SCP-41

3.9K 171 5
                                    

Sambil Lina dan Rosereen berbual, aku mengajak Naqiu berbual diluar seketika. Rasanya sudah lama tak berbual dengan 'abang ipar' sorang ni.
"haa rindu abang sorang ni." kata aku sambil cuba untuk peluk Naqiu.

"kau takyah panggil aku abang la. Geli aku." dari dulu aku try hard panggil dia abang. Namun, masih tidak berjaya.

"aku harap kau tak letih jaga adik aku. Aku tau kau kuat. Cuma aku nak tanya, apa yang dah jadi sampai adik aku hilang ingatan?" keadaan terus menjadi serius. Mungkin dah tiba masa untuk aku beritahu pada dia. Memang dari dulu tiada rahsia antara kami.

"aku... Ya aku mengaku aku punca semuani terjadi. Haritu, aku mengaku dekat Rosereen yang aku duakan dia..."

"kau.. Sampai hati kau duakan adik aku!" kemarahan Naqiu meletup.

"sabar. Bagi aku explain semua. Haritu sepatutnya checkup pertama yang aku akan pergi dengan dia. Tapi aku siap awal untuk jumpa adira. Aku tak tau kenapa time tu aku tergamak bagitau dia yang aku bercinta dengan orang lain selain dia. Aku marah dia Naq. Aku tinggikan suara aku dekat dia. Tapi masa tu aku jumpa Adira dan aku putus. Bodohnya aku, aku tak balik petang tu untuk pergi checkup. Tiba tiba aku dapat panggilan, Rosereen kemalangan. " jatuh lagi air mata jantan aku.

Sungguh berat untuk aku luahkan beban ini pada seseorang. Sakit,  memang sakit bila lihat isteri sendiri sakit disebabkan kebodohan aku.

"kenapa kau tak bagitau aku dari dulu? Kenapa lepas dah berminggu minggu Nis sakit baru kau nak bagitau aku?" walaupun Naqiu sedang marah, suaranya agak terkawal.

"aku minta maaf Naqiu. Aku tau salah aku. Tapi lepas apa yang terjadi sekarang, aku dah menyesal. Aku akan jaga dia baik baik. Itu janji aku."

"haihh kau jaga adik aku elok elok. Aku percaya kau. Kalau tak, pulangkan adik aku. Biar aku yang jaga dia sendiri. Kalau kau tak mampu, aku mampu." badan Naqiu aku peluk kuat. Aku tau kata katanya memang betul betul dari hati.

"ish! Dah geli aku peluk kau. Aku nak kena balik. Doa banyak banyak. Sayangg jom la balik. Saya tunggu awak ni." 

"ye ye jom balik."

***

Lepas Naqiu dan Lina pulang petang tadi, Rosereen terus tidur. Mungkin penat. Aku tak mau ganggu dia berehat jadi aku masuk ke bilik sembahyang untuk teruskan membaca diari Rosereen yang aku tidak tau selama ini.

10April2019
Aku ringkaskan kepada sebulan kemudian.
Hari ini, aku mula nampak keikhlasan dalam diri Sir untuk mencintai aku. Mungkin juga aku perasan sendiri. Tapi aku lebih yakin dia memang mencintai aku.
Hubungan aku dan sir semakin rapat. Makin lama, seperti dua kain yang dijahit menjadi satu. Hubungan kami terlalu rapat. Andai sir dapat membaca isi hatiku, ingin aku katakan padanya;
Sungguh aku cintakannya sepenuh hati aku.
Tidak sanggup aku melihat dia bermesra dengan orang lain.
Sir, jikalau kau menjadi milik aku suatu masa nanti,
Janganlah kau sakitkan aku.
Jangan kau duakan aku.
Janganlah kau khianati cinta ini
Kerana aku mencintaimu sepenuh hati aku.

Aku tutup buku itu. Tak sanggup aku meneruskannya lagi. Dia begitu cintakan aku sedangkan aku sanggup duakan dia. Maafkan abang sayang. Abang tak tahu seluas mana cinta sayang pada abang.

"awak.. boleh temankan saya tidur? Tak tahu kenapa tiba tiba saya rasa takut." lantas aku bangun dan pimpin dia ke bilik tidur. Kesedihan yang aku rasai tadi aku simpan dalam hati.

Tanpa banyak cakap dia baring di atas katil. Badannya berpusing kekanan ke kiri mencari keselesaan sebelum tidur.

"awak nak pergi mana?" soalnya bila perasan aku bangun dari katil.

"abang nak tidur jugak lah sayang. Mengantuk." tangan aku dicapai. Dia genggam erat.

"tidur sini please. Tak apa saya tak kisah." ruangan yang kosong di sebelahnya ditepuk tepuk untuk aku. Aku tersenyum. Makin lama dia makin selesa dengan aku.

Dahinya aku kucup. Terbayang segala kesalahan yang aku buat sehingga dia jadi begini. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana kesensaraan yang dia hadapi sekarang. Rambut yang menutup mata aku alihkan ke belakang telinga.

Matanya aku perhati walaupun tertutup. Mata inilah yang banyak menangis disebabkan aku. Mata inilah yang perhatikan setiap gerak geri aku di sekolah kerana perasaan cinta. Hati. Hati yang berada didalam tubuh Rosereen ini lah yang tanggung segala derita dan menanggung segala luka. Awak kuat sayang. Awak kuat lalui semua ini. Abang ada. Abang sokong sayang dari belakang. Maafkan abang.

Lama aku tenung wajahnya. Dari mata ke hidung. Seterusnya ke mulut,  ke dagu. Sampailah ke badannya yang dia tutup. Dan akhirnya ke perut. Anak walid. Sayang walid. Jantung walid. Ampunkan walid. Disebabkan walid awak terpaksa tanggung semua ni dengan mummy. Maafkan walid sayang.

Dan akhirnya aku tertidur dengan memikirkan nasib anak aku didalam kandungan.















SORRY! JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN!!  Abaikan typo

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now