raya-specialbab2

3.3K 141 12
                                    

"Assalamualaikum."

Aku dan sir baru pulang dari Klinik berdekatan untuk sahkan kandungan aku. Rasanya lain macam. Lain kerana kalini anak yang aku kandung selepas perkahwinan. Dan aku tak perlu sorok kandungan ni dari sesiapa pun.

"ha, macam mana?" soal Iman pada aku.

Iman, kakak, kak lina dan abang sampai pagi tadi untuk membantu aku buat persiapan untuk hari raya esok. "Positive lah" kata Sir.

"alamak," kata iman.

"apa kau?" tanya aku. Sepatutnya dia bersyukur akan dapat anak buah lagi.

"Naurah! Sini jap"

"tengok." Iman tunjuk pregnancy test kak Naurah pada aku. POSITIVE!

"apa kecoh kecoh ni?" abang menyelit dari belakang.

"kenapa ada dua pregnancy test ni?" abang terkejut melihat dua pregnancy test di depan matanya.

"ni Nis punya. Ni kakak punya"  kata aku. Kami semua masih bingung kenapa abang terkejut.

"sayang! Bawa benda tu sini" kami semua menunggu Kak Lina datang bawa benda yang abang maksudkan

"Positive juga!" Kak Naurah terkejut melihat pregnancy test yang Kak Lina bawa.

Kami semua duduk di sofa untuk bincangkan macam mana semua boleh mengandung dalam satu masa.

"sapa mengandung dulu?" tanya abang.

"Nis baru 2 minggu." kata aku.

"Naurah 3 minggu." kata kakak pula.

"Lina dah nak masuk 4 bulan." kata kak Lina teragak agak.

"ha bini kau la!" Iman dan sir berkata serentak.

Kalau mummy tau, mesti mereka seronok. Dia akan dapat 3 cucu serentak tahun hadapan.

***

"abang cepatlah. Siap kalah perempuan bersiap. Saya siap sekejap ja." memang dari dulu daddy lambat bersiap.

Memang setiap kali raya daddy akan pakai sampin. Macam nak pergi menikah. "sabarlah. Rumah diorang tak lari mana lah." kata daddy.

Setelah siap semuanya, mummy dan daddy menuju ke rumah aku. Sampai sahaja di rumah aku, mummy masuk dan tolong hidang makanan.

"aik, tuan rumah mana?" daddy tanya pada walid.

"tengah bersiap lagi." walid yang sampai dahulu dari daddy, biasalah daddu kan bersiap kalah perempuan.

***

"sayang" panggil sir. Indah rasanya bila tak ada Aufa. Selalunya dia yang sahut panggilan sir.

"sayang takkan pakai baju ni?" dia buat buat pelik pula. Dia yang tak beli kita baju raya.

"habistu? Pakai kain batik?" pagi pagi raya ni ajak gaduh.

"nah. Abang beli awal lah untuk sayang. Takkan lah tak ada baju raya untuk sayang. Kan sayang cakap nak sedondon" aku tak tahu nak terharu atau gembira.

"tak lawak la abang buat macam ni." aku memilih untuk merajuk.

"alaa, sorry okey, abang nak surprise kan sayang je. Dah, sayang siap, pakai tudung lepastu turun. Ada tetamu nak datang."

Aku tak tahu pula ada tetamu yang akan datang. Aku pun bersiap sakan di pagi raya ini. Setelah siap, aku turun untuk layan mummy,  daddy  dan lain lain sebelum tetamu yang sebenar datang.

Aku tertanya tanya siapakah tetamu yang akan datang nanti. Bila aku tanya pada sir, dia hanya diam. Aku jadi tak tentu arah memikirkan siapa yang akan datang.

Peliknya hati aku menjadi gelisah. Aku tak tau apa yang hati aku fikirkan. Otak tak dapat beri aku gambaran tetamu itu. Tak ada jalan lain selain tunggu tetamu itu sampai.

"alhamdulillah, 3 sekali gus la ni" kata walid pada daddy bila abang memberitahu tentang kandungan kami.

Mummy dan daddy bersyukur yang tak terhingga. Begitu juga dengan walid dan ummi. Keluarga kami menjadi lebih rapat sejak perginya Adira. Namun kadang kala ada waktu aku rindukan Hazril.

TING TONG

loceng rumah ditekan. Salam diberi selepas bunyi loceng. "tak apa Nis tengok" aku menawarkan diri untuk menyambut tetamu yang datang kerana aku tak sabar nak lihat siapakah dia.

Aku terkejut melihat si dia berdiri di depan pintu. 3 tahun aku menanti kepulangan dia. Namun tiada apa apa yang aku dapat. Rasa sayang hampir menjadi benci bila semua nasihat yang dia berikan bukan untuk kebaikan dia.

Nasihat supaya aku berbalik pada sir dan biarkan dia seorang membuatkan aku rasa marah dengan dia. Dia pergi tanpa beritahu aku apa yang terjadi.

"Jemput masuk Hazril" Sir datang dan jemput Hazril masuk.

Aku terkedu. Tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Aku tak mampu bersuara untuk menjemput dia masuk. Aku dipapah oleh sir untuk duduk disofa.

"Nis nak ambil barang dalam bilik kejap. Makanlah dulu. Nanti Nis datang balik." aku naik dan masuk ke dalam bilik.

Air mata tiba tiba mengalir. Rasa rindu, marah dan benci bercampur semuanya. Namun, rasa rindu semakin menebal. "sayang" sir masuk dan kunci pintu.

"abang yang jemput dia datang. Abang tau sayang rindu dia. Abang tak nafikan dia yang teman sayang selama abang tak ada. Apa yang dia dah buat, abang hargai. Kalau tak ada dia , mungkin hubungan kita tak akan pulih sampai sekarang. Sayang, abang tau mungkin terselit rasa marah pada Hazril sebab tinggalkan sayang. Tapi maafkan dia. Dia buat semua tu mesti ada sebabnya." aku peluk sir. Ada betulnya apa yang sir katakan.

Mungkin apa yang dia buat ada alasannya yang tersendiri. Air mata aku diusap. Makeup yang aku pakai aku betulkan sebelum turun. Aku kuat untuk hadapi semua ini. Aku boleh.

Author comment:
Tak janji esok update atau tak. Tak ada idea pula tiba tiba ni.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now