SCP-4✅

8.8K 324 31
                                    

[selesai di-edit semula]

Sejak dua bulan lepas, kami keluar bersama, kami jadi semakin rapat.. Terlalu rapat.. Sehinggakan timbul perasaan sayang dalam hati aku. Tidak tahu bagaimana dengan hati dia

FLASHBACK

"Rosereen bangun kita dah sampai" alahai, lembut sungguh panggilannya..

Peliknya kami tidak berada di rumah aku, malah kami berada di kedai makan tepi jalan sahaja.. Katanya lapar, jadi dia singgah di sini untuk makan

"tapi Sir saya tak bawak duit ni"

"takapa, saya belanja awak rosereen. Awak tak kisah kan makan dekat kedai tepi jalan macam ni?"

"tak kisah pun. Tapi tak menyusahkan Sir ke?"

"no"

END

Sedang aku baring di atas katil, bunyi notis di handphone aku buat aku terjaga dari mimpiku di siang hari

Terpampang nama My Sir😍 di screen

Awak, saya lapar, jom keluar makan?

Tak boleh la awak, takut mummy
daddy tak bagi jee😕

Saya dah ada dalam rumah awak
Pun.. Dah minta izin dahh

Siap cepat saya tunggu
dekat bawah😇

***

"weh korang, sir cakap dia datang lambat sikit, jalan sesak, so dia suruh tunggu" selrose bersuara bila semua tertanya tanya dimanakah sir irfan

"emm mesti dia datang dengan kaca mata hitam, wahhh hansemnya!"

"eh eh kau Hanna melebih pulak.. Ingat Sir Irfan tu tergoda ke tengok kau dengan pakaian tak cukup kain ni " giliran Mayaa bersuara

"weh Sel, Nis tak datang lagi ke?"

"kang kalau aku cakap bengap marah, sah sah kau tak nampak Nis dekat sini, dia tak datang lagi la" marah Selrose kerana Maya tanya soalan bengap

Sambil mereka semua berbual, Sir dan nisreena rosereen pun sampai..

Yaa kami datang bersama sama.. Terlopong mulut semua orang melihat kami bagai pinang dibelah dua, dibelah pula dengan kasih sayang.

Aku segak dengan pakaian yang aku pakai.Begitu juga dengan Sir Irfan. Berkaca mata, rambutnya disikat rapi.

"ehh ehh sweetnya korang dua ni!" kata Maya sebaik saja aku duduk.

"diam ahh kau. Bising." sebenarnya aku malas nak dengar orang cakap perkara sebegitu.

"so korang dah order makan belum?" nampak betul sir Lapar. Hahahahaha sampai je dah tanya pasal makanan

"kami nak Sir kesayangan kami yang orderkan." melentik lentik badan Hanna bila bercakap dengan Sir.

Geram pulak aku !!! Eiyyy! Kalau aku cincang badan tu, apa pun tak dapat. Gedik !

Sir memang suka belanja kami makan. Kerap juga kami sekelas keluar dengannya. Pergi tengok wayanglah, makan dan banyak lagi. Dan mungkin sebab itu juga aku boleh rapat dengan Sir.

"nak makan apa?" Sir tanya aku.

"Nasi goreng tomyam. Air sirap limau" balas aku.

Lalu, dengan pantasnya Sir order makanan yang aku pinta. "Sir, dah nak habis Praktikal nanti nak sambung kerja mana?" soal Hanna.

"sambung sini la kot. Hati saya ada dekat sini." senyuman terukir dibibir Sir.

"Wahh dah jatuh hati dekat Cikgu mana Sir?" sengaja Selrose menyakat Sir. Dia tahu Sir akan tersipu malu dengan soalannya.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Onde histórias criam vida. Descubra agora