SCP-37.

4.1K 164 13
                                    

"awak." panggil Rosereen tapi aku tak dengar.

"Cikgu." panggilannya kali kedua buat aku teringat dahulunya dia panggil aku sir.

"ye sayang. Err.. Bukan cikgu, tapi Sir. Sekolah awak kalau guru lelaki selalu panggil Sir. Ingat?" dia gelleng kepala.

"tak apa abang faham." dia hanya balas senyuman kelat.

"tak, saya nak bagitau saya mengantuk. Bila boleh saya tidur?" soalnya naif. Tidak lain seperti seorang perempuan yang lurus bendul.

"jom tidur. Oh sebelum tu awak selalu minum susu. Tunggu saya bancuh" dia ikut aku dari belakang dan lihat semua gerak geri aku. Mungkin juga dia nak biasakan diri di dapur.

Selesai minum dengan rakus, dia bertanya aku jika ada apa apa lagi yang dia perlu buat sebelum tidur. Selalunya Rosereen akan manjakan kulitnya sebelum tidur. Tetapi pada masa ini, dia perlu rehat.

"kita tidur sekali ke?" soalnya pelik.

"yelah sayang. Kita suami isteri. Tapi kalau sayang tak selesa abang tidur atas sofa tu ja." aku tau dia belum selesa nak berdua duaan dengan aku. Bayangkan kau bangun dan lupa apa yang terjadi, tiba tiba kena tidur dengan laki. Memang tak lah.

"tak apa ka Sir?" sebak didada kembali menyelubungi diri. Panggilan Sir daripadanya membuatkan aku teringat pada dosa aku yang lalu.

"Awak? Kenapa termenung? Saya ada salah cakap? Maaf"

"kenapa sayang minta maaf?" pelik bila tiba tiba dia minta maaf.

"saya taknak ada dosa dengan suami sendiri. Awak suami saya, jadi dosa saya awak tanggung. Maafkan saya kalau ada salah cakap." tangan aku dia kucup lembut. Suci hati awak sayang. Sepatutnya abang yang minta maaf.

"dah tidur. Saya teman." aku baringkan dia ditempat tidur. Rindu, jika dulu kalau dia tak boleh tidur, akan aku alunkan ayat suci alquran atau zikir.

Yaa Rabbana' Tarafna Bi anna-Naq tarafna
Wa anna-Na Asrafna 'Ala Lazho Asyraf-Na

Yaa Rabbana' Tarafna Bi Anna-Naq Tarafna
Wa anna-Na Asrafna 'Ala Lazhi Asyraf-Na

Fatub 'Alayna Taubah Taghsili Kuli Haubah
Wastur Lanal 'Aurati Wa Aminir Ra 'Aati

Fatub 'Layna Taubah Taghsili Kuli Haubah
Wastur Lanal 'Aurati Wa Aminir Ra 'Aati

Zikir ini menjadi lagu untuk mendodoikan Rosereen untuk tidur yang ertinya

Ya Tuhan, sesungguhnya kami mengakui
Bahwa kami telah melakukan kesalahan

Dan kami telah melampaui batas
Dan kami telah menghampiri jurang kebinasaan

Maka ampunilah kami dengan Ampunan
Yang dapat membasuh semua dosa kami

Tutupilah semua aib kami
Dan tenteramkanlah semua ketakutan dan kegelisahan kami.

(gambar ada di dalam photo pada awal bab ini)

Dan akhirnya dia tidur dengan lena. Dari dulu jika dia tidak boleh tidur, aku akan alunkan ayat suci Al Quran atau zikir taubat ini. Katanya dia lebih rasa tenang.

***

"sayang, bangun subuh." Rosereen bangun sambil gosok matanya yang masih dikawal oleh kantuk.

Tanpa perlu mengejut si isteri buat kali kedua, Rosereen bangun dan bersiap untuk berjemaah bersama aku.

Selesai berjemaah berdua, dia duduk termenung di birai katil. Entah apa yang difikirkan oleh dia.

"kenapa?" soal aku.

"nak ikut. Boleh? Takut sorang sorang dalam rumah ni. Saya tak tau ada apa dalam rumah ni." comel. Riak wajahnya yang naif itu membuatkan aku cair.

"siap la. Pakai baju biasa ja. Tak perlu pakau baju sekolah." aku nak bawanya ke kedai makan lelas kerja aku selesai.

Sejam bersiap, dia keluar dari bilik. Aku terpegun. Dah macam orang baru bercinta. Aku jatuh hati pada isteri sendiri. Pakaiannya, lain dari Rosereen yang aku kenal. Seluar palazo, blaus labuh dan rambut yang tidak diikat. Dia bukan Rosereen yang selalu.

"maaf saya belum bersedia nak bertudung." katanya bila aku perhati dia lama.

"Tak. Takapa. Tapi saya terpegun tengok awak pakai macamni." mana mana suami pun mesti mau isterinya menutup aurat. Sampai bila si isteri nak dedahkan aurat untuk perhatian orang lain?

" selalu saya pakai ketat?" aku tidak menafikan dan tidak mengiyakan. Aku hanya senyum kelat.

"saya minta maaf. Tapi saya janji saya berubah." katanya lagi yang faham dengan senyuman kelat aku tadi.

"awak tau tak sayang? Awak tak suka lepas rambut. Habis kuat pun awak ikat rambut. Tapi harini awak lepas rambut. Saya suka. Tapi lepas dah pakai tudung nanti depan saya ja awak lepas rambut boleh?"

"boleh awak." senyuman yang ikhlas dia beri pada aku.

......

"Awak, saya takut. Semua orang pandang saya" turun sahaja dari kereta, lengan aku dipaut. Semua pelajar yang baru sampai perhatikan kami. Belum ada sesiapa tau tentang kemalangan Rosereen.

"harini hari Rabu, ada perhimpunan. Kita duduk di kantin ya?" layanan aku berbeza bila di sekolah.. Walaupun dia hilang ingatan, tidak bermakna aku boleh bermesra depan orang lain.

"awak tak payah masuk perhimpunan?"

"saya nak jumpa pengetua. Harini ada perhimpunan rasmi sebab ada perasmian AADK. Awak nak masuk perhimpunan ke?" aku mempelawanya. Manalah tau rindu dengan kawan kawan.

"taknakla. Saya tak pakai baju sekolah." pelawaan aku ditolak.

"Irfan." panggil salah seorang rakan guru.

"kenapa dia tak pakai baju sekolah?" soal Sir Amri

"Oh dia tak sihat. Ni pun aku datang nak jumpa pengetua. Aku cuti harini." aku berharap Amri tidak tanya sakit apa yang Rosereen alami.

"oh ha tak apa la. Aku dah nak masuk perhimpunan dah. Nanti aku bagitau Pengetua kau nak jumpa." mujur Amri tidak tanya sakit yang Rosereen alami.








Haa sampai sini ja. Ingat nk publish minggu dpn . Sebab betul betul takdak idea. Bila tkdak idea, tulis pun mengarut ja. HAPPY 20k SEMUA!!

JANGAN LUPA VOTE ♥

maaf kalau bab ni mengarut sebabnya takdak idea. Penat perah otak tapi ni je keluar. Ha itulah sapa suruh buat nis hilang ingatan kan dah mendapat takdak idea! Padan muka kau! Takapalah. Sis janji bab seterusnya best dari bab ni. Inshaallah.

SIS UPDATE SABTU NI PULAK YE ✌

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now