PROLOG

1.1K 28 4
                                    

Kain putih yang disangkut pada pondok kayu itu diambil. Dia lap seluruh peluh yang membasahi leher serta badan sasa itu. Dia kemudian merenung semua pokok-pokok getah yang baru ditoreh.

"Wan?" sapa seorang pak cik tua.

Ikhwanul menoleh ke arah suara tersebut. Senyuman tipis terukir elok pada bibir merah jambu. Lesung pipit pada pipi juga terkeluar.

"Kau kenapa termenung tengok pokok-pokok getah tu? Ada yang tak selesai lagi ke kerja kau untuk hari ni? Pak Ngah tengok kau lah paling berkerja keras."

Ikhwanul menggelengkan kepala. Senyuman pada bibir tidak lekang manakala mata hazelnya hanya memerhati pokok-pokok getah tersebut.

"Tak ada lah Pak Ngah... Wan sedih... "

"Dah kenapa nak sedih?"

"Hari ni kan hari terakhir Wan bekerja..."

Lantas Pak Ngah tersentap. Baru teringat bahawa hari tersebut ialah hari terakhir anak buahnya bekerja sebagai penoreh getah. Selepas ini, jarang lah pula untuk mereka bertegur sapa. Senyuman Pak Ngah menjadi tawar. Tiba-tiba terasa ada habuk di kelopak mata.

"Jaga diri baik-baik Wan... Jadi suami yang baik. Jangan jadi dayus,"

Ikhwanul turut sebak. Matanya sudah mengumpul mutiara putih yang agak suam. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah Pak Ngah untuk memeluknya dengan erat. Sesudah berpelukan, Ikhwanul turut mengusap belakang Pak Ngah dengan lembut.

"Maafkan Wan Pak Ngah... Wan tak ada jalan lain... "

Pak Ngah mengangguk faham. Badan Wan turut diusap lembut. Dagu Pak Ngah berehat di atas bahu Ikhwanul. Tanpa sedar, bahu tersebut sudah dibasahi air mata.

"Pak Ngah faham. Kalau Pak Ngah jadi kamu pun, Pak Ngah tak sanggup nak tengok penderitaan orang lain. Pak Ngah lebih rela serahkan jiwa Pak Ngah sendiri,"

Ikhwanul tidak dapat menahan dirinya lagi. Dia hanya menangis tanpa mengeluarkan sepatah suara. Peritnya di dada hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nak buat macam mana? Allah memang dah susun bahawa takdirnya ialah dengan menanggung dosa orang lain.

"Dosa abang kandung sendiri...."

[BEBERAPA HARI LEPAS]

Tok Tok!

Daun pintu bilik ayah Ikhwanul terkuak beberapa minit kemudian. Rahman terus tersenyum apabila susuk tegap dan sasa Ikhwanul berdiri di hadapannya.

"Ada apa ayah panggil Wan ni? Ada yang tak kena dengan ladang getah ke?"

"Eh tak... Ayah okay je dengan ladang getah tu. Macam ayah cakap, ayah tak kesah dengan cara apa pun anak-anak ayah nak sara keluarga kita."

Tersenyum bangga Ikhwanul apabila dipuji ayahanda sendiri. Rahman turut tersenyum suam melihat reaksi anaknya yang gembira. Namun senyuman itu pudar apabila teringat akan tujuan mengapa dia memanggil Ikhwanul masuk ke dalam bilik.

"Tetapi bukan dengan cara yang salah di sisi undang-undang... " bisik Rahman perlahan

Mendengar ayahnya gumam sesuatu membuatkan Ikhwanul bingung. Rahman menatap Ikhwanul dengan gerun dan dingin. Tanpa mengetahui apa-apa, Ikhwanul menelan air liur. Gugup.

Sepucuk surat diletakkan di atas meja kerja. Ikhwanul mengerling ke arahnya. Rahman menghela nafas berat, kepalanya menunduk. Serba-salah.

"Ayah tak pernah minta apa-apa daripada anak ayah tapi... "

Ikhwanul yang masih berdiri di birai pintu bergerak menuju ke meja. Surat itu dicapai beberapa saat kemudian. Ikhwanul tersenyum lalu memandang Rahman.

"Tapi sepucuk surat ini cukup menjelaskan apa yang ayah mahukan... betul?" tebak Ikhwanul

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now