalau kantoi siap kau!" rambut Adira ditarik. Putera memberi amaran keras pada Adira. 

"okey. Tak kantoi. You tak percayakan i ke?" adira hanya mengikuti apa yang Putera suruh.

"Putera, bawang sebelah rumah ni tak habis habis intai kita. Nak buat apa?" Mak cik Siti asyik cuba mengintai apa yang jirannya buat. Ada saja agenda untuk cuba intai. Salah satunya hantar makanan.

"aku taknak tengok dia dekat muka bumi ni lagi."putung rokok dibuang dalam belas rokok. Lalu sebatang rokok lagi dibakar

Putera tak lain seperti 'bos' di rumah itu walhal rumah itu milik Adira. Adira rela diperlakukan begitu. Dia sendiri mengaku yang dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan dia boleh hidup bersama Putera.

Status sebagai isteri kepada Syed Irfan juga tak diendahkan. Perkataan isteri itu hanya menjadi status. Menjadi pelacur kepada Putera dan rakan rakannya juga sudah menjadi kebiasaan. Kini Adira mula berjinak dalam dadah.

Duit yang dia dapat melupakan dia tentang undang undang negara. Sudah menjadi rutin hariannya untuk mengagihkan dadah pada waktu pagi dan menjadi pelacur pada waktu malam.

Setiap video yang dirakam oleh Putera akan dihantar pada sir untuk membakar kesabaran lelaki itu. Setiap video yang dihantar terus akan dihapuskan sebelum menontonnya.










Next bab esok!
Jangan lupa tekan 🌟 dekat bawah tu. Dan jangan lupa vote dekat ramadhan award. Thankyou♡

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now