3.7K 118 24
                                    

Hai dan Assalamualaikum kepada semua readers SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! 

(Okey let me use "qiss" )

Qiss nak ucapkan ratusan, ribuan, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam SCP!! secara langsung atau tak langsung. Qiss terharu sangat bila dapat viewers yang tinggi dalam kurang 6 bulan. Boleh dikatakan kurang 6 bulan = 10K readers. Ianya satu kebahagiaan yang dikecapi oleh qiss.

Okey jujur, masa mula mula buat cerita ni, tak ada lah sambutannya macam sekarang. Awal awal bab tak ada comment dari account yang qiss tak kenal. Semua comment dari kawan kawan yang support qiss. Vote pun kadang kadang suruh kawan. Sebab memang vote tak dapat banyak. Lepas buat sir nikah dengan Adira, ALHAMDULILLAH dalam masa 2 minggu naik 20K views😭

Boleh dikatakan satu pencapaian yang SANGAT BESAR untuk qiss dalam bidang ni. Qiss sangat sangat bersyukur!

Nak ucap terima kasih kepada semua yang menyumbang idea, menyumbang nama, watak, mahupun menyumbang vote dan comment heheh.

Lepas ni qiss akan tukar cerita ni kepada complete Alhamdulillah harini cukup 7bulan 1 hari dan Views sebanyak 50K dan lebih. Inshaalllah kalau ada kesempatan dan idea, special bab akan menyusul. Tapi jangan berharap. Takut tak dapat nak buat.

kucingbulus04 thankyou sebab tolong aku dari awal sampai aku ada di tahap ni❤ tak dapat nak balas jasa kau. Hahahaha.

Terima kasih kepada readers yang sporting nak mampus. Thankyou kepada yang sanggup bagi qiss macam macam hanya untuk qiss update cerita ni. Semoga awak syahziz dimurahkan rezeki. Aaminn

Okey, meh kita rungkai satu persatu tentang SCP!! ni.

Kenapa tajuk cerita ni SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! ?
cerita ni mengisahkan tentang Nisrena Rosereen yang jatuh hati dekat Syed Irfan semasa Syed Irfan praktikal lagi.

Inspirasi cerita ni?
Cerita ni datangnya dari mimpi qiss lepas ada seorang cikgu praktikal masuk dekat sekolah qiss😂❤
So, perwatakan 'sir' dalam cerita ni , sedikit sebanyak diambil dari tubuh sir yang sebenar.

Dari mana nama Syed Irfan diambil?
Syed ialah nama sebenar  sir. Irfan ialah nama yang ditukar oleh qiss atas sebab taknak orang tau siapa sir hahaha. Nama sebenar sir ialah Syed I****. Qiss tau apps ni ramai orang guna. Jadi qiss takut ada budak sekolah qiss yang tau qiss buat cerita ni pasal sir. Jadi qiss tukar nama sir.

Dari manakah nama Nisrena Rosereen diambil??
nama NISRENA tu sebenarnya nama kawan qiss time sekolah rendah. And kami sangat sangat rapat.dan kami juga dikenali sebagai kembar. Jadi sebab nama dia unik dan dia ada Mix,  qiss ambil nama dia untuk jadi watak utama. Rosereen ialah nama rekaan yang tiba tiba muncul dalam kepala otak. KFNISRENA

Watak Maya Khairina
Nama hanya rekaan. Perwatakan diambil dari kawan qiss masa sekolah rendah yang namanya ialah Yasmin. Dia agak pendiam tapi sekali dia sound, perghh pedih!

Watak anna selrose
PERWATAKAN diambil dari watak kawan qiss. Dan dia juga ada Mix, jadi sebab tu selrose ada mix. Nama anna hanya rekaan. Selrose pula nama daripada cerita kucingbulus04

Watak ummi dan walid.
Direka sebab Sir in real life seorang yang tegas tentang agama.

Watak mummy dan daddy
Rekaan semata mata

Watak kakak
Nama Naurah Raihana direka. Perangai dia pula sebenarnya qiss teringin nak ada kakak macam tu. Ok tu ja😂

Watak abang
Naqiu Raziq. Nama hanya rekaan dan qiss teringin nak ada abang kandung. Sebab dalam family qiss 5 orang dan semua perempuan.

How to pronounce their name?
Syed= sa-yid bukan syed.
Nisrena= nis-rina
Rosereen= ros-rin
Selrose= sel-ros
Hazelina= hazel-lina atau kak lina

Nak tanya, macam mana korang jumpa cerita ni?

Bab mana fav korang?

Watak siapa fav korang?

Watak siapa paling benci?

Oh one more thing. Qiss akan update SCP!! vol 2 yang bertajuk HUSBAND AKU CIKGU SAINS.

shahshashahsha punya storyline dan qiss hanya update.

Tunggu okey?


Lepas ni, qiss akan berehat seketika dan teruskan edit buku ni. Seterusnya akan mula menulis SCP vol 2 dan akan publish inshaalllah selepas raya.

Akhir sekali qiss nak minta maaf jika terkasar bahasa atau jalan cerita tak menepati cita rasa korang semua. Harap tak ada yang simpan di hati❤❤❤

Bye Assalamualaikum

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now