SCP-19✅

6.5K 245 8
                                    

"Assalamualaikum" Sir memberi salam saat kaki kanannya jejak di rumah ummi dan walid.

"Waalaikumsalam. Ya allah rindu ummi pada kamu Irfan" pipi ummi dicium beberapa kali. Nasib baik family sendiri, kalau tidak habis cemburu menguasai diri aku.

"Ni menantu ummi, sihat?" ummi pandang aku dari atas ke bawah.

"Alhamdulillah sihat. Ummi , walid sihat?" ummi hanya angguk. Sihat la tu.

"Ha ni lah instafam yang kahwin dengan abang aku tu?" soal Syed Aiman sambil menghirup airnya dalam cawan.

"Aiman! Dia ada nama. Nama dia Nisrena Rosereen. Tak perlu biadap macam tu" tegur Sir. Rupa rupanya dia seorang yang tegas dengan adik adiknya. Wajarlah dia serius di sekolah. Cuma dengan aku dia gedik.

"Eh kak Nis dah sampai? Wahhhhh" Sharifah Amira dan aku berpelukan mesra.

"Aisyah. Panggil la dorang masuk. Dari tadi sembang depan pintu."  walid hanya memantau kehadiran aku dan Sir dari ruang tamu.

"Baik abang," aku dan Sir dipelawa masuk. Aku hanya diam. Sebab ni first time aku datang rumah Sir untuk bermalam disini. Haritu aku dan ummi hanya jumpa masa aku dirisik.. Itu pun dirumah aku.

Tak banyak yang aku bualkan. Aku hanya banyak diam. Sangat awkward untuk aku berbual dan lagak seperti biasa.

"Ummi nak masak. Korang tunggu tau." aku menawarkan diri aku untuk tolong ummi.

Yelah memang ummi tak suruh, tapi aku nak jadi budak baik.. Yelah aku kan budak lagi. Kan kan?

"Kamu tahu masak Nis?" haa sudah. Ummi tanya soalan maut.

"Tahu tu tahulah. Tapi belum cekap. Nanti bolehla ummi ajar saya ye?"

"Tak payah ummi ajar pun tak apa. Kamu google je banyak ada dekat situ." pisau di rak dicapai.

"Tapi tak sama la macam ummi punya masakan. Nanti Sir tak nak makan. Hm sedeh!" berkekeh ummi gelakkan aku.

"Dia tu memang cerewet." haa sudah. Takut aku dengar. Macam mana kalau nanti aku masak dia taknak makan? Boleh kena cekik macamtu. Tak pasal pasal aku derhaka.

Bawang yang dibiar dari tadi aku ambil. Nak potong. Aku nampak ada lima ulas bawang merah. Lepastu ada sikit bawang putih.

Tiba tiba tengah seronok potong bawang aku rasa mata aku pedih. Arghh! Benda ni paling benci bila potong bawang.

Aku pun menangis sambil potong bawang. Ummi hanya gelak tengok aku teresak esak potong bawang.

"Ehh sayang, kenapa ni. Ummi ada cakap apa apa ke? Abang minta maaf ye" Sir peluk aku. Air mata aku diusap

"Takk. Ummi baik. Tapi saya nangis sebab bawang huaaa" makin kuat aku menangis. Sambil tu aku balas pelukan Sir.

"Laa ingatkan apa tadi. Dah jangan nangis." air mata aku sekali lagi diusap.

Ummi hanya biarkan kami berpeluk. Tapi dia sempat menyelit

"Kalau peluk sampai esok pun tak apa. Ummi tak kisah, sebab ummi ada walid. Tapi bila boleh ummi siap masak?" amboi ummi, bukan main lagi tu! Cewahhh..

Masa aku tolong ummi masak, pinggang aku tak lepas dia peluk. Sesekali pipi aku dicium. Sampai merah muka aku. Malu diperlakukan begitu depan ummi. Ummi pula hanya senyum lihat anak sulungnya gembira.

Siap masak, kami terus makan. Banyak hidangan yang aku dan ummi masak. Banyak juga ummi ajar aku macam mana nak masak. Aku pun taktahu nak cakap susah atau senang.

"Kamu dah ada perancangan nak ada anak Nis?" soal serius walid.

Tersedak aku dibuatnya. Belakang aku ditepuk tepuk supaya aku kembali okey.

"Belum kut walid. Nis ni masih sekolah. Setahun je lagi. Lepastu dah habis sekolah baru pikir pasal anak. Tapi kalau rezeki Irfan terima walid." air didalam cawan dideguk

" Dah tau sekolah lagi kahwin buat apa? " sekali lagi Syed Aiman tidak setuju dengan kehadiran aku

Pang!

Syed Aiman ditampar. Dia terus lari ke biliknya

"Melampau anak kita tu. Nis jangan ambil hati dia tu memang." wajah ummi terpampang kecewa dengan sikap Aiman terhadap aku.

"Tak apalah walid. Nis okey aja." aku beri senyuman ikhlas kepada walid. Muka Sir aku pandang. Senyuman aku beri.

'Mulut adik kau kalau aku cili apa takdapat.' kata hati aku sambil lihat wajah Sir

Orang cakap kutuk depan tak apa, tapi belum pernah aku dengan orang cakap kutuk depan sampai dia dengar jadi betulla apa yang aku buat. Aku kutuk adik Sir depan Sir. Hehe bukan kutuk, tapi ini kata hati sahaja.

So far hari pertama dirumah keluarga Sir baik baik sahaja. Sir pula makin manja. Tak sanggup nak lepaskan dia pergi beberapa hari lagi.

Malam sebelum tidur aku buat Live di Instagram. Banyak yang tanya tentang khabar angin yang aku sudah menikah. Betullah tu.

"Haa hai.. Ni Nis live kejap ja. Kejap lagi dah nak tidur" biritahu aku pada semua penonton live aku.

"Eiyyy Nis ni menikah, awal betul.. Aku yang dah hampir 30 tahun ni jangan cakap suami, boyfriend pun tak ada. Hm hampeh" aku hanya gelak membaca comment yang mereka berikan.

"Niss nak tengok muka husband!!" aku baca dan tunggu respond dari Sir.. Sir hanya angguk dan tunggu wajahnya disiarkan.

"Weh nis kau menikah dengan cikgu Sains! "
"Suami Nis comel. "
"Alaa, Sir menikah dengan Nis? Melepas la aku,"
"Sir bukan duda ke?"

Banyak lagi comment yang aku dapat. Dari yang baik sampailah kecaman. Teruk betul orang zaman sekarang. Dah banyak yang judge dari apa yang diorang nampak. Apa yang diorang tak nampak tidak dipikirkan. Lalu jadi fitnah. Setuju tak?

WAIT FOR NEXT!!!
VOTE AND COMMENT!

QUOTES FOR TODAY :

nak menilai seseorang biarlah kita nampak luar dalam seseorang itu, supaya tidak timbul fitnah. Sebenarnya kita tidak layak menilai seseorang mengguna mata kita sendiri. Kerana Allah hanya satu satunya yang layak menilai hamba hambanya.

100% from @qissrazaak

P/s; hai everyone😭 Thankyou for 1.86K views 😇🌸 don't forget to vote okey?

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now