SCP-63

4.5K 198 58
                                    

Tengok quotes atas tu dulu👆
•••

Adira berjalan dengan tenang. Kaca mata hitam, seluar jeans terkoyak dilutut, baju berwarna hijau tua dan rambut yang dilepaskan dikenakan untuk menghantar 'barang'. Tudung yang dibuka membuatkan orang sekeliling tidak perasan dia ialah Adira.

Putera

Barang tu dah sampai belum?

Sabar la! Aku tengah cari mana dia.
Okey jumpa

---

Dia langsung tidak ada perasaan takut melakukan kesalahan itu. Dadah jenis Syabu dibalut dalam kotak. Dia jalan sambil tunduk kebawah. Rambut yang tidak diikat diselit belakang telinga

***

"dahh banyak hari dia tak balik rumah. Aku menyesal ada isteri macam dia." sir mengadu semuanya pada Hafiz.

"kau ni, rambut kusut, selekeh. Apa nak jadi? Cuba lah bersiap sikit" sesungguhnya Hafiz tidak kenal dengan Irfan yang di depan matanya sekarang. Macam orang tepi jalan tahap selekehnya.

"aku sayang dia Fiz, tapi tak sangka itu perangai dia. Macam mana aku nak terima isteri dengan perangai macam tu?"

"kau lupa kau ada dua isteri? Takkan kau nak simpan lagi isteri macam tu? Memang Allah tak suka penceraian tapi kalau memudaratkan kau, cerailah dia. Sampai bila kau nak tanggung dosa dia? Cukuplah Irfan. Jangan siksa hati kau. Jangan siksa isteri kau" kusut otak sir memikirkan tentang Adira.

TING!

"kau tengok. Dia hantar gambar pula." sir tunjukkan gambar yang dihantar oleh Putera.

Gambar Adira memberi kotak berbalut pada seorang lelaki dihantar. "tudung dia pun dah melayang. Baju ketat. Seluar ketat. Berapa banyak lagi dosa yang aku kena tanggung ni?" sir soal pada dirinya sendiri.

Dia sudah hilang sabar dengan Adira. Tiba tiba ada chat yang masuk.

Thankyou Irfan jaga girl aku macam ni.
Banyak eh kau didik dia.
Pandai dia buat kerja.
Langsung tak kantoi.
Hahaha malam ni kalau ada video lagi aku hantar.
Tengok tau! HAHAHAHAHA

...

Beratus ratus chat dihantar kepada Adira. Namun dia masih tidak balas. Call juga tak dapat. Entah apa yang terjadi pada dia. Kerisauan sir semakin meninggi.

Makanan,  dan segala keperluan seorang suami diurus sendiri kerana abang tak izinkan untuk aku ikut sir balik. Aku hanya dibenarkan untuk berjumpa. Tak kira hari apa. Kemarahan abang sudah reda, begitu juga dengan daddy.

Berjumpa hanya pada hari rabu tak buahkan apa apa hasil yang baik untuk aku. Sir masih lagi pentingkan Adira dan sanjung setinggi yang boleh. Bila dia sunyi Adira tiada disisi, dia datang untuk berjumpa aku.

Dia juga masih lagi tak memohon ampun pada aku atas semua kesalahannya. Aku hanya boleh berdoa supaya sir berubah secepat mungkin. Aku sudah penat nak lukakan hati sendiri untuk menerima semua yang terjadi.

KRINGG

"hello siapa ni?" sir mendapat panggilan dari nombor yang tak dikenali.

"kami dari balai polis. Kami nak maklumkan Puan Adira diberkas atas kesalahan yang dilakukan." sir terkejut mendapat panggilan sebegitu rupa.

"datang balai sekarang untuk siasatan lanjut." kata anggota polis itu lagi.

Sir bergegas ke balai polis yang dinyatakan untuk membantu pihak polis membuat siasatan.

"okey, Puan Adira terjebak dalam pengedaran dadah dan bersubahat dalam kes pembunuhan Puan Siti Rokiah. Dan Puan Adira juga terlibat dalam kes langgar lari dengan sengaja beberapa bulan lepas. Mangsa yang dilanggar mati ditempat kejadian" keadaan menjadi tegang.

"apa hukuman yang akan dikenakan?" perasaan sir bercampur.

"penjara seumur hidup dan hukuman gantung sampai mati" menitik air  mendengar kata kata itu dari mulut pegawai polis itu.

Hampir seminggu tempoh untuk menyelesaikan kes ini di  mahkamah. Adira dikenakan hukuman gantung sampai mati dan penjara seumur hidup.

"pesalah dibenarkan untuk meminta 3 perkara sebelum dijatuhkan hukuman gantung samapai mati."

Adira meminta untuk berjumpa dengan sir, permintaan kedua dia meminta tudungnya untuk menutup rambutnya. Manakala permintaan ketiga masih belum diputuskan.

"Aku tak sangka macam ni perangai kau yang sebenar Adira. Aku sanjung kau, aku lebihkan kau dari isteri aku sendiri, akhirnya macam ni yang kau balas untuk aku? Menyusahkan aku! Aku banyak lukakan hati isteri aku demi kau Adira! Aku terlepas peluang untuk jaga isteri aku masa dia mengandung sebab lebihkan kau!" segala kemarahan dalam diri yang baru disedari dilepaskan.

"aku tak minta kau lebihkan aku atau sanjung aku. Aku cuma minta kau jadi yang pertama. Aku tak pernah janji untuk kau jadi yang terakhir. Padanlah muka kau terlepas moment macam tu." Adira tersenyum sinis.

"Terima Kasih Irfan sebab jadikan aku isteri kau. Aku bersyukur kita kena tangkap basah dan aku berpeluang menjadi isteri. Walaupun kau bodoh tak perasan semua yang aku lakukan." kata Adira lagi.

"Adira. Aku ceraikan kau dengan talak tiga." air mata mengalir selebatnya. Semua memori indah dahulu dikenang semula. Kini Adira menjadi bekas isteri kepada Syed Irfan.










Okey dah cerai. Puas takk?😂
Next bab time to sir meraung meratap menangis dan memujuk Nis 😂
Get ready semua untuk gelakkan sir😂😂
Bab baru petang or malam nanti

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now