SCP-50

4.1K 152 30
                                    

Okey semua mulai bab ni, author aku tukar aku ialah Nisrena Rosereen.
SO  BACK TO NIS POV
-•••-

Hati aku dihiris dengan suami aku sendiri. Aku belum pun ingat semuanya. Punca kemalangan aku juga masih belum selesai. Tambah lagi masalah baru. Hari ini,  aku Nisrena Rosereen berkongsi suami dengan perempuan lain.

Air mata ini terus mengalir tanpa henti. Hati aku terlalu terluka. Aku hanya mampu senyum untuk mengambarkan yang aku betul betul terluka. Mungkin perkara ini yang tidak diingini oleh sesetengah perempuan.

Tapi inilah yang terjadi dalam hidup aku. I'm 17 to be dan aku ada madu. Bukan madu lebah yang disukai orang ramai. Tatapi madu yang tidak diingini. Peritnya perasaan aku tiada siapa yang tahu.

Nombor ummi aku dail. "Assalamualaikum ummi" kata ku.

"waalaikumsalam anak ummi" suara ummi tenang. Tidak setenang suara aku.

"ummi minta maaf atas apa yang Irfan dah buat " balas ummi lagi. Kedengaran suara ummi menahan sebak.

"tak apa Ummi. Nis redha dengan apa yang dah jadi. Hati Nis terlalu sakit ummi. Tak ada apa yang Nis boleh buat selain redha. "  hati aku terlalu sakit dan tiada jalan lain srlain redha.

"ummi tahu kamu kuat sayang. Maafkan ummi. Ummi kena pergi dulu. Kamu tidur lah. Dah lewat ni" jam di dindin aku pandang. Pukul 10 malam.

"maaf ganggu ummi. Nis tidur dulu ummi"
Tok tok tok

"Sayang, abang nak tido dengan sayang." aku buka pintu dan sir dengan kain pelikatnya berdiri di depan pintu.

"abang, sekarang abang dah ada dua isteri. Abang kena adil. Harini abang tidur dengan dia. Nis okey jangan risau." aku tolak badan sir keluar dari bilik. Pintu aku tutup dan kunci.

***

"kata nak pergi dekat budak tu. Kenapa datang sini balik?" soal Adira kasar.

"dia suruh i tidur dengan you la. Dah i nak tido. Jangan kacau i" sir pusing membelakangi Adira.

"nak jugak you tidur sekatil dengan i" mungkin Adira bayangkan yang Sir akan tidur di sofa.

"kita pernah bercinta Dira, "

"apa maksud you?" adira yang kurang faham mendesak sir supaya menjawab.

"tidur" itu saja yang sir balas.

"ish you ni." adira juga tidur membelakangi Sir.

Aku keluar dari bilik dan lalu di hadapan bilik Adira. Sunyi sepi. Lampu terpadam. Tiada apa apa yang boleh aku intai. Tiba tiba pintu terbuka.

"kau buat apa depan bilik ni?" soal Adira tanpa rasa hormat pada aku.

"heh, kau nak intai ke? Takyah la budak. Cikgu kau tu dah nyenyak tidur. Dah balik bilik kau! Dengan perut buncit. Pergi!" aku dihalau

Tapi betul kata Adira. Perut aku makin buncit sejak kebelakangan ini. Tak kena dengan usia kandungan aku.

"Pergi la. Kau nak apa lagi? Eh budak kau ingat ni. Walaupun kau tu isteri pertama dia, tapi aku lagi tua dari kau!" kepala aku ditunjal. Sakit di kepala tak sesakit dihati. Sudahla sakit hati dengan sir, tambah lagi dengan terasa dengan kata kata Adira.

"Pergi la sebelum laki aku bangun" badan aku ditolak supaya aku cepat cepat pergi dari sini

Aku melangkah pergi dari situ. Sempat aku intai ke dalam bilik. Sir tidur nyenyak. Mungkin dia penat. Aku masuk ke dalam bilik untuk tidur dan bangun pada hari esok.

***

"morning sayang." aku yang tengah menghidangkan makanan terkejut sir tiba tiba peluk aku dari belakang.

"lepas" air mata aku mengalir.

"hey sayang, jangan nangis." air mata aku diusap.

"harini abang pergi keja. Hati hati dekat rumah. Abang minta maaf tak dapat nak sarapan. Abang pergi dulu" dahi aku dicium. Sir berlalu pergi begitu saja. Tanpa menjamah sedikit pun makanan yang aku hidangkan

Baru pukul 6.30 sir sudah tergesa gesa. Beginikah dari dahulu? Aku bangun pukul 6.00 pagi untuk siapkan sarapan tapi dia langsung tak sentuh. Hanya ciuman didahi.

Aku duduk di meja makan dan sarapan seorang diri. Selesai makan, makanan yang masih banyak aku tutup. Aku terlupa yang Adira masih dalam bilik.

Jadi aku pergi ke bilik untuk kejut Adira bangun. "Bangun. Sarapan. Nis dah siapkan sarapan dekat bawah"

"Kau nak apa? Bagila aku masa nak tido dah aku tak kerja harini." rambut yang kusut dibetulkan.

"Ya allah masih tidur lagi? Solat ke belum ni?"

"ish kejap lagi la!" aku dimarah kerana tanya begitu.

"Ya Allah Kak Dira! Subuh dah nak habis dah. Sekarang ni dosa akak ditanggung oleh suami akak. Solat la akak. Nis taknak sebab akak sir tanggung semua dosa"

"eh diam la kau!" Adira tutup pintu tanpa hiraukan aku.

Yaa allah, hati ini tak kuat nak hadap semuani ya allah. Tolong aku. Kuatkan aku. Kuatkan anak dalam perut ni. Meskimu usia aku terlalu muda untuk ini, aku mampu ya allah.

Dengar lagu ni  dan bayangkan Nis nyanyi dekat sir.
Bayangkan jelah macamtu lebih kurang suara Nis.
Author still badmood sebab sir. Hm bye. Jangan lupa vote

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now