SCP-64

4.9K 191 69
                                    

Petang ni kak Lina dan aku masak nasi ayam! Makanan kegemaran aku sejak berbadan tiga ni. Harini semua ada. Mummy dan daddy pun ada. Diikuti dengan walid dan ummi.

"pandai Lina masak. Lepasni boleh la ummi belajar. Sedap" ummi bahasakan dirinya sebagai 'ummi'. Tak kira pada siapa pun.

"Er irfan nak cakap sikit." tiba tiba sir mencelah.

"macam semua tau apa hukuman yang akan dikenakan untuk Adira, hukuman tu akan dijatuhkan dalam masa sebulan. Yang kedua, Irfan dah Ceraikan Adira dua hari lepas."

"huk huk huk" tersedak aku bila dengar ayat yang keluar dari mulut sir.

Maknanya lepas ni Sir milik aku seorang? Aku boleh bermanja dengan sir semula? Ya allah!  Inilah berkat aku bersabar selama ini! Semua doaku didengari! Terima kasih ya allah! Kegembiraan yang aku rasa sekarang tak mampu aku ungkapkan.

Anak di dalam perut tak henti henti bergerak. Ya sayang mummy tau awak gembira walid kembali dekat kita semula.

"baguslah. Nis pun dah nak bersalin. Bolehla kamu tumpukan perhatian pada dia" ujar walid pada Sir.

Selepas makan, semua orang berkumpul di depan tv untuk menonton movie. Tetapi aku masuk ke bilik untuk berehat.

TOK TOK TOK

Sir masuk dan duduk di sebelah aku. "sayang.. Abang dah ceraikan dia." kata sir untuk menarih perhatian aku.

"tau, kan dah bagitau tadi." 

"Sayang. I'm sorry" aku hanya diam. Sekian lama aku tunggu, baru hari ini dia nak meminta maaf atas apa yang dia lakukan?

"Look like i lost everything in my life. Please sayang forgive me" hati ini terus rasa sebak. Semua kesalahan sir bermain di depan mata seperni ada seseorang yang menayangkan filem.

" abang tau. Semua ni salah abang. Abang macam dipukau. Abang tak sedar apa yang abang buat." dia masih lagi menunggu jawapan dari aku.

"abang terlepas saat saat indah dengan sayang sepanjang sayang mengandung. Abang lepaskan tanggungjawab abang sebagai seorang ayah dah suami pada sayang." dia terus pujuk dan pujuk tanpa henti.

"sayang, i won't be happy anymore if you don't want to forgive me. Please." aku tak mampu bersuara.

Segala kesakitan yang aku rasa dahulu aku terbayang. Parut lama kembali terluka bila aku teringat apa yang sir dah lakukan pada aku.

"saya tawar hati dengan abang. Segala apa yang abang lakukan dekat saya dulu tak mudah untuk saya terima. Lama saya tunggu abang minta maaf. Tapi?  Tak ada. Sudahlah abang. Saya dah cukup terluka dengan abang. " aku melangkah keluar dari bilik. Aku tak mahu menangis. Jika aku terus berada di dalam bilik ini bersama dia, mungkin air mata aku akan mengalir lagi.

***

"Nis, sini jap." Hazril mengajak aku lepak bersamanya di luar rumah.

"laki kau pun dah ceraikan isteri kedua dia. Sekarang laki kau, kau punya soranglah." kata Hazril. Dia bercakap tanpa memandang wajahku.

"haah. So kenapa?"  aku belum faham apa yang dia maksudkan.

"Thanks sebab happykan aku selama beberapa bulan ni. Jujur aku sayang kau walaupun kita baru jumpa." tiba tiba pula dia meluahkan perasaan pada aku

"aku tak faham la. Straight to the point please" aku paling tak suka bila orang cakap dan hanya bagi hint.

"aku dapat tawaran belajar. Jauh dan mungkin lepas aku belajar aku akan kerja dekat sana. Aku tak akan balik sini dah." aku terdiam memikirkan apa yang Hazril maksudkan.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now