BAB 13

230 15 1
                                    

Jalan raya yang sunyi pada waktu malam itu digemakan oleh superbike yang dibonceng Ikhwanul dan Uyaina. Uyaina mengangkat kedua-dua tangannya ke atas dengan teruja. Melihat Uyaina yang gembira telah membuat Ikhwanul menyungingkan senyuman.

Mereka singgah di kedai serbaneka untuk membeli ais krim. Selepas sahaja membayar ais krim tersebut, mereka menuju ke Bukit Tinggi. Ikhwanul memakir motosikal itu di tepi pokok lalu membututi Uyaina daripada belakang.

"Terima kasih cinta~ Kita happy sangat hari ni,"

"Anything for my sayang~"

Mereka meletuskan tawa kemudian membuka plastik ais krim. Beberapa minit kemudian, mereka makan sambil merenung bintang-bintang yang bersinaran. Seketika Uyaina terhenti dan berfikir.

"Agak-agak bintang-bintang ni akan bersinar sama macam yang sekarang tak? Waktu saya dah tak ada nanti?"

Ikhwanul terhenti. Dia menoleh pada Uyaina yang masih tenang. Ikhwanul mengenggam batang ais krim. Hatinya tiba-tiba terasa sebak.

"Kenapa sayang cakap macam tu? Saya tak suka la soalan tu,"

"Tapi betul la kan Ikhwanul... Awak kena ingat, penyakit yang saya hadapi ni bukan penyakit biasa. Penyakit tu dah capai tahap paling teruk. Sampai masa Allah akan tarik juga nyawa saya..."

Ikhwanul menundukkan kepala. Dia tahu dan dia sedar itu. Ikhwanul sendiri tidak tahu dia mampu berdiri dengan kuat atau tidak bila waktu yang dimaksudkan Uyaina itu tiba. Uyaina menghelakan nafas berat lalu memegang tangan Ikhwanul sambil tersenyum.

"Saya tahu susah untuk awak dan saya menerima takdir tersebut tapi percayalah... perancangan Allah itu ada hikmahnya. Saya janji dan InsyaAllah, saya akan tunggu awak dalam syurga nanti. Awak doakan saya ya?"

Kepala Ikhwanul terangkat perlahan-lahan. Dia memandang isterinya yang telah merembeskan air mata ke pipi. Senyuman pada isterinya tetap manis terukir.

"Awak jangan la menangis..." bisik Ikhwanul perlahan

"Awak pun... jangan la sedih hrm? Awak kata awak kuat? Tolong kuat untuk kita Ikhwanul,"

Sakit. Sangat pedih. Namun kenyataan itu harus diakui. Ikhwanul menghela nafas berat dan akhirnya tersenyum tawar. Dia mengangguk perlahan-lahan membuatkan Uyaina turut tersenyum.

Ikhwanul terus menyeka air mata Uyaina menggunakan kedua-dua ibu jarinya. Tidak lama kemudian, dia melabuhkan satu kucupan pada dahi licin Uyaina. Mereka tersenyum sambil menatap satu sama lain.

"Sekarang ni, selagi nafas saya terhembus, saya nak kekal luangkan masa dengan awak. Selagi nyawa saya berdetik, saya nak kekal bersama awak. Happy Birthday, cinta."

Uyaina mengeluarkan satu gelang hitam kecil yang mempunyai huruf 'U'. Gelang hitam itu dihulurkan lalu dipakaikan kepada Ikhwanul. Ikhwanul terpaku. Dia masih tergamam akan apa yang sudah berlaku.

"Sa--sayang tahu? Mana sayang tahu?"

"Hihihi~ waktu kita balik kampung hari tu, Mak Ngah dengan akak Haidar yang bagitahu. Disebabkan waktu tak mencukupi, saya sediakan hadiah gelang custom ni je. Anyways~ Happy Birthday Ikhwanul Al-Fattah. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Terima kasih sebab jaga dan bahagiakan isteri awak ni tanpa jemu."

Ikhwanul akhirnya merembeskan air mata jantannya di hadapan Uyaina. Dia terus menarik Uyaina masuk ke dalam dakapan sasa. Dia memeluk isterinya dengan erat tanpa sedar dia turut tersedu-sedan.

"Terima kasih sayang. Terima kasih sangat-sangat,"

"Hahahaha iyeee~ dah la tak mo nangis!"

Ikhwanul ketawa sambil menangis. Dia tetap memeluk Uyaina dengan erat kerana dia merasakan saat itulah saat yang paling hangat. Beberapa minit kemudian, dia meleraikan pelukan serta memegang bahu Uyaina dengan tekad. Mereka mengunci pandangan antara satu sama lain.

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now